tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Rabu, 24 Jun 2009

Doa-doa dan amalan-amalan pelindung diri daripada ganguan jin dan syaitan berserta dalil-dalilnya.
  1. Memohon perlindungan Allah daripada syaitan.Firman Allah Subhana wa Ta’ala:

وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللّهِ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.[al-A’raf 7:200]

Daripada Sulaiman ibn Sard, dua orang lelaki sedang mencaci-maki di hadapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Salah seorang daripada mereka matanya menjadi merah dan urat darah di lehernya timbul. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

"إني لأعرف كلمة لو قالها لذهب عنه الذي يجد: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم"

Sesungguhnya aku tahu suatu kalimat yang apabila ianya diucapkan maka apa yang beliau derita itu menjadi hilang, iaitu A’uzhu billaahi min as-syaitaani ar-rajeem (ِAku berlindung dengan Allah dari syaitan yang terkutuk) [ Sahih Muslim – no:2610]


2. Membaca ayat al-Kursi dan tentunya lebih baik dengan memahami maksudnya sekali. Daripada Abu Hurairahradhiallahu ‘anh:

وكلني رسول الله صلى الله عليه وسلم بحفظ زكاة رمضان، فأتاني آت، فجعل يحثو من الطعام، فأخذته فقلت: لأرفعنك إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم - فقص الحديث - فقال: إذا أويت إلى فراشك فاقرأ آية الكرسي، لن يزال معك من الله حافظ، ولا يقربك شيطان حتى تصبح. وقال النبي صلى الله عليه وسلم: (صدقك وهو كذوب، ذاك شيطان).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewakilkan aku supaya menjaga harta zakat Ramadhan, lalu datang seorang lelaki mencuri makanan. Akupun menangkapnya dan berkata, “Aku akan membawa kamu kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam… Lalu dia berkata, “ Sekiranya kamu pergi ke katilmu, maka bacalah Ayat al-Kursi, kamu akan diiringi oleh seorang penjaga daripada Allah dan syaitan atidak akan mendekatimu sehingga waktu pagi.” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Dia telah bercakap benar kepadamu sedangkan dia adalah penipu besar. Dia adalah syaitan,”[Sahih al-Bukhari – no: 4723]

Terjemahan ayat al-Kursi:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). [al-Baqarah 2:255]


3. Membaca surah 3 Qul setiap hari. Dalilnya:

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan al-Mu’awizatain (surah an-Nas dan surah al-Falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.[ Sunan at-Tirmizi - no: 5072 dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan at-Tirmizi - no: 3575]


4. Membaca surah al-Baqarah. Dalilnya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لا تجعلوا بيوتكم مقابر. إن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة

Jangan kamu semua menjadikan rumah-rumah kamu seperti kuburan. Sesungguhnya syaitan lari bertempiaran daripada rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah. [Sahih Muslim - no: 780]


5. Membaca dua ayat terakhir surah al-Baqarah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

الآيتان من آخر سورة البقرة، من قرأهما في ليلة كفتاه

Barangsiapa membaca dua ayat terakhir (ayat no. 285 dan 286) dari surah al-Baqarah pada malam hari, maka mencukupi baginya (daripada diganggu oleh Syaitan) [ Sahih al-Bukhari - no: 3786; Sahih Muslim - no: 807]

Dua surah terakhir tersebut adalah:

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ

آمَنَ بِاللّهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ

أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا

وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata:) Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali. [al-Baqarah 2:285]

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ

وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ

أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ

عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا

بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَآ أَنتَ مَوْلاَنَا

فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. [al-Baqarah 2:286]


6. Ucapkan “Laa ilaaha illAllaah wahdahu laa shareekalah, lahulmulk wa lahulhamd wa huwa ‘ala kulli shai’in qadeer”.Dalilnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

من قال: لا إله إلا الله، وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على شيء قدير. في يوم مائة مرة، كانت له عدل عشر رقاب، وكتبت له مائة حسنة، ومحيت عنه مائة شيءة، وكانت له حرزا من الشيطان يومه ذلك حتى يمسي، ولم يأت أحد بأفضل مما جاء به، إلا أحد عمل أكثر من ذلك

Barangsiapa mengucapkan "Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu" sebanyak seratus kali sehari, akan memperoleh ganjaran seperti membebaskan sepuluh hamba, satu ratus hasanah (kebaikan) akan dicatatkan untuknya dan satu ratus sa'iyah (keburukan) akan dipadamkan daripada catatannya, dan ianya akan menjadi pelindung baginya daripada syaitan untuk hari tersebut sehingga petang. Tidak ada seorang pun yang akan lebih baik darinya melainkan orang yang melakukan melebihi dari apa yang dia lakukan.[Sunan at-Tirmizi - no: 3390 dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan at-Tirmizi – no: 3534]


7. Membaca "A'uzu bikalimatillah at-tammati min syarrima khalaq". Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق

Aku berlindung kepada kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk-Nya[Sahih Muslim - no: 2708]


8. Azan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إن الشيطان إذا نودي بالصلاة ولَّى وله حُصاص

Apabila syaitan mendengar azan mereka akan lari lintang pukang.[Sahih Muslim - no: 389]


9. Membaca “Bismillah allazi la yadurru ma'asmihi syai'un fil ardh wa la fis samaie wahuwas sami'ul 'alim” . Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ

Sesiapa yang mengucapkan : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan nama-Nya samada di bumi atau di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya. [Sunan Abu Daud – no: 4425. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud – no: 5088]


10. Sentiasa mengingati Allah Subhana wa Ta’ala.Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إن الله أمر يحيى بن زكريا بخمس كلمات أن يعمل بها ويأمر بني إسرائيل

أن يعملوا بها

وآمركم أن تذكروا الله فإن مثل ذلك كمثل رجل خرج العدو في أثره سراعا حتى إذا أتى على حصن حصين فأحرز نفسه منهم كذلك العبد لا يحرز نفسه من الشيطان إلا بذكر الله

Allah memerintahkan Yahya ibn Zakariya alaihissalam lima perkara yang perlu dilaksanakan dan diperintahkan ke atas Bani Israel...dan dia memerintahkan mereka agar mengingati Allah, ianya seperti seorang lelaki yang dikejar oleh musuhnya sehingga dia sampai ke sebuah kubu yang kuat yang mana di dalamnya dia memperoleh perlindungan; seperti itu juga seseorang itu tidak akan dilindungi daripada syaitan melainkan ia mengingati Allah..." [ Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan Imam at-Tirmizi di dalam Sunannya – no: 2790. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan at-Tirmizi – no:2863]


11. Membaca al-Qu’ran.Allah berfirman:

وَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرآنَ جَعَلْنَا بَيْنَكَ وَبَيْنَ الَّذِينَ لاَ

يُؤْمِنُونَ بِالآخِرَةِ حِجَابًا مَّسْتُورًا

Dan apabila engkau membaca Al-Quran (wahai Muhammad), Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu.[al-Isra’ 17:45]

Namun harus diingatkan, dalil membaca al-Qur’an tersebut bersifat umum, dalam erti kata lain membaca mana-mana surah di dalam al-Qur’an.

Beramallah dengan yakin, insyaAllah ia mujarab. Sesungguhnya amat perlu kekuatan aqidah yang mana kita jelas bahawa hanya Allah boleh memudaratkan kita bukannya jin atau syaitan. Mereka tidak boleh berbuat apa-apa tanpa izin Allah. Jadi sekiranya kita memperoleh perlindungan Allah, maknanya kita ada‘back up’ besar dan tiada apa perlu ditakutkan. Jin dan syaitan hanya hebat di kaca TV dan di dalam filem Melayu sahaja.

Wallahua'lam.


0 comments:

 

Template by Maya