tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Jumaat, 27 Februari 2009

Tips Cara jahit pinggang kain yang mudah...
















CARA MUDAH JAHIT PINGGANG KAIN
A) Pinggang & kain lapik pinggang diambil terasing..
B) Pinggang & kain lapik pinggang diambil bersama..

Cara A :

1.
Kain yang telah siap jait zip & plate kain.. pinggang depan 15" (kain keras), pinggang belakang 19" (getah)



2. Sediakan kain lapik pinggang
panjang kain lapik pinggang 361/2. tetapi pengiraan utk ukuran panjang kain lapik pinggang nie, BOLEH DIABAIKAN..
guntinglah kain lapik pinggang agak2 cukup panjang utk pinggang, let say ANGGARAN 40 inci..
(yang lebih tue nanti bleh potong)
so, ukuran kain lapik pinggang.. panjang 40" dengan lebar 3" (BUKAN 31/2"!)

jahit tepi pada garis merah.. atau boleh juga ambil kain lapik pinggang ini pada TEPI KAIN (so tak payah dah nak jait tepi bagai..)



3. Jahit lapik pinggang..
jahit kain lapik pinggang keliling pinggang kain.. (jahit pada sebelah kain lapik pinggang yang TAK DIJAHIT TEPI!). Lebihkan 1/2" dan gunting lebihan kain lapik pinggang tersebut.



4. Dari arah dalam, jahit di dua hujung kain lapik pinggang..



5. Lipat kain lapik pinggang dan jahit..
Lipat 1" dan 1/2" lagi biarkan di luar ( itu sebab kena jahit tepi / ambil pada tepi kain!. Pinkan dengan jarum dan JAHIT DARI ARAH LUAR



6. Sediakan interfacing & getah untuk pinggang..
Balut interfacing bahagian cangkuk dengan kain perca



7. Sambungkan interfacing & getah.. masukkan ke dalam pinggang kain dan jahit.






Cara B:

Labuh kain + 1 1/2". 1 1/2" tersebut dilipat ke dalam dan tandakan 1" lebar untuk ruang masukkan getah ke dalam dan sudahkannya seperti Cara A.


LANGKAH 3 : MENJAHIT KAIN A-LINE

*Cara jahitan pinggang getah dah di ubahsuai supaya lebih mudah oleh sy sndri.
*Boleh apply pada kain pinggang getah keliling / getah + kain keras.

Baju kurung pesak gantung.




Ukuran-ukuran

Paras pinggang belakang
Paras Punggung
Labuh baju
Lebar bahu
Labuh tangan dari tengkuk
Keliling pangkal lengan
Keliling leher
Keliling dada
Keliling punggung

Cara-cara merajah pola



Badan
0-1 = Ukuran paras pinggang belakang dicampur 2cm
2-1 = Ukuran paras punggung
3-0 = Ukuran labuh baju dicampur 2cm
4-3/5-0 = 1/2 ukuran lebar bahu

Lengan
6-0 = Ukuran labuh lengan ditolak ukuran 5-0
7-6 = 1/3 ukuran pangkal lengan dicampur 3cm atau mengikut suka
Gariskan untuk mendapat 8 dan 9

Pesak atas
10-9 = 1/4 keliling dada dicampur 4.5 cm atau mengikut suka
12-11 = dinaikkan 3cm dari garis pinggang
13-12 = 4cm
14-13 = dinaikkan 2cm
Sambungkan 14-12. Bentukkan 10-14

Pesak bawah
15-2 = 1/4 keliling punggung dicampur 4.5cm atau mengikut suka.
Sambungkan 14-15 untuk mendapatkan 16.

Leher
(seperti membuat leher baju kurung biasa)



Cara menjahit baju kurung pesak gantung

1. Ketepikan kertas-kertas pola setelah memindahkan tanda-tanda pola dari kertas ke fabrik.
2. Rujuk di sini untuk lubang leher.
3. Cantumkan bahagian-bahagian baju:
- Cantumkan pesak-pesak atas pada kelim rusuk.
- Cantumkan pesak-pesak bawah pada kelim rusuk mengikut ira lurus.
- Cantumkan pesak atas pada pesak bawah. Kelim ditekan hala ke bawah.
- Cantumkan pesak-pesak pada lengan baju. Kelim ditekan hala ke pesak.
- Cantumkan bahagian-bahagian ini pada badan baju. Kelim ditekan hala ke pesak.
4. Lipat dan jahit kelepet-kelepet. Jahit kemasan leher.

*** Selepas setiap cantuman hendaklah diseterikakan supaya lebih kemas

Jahit manik pintal kat lengan baju...







Langkah-langkah:

1. Cucuk jarum pada hujung lengan baju. Jarak dari hujung lengan baju ialah 1 atau 2mm. Sediakan 4 manik bulat dan 2 manik heksagon dlm bilangan 2+2+2. Manik bulat diletakkan dikedua-dua hujung supaya manik pintal terbentuk dengan cantik. Sekiranya menggunakan manik heksagon, jahitan akan kelihatan agak kasar dan tidak kemas.



2. Cucukkan jarum dihujung manik dan susup keluar jarum pada manik ke-3. Masukkan 2+2+2 manik dan jahit lurus mengikut teknik jahitan batang (Stem Stitch).



3. Ulangi langkah ini seterusnya sehingga selesai. Perlu diingat sekiranya jarum dikeluarkan di sebelah kanan, pastikan pada jahitan seterusnyapun jarum dikeluarkan dari sebelah kanan. Begitu juga sebaliknya. Jangan diselang-selikan kanan dan kiri.



4. Beginilah rupa hasil jahit manik pintal. SELAMAT MENCUBA!

banyak lg info kat sini.....



Ahad, 22 Februari 2009

Warna melambangkan peribadi kita,





MERAH-
Gemar bersosial dan mesra.
Cergas dan lebih memahami perlakuan daripada percakapan.
Suka menjadi ketua.
Suka ruang yang segar dan dramatik untuk meransang fikiran.
Gemar melakukan kerja secara berkumpulan.
KUNING-
Gembira,pandai bersosialdan periang.
Cepat mesra dan bijaksana.
Suka meransang intelektual dan bertukar-tukar idea.
Rumah senantiasa bercahaya dan berwarna terang supaya mudah berinteraksi.
Kreatif.
Bijak merancang dan menyusun atur ruang kediaman.
BIRU_
Tenang,pendiam dan kurang bersosial.
Mementingkan kehidupan yang aman.
' Gemar bersendiri dan menggunakan rumah sebagai tempat untuk menenagkan jiwa.
HIJAU-
Gabungan ciri dalam warna biru dan kuning.
Tenang dan pendiam,tetapi ada yang gemar berinteraksi.
Gemar menghabiskan masa dalam kumpulan yang kecil supaya ujud keakraban.
Menganggap rumah sangat penting sebagai tempat yang memberi
ketenangan,keselamatan dan dikelilingi barangan peribadi.
MERAH JAMBU-
Lambang kewanitaan,romantik,kasih sayang dan cinta.
UNGU-
Hasil campuran biru dan merah,maka cirinya dipengaruhi warna asal.
Memberi kesan emosi yang misteri dan erotik.
Simbol harapan.
Sesuai untuk terapi minda dan menenangkan.
Ungu lembut mampu menghasilkan kesan kedamaian dan penyembuhan.
JINGGA-
Lambang kecergasan dan tenaga.
Seperti mana kuning,jingga juga memberi keceriaan.
Mampu menarik perhatian,meningkat produktiviti dan daya kreativiti.
Membantu proses perkembangan anda.
KELABU-
Tidak jelas,tetapi mampu menghasilkan kesan neutral dan sangat peribadi.
Simbol kesederhanaan dan kesedihan.
PUTIH-
Simbol kesucian,kebersihan dan tepat.
Mudah digabungkan dengan warna lain untuk menghasilkan emosi yang pelbagai.
Penggunaan yang terlampau boleh menghasilkan kesan kaku.
HITAM-
Sering dikaitkan dengan kematian,kesedihan dan kegelapan walaupun sebenarnya
turut melambangkan kekuasaan,kemewahan,eksklusif dan keteguhan.
 

Template by Maya