tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Khamis, 5 Mac 2009

Rahsia Kelahiran Rasulullah S.A.W





Sempena Maulidur Rasul yang bakal tiba pada hari Isnin ini, maka saya bawakan satu artikel tentang Rahsia Keistimewaan DiSebalik Kelahiran Rasulullah SAW untuk bacaan anda semua.
Semoga maklumat yang dikongsikan ini membuatkan kita lebih CINTA kan dan SAYANG kan RASULULLAH SAW. Sesungguhnya RASULULLAH SAW adalah USWATUN HASANAH (Sebaik2 Contoh) kepada kita. Semoga kita semua dapat ikut semua ajaran dan sunnah Nabi SAW.

Baiklah, mari kita sorot kembali sejarah kelahiran RASULULLAH SAW, HABIBULLAH, Kekasih ALLAH.
Seperti mana kita tahu,Rasulullah SAW lahir sebelum subuh hari isnin 12 rabiulawal tahun Gajah. Allah SWT manjadikan setiap perkara, benda tu mesti ada hikmahnya. Rasulullah SAW telah terlalu banyak berkorban dan berjuang dalam menegakkan Agama Islam yang kita anuti sekarang. Tanpa adanya orang Islam yg masih beriman kpd Allah SWT sehingga sekarang, sudah semestinya dunia ini akan musnah.Oleh itu kita harus banyak bersyukur dengan hasil perjuangn Baginda SAW, maka hari ini kita masih hidup aman makmur.
Rasulullah SAW dilahirkan hari isnin. Apa maksud isnin? Makna Isnin ni bukan hanya kebetulan. Allah SWT takkan buat sesuka hati bahkan sebesar habuk pun mesti ada yang tersirat. Pada masa Nabi Muhammad SAW lahir, dua sahaja yang betul-betul kenal Tuhan iaitu Tuhan dan Nabi Muhammad SAW. Allah SWT kenal diri sendiri, selain itu, hanya Rasulullah SAW saja yang kenal. Sebab itu Rasulullah dilahirka pada hari Isnin. Walaupun sebelum ini rasul-rasul diutus, tapi akidah sudah rosak semua. Hinggalah akhirnya yang tinggal iaitu Tuhan dan Rasulullah SAW saja. Itu isyarat dari Tuhan. Sebab itu siapa yang nak masuk islam, 2 ini kan wajib sebut, kalau tak maka tak sah lah islamnya, ini simboliknya, ini isyarat dari Allah SWT.
Kemudian dilahirkan pada rabiul awal.apa maksud rabi? Awal musim bunga. Ini perkataan tersirat. Hari Isnin manusia yang menjadi contoh bagi seluruh manusia. Contoh tentang akhlak. Robi itu bunga, akhlal yang agung itu macam bunga. 12 Rabiulawal mengapa? Angka 12 ini kalau rujuk kepada malam, jam 12 malam ini ialah kemuncak kegelapan. Maksudnya waktu Rasulullah SAW lahir dunia gelap dengan kezaliman dan kesusahan, dengan kerosakan dengan maksiat. Segala perkara negatif berada di tahap puncak
Kemudian kalau 12 dirujuk kepada siang, itupun simbolik juga. Kedatangan Rasulullah SAW membawa cahaya artinya membawa rahmat dari Allah SWT untuk segaa alam, bukan sahaja manusia termasuk binatang, kayu kayan dan alam semuanya. Sebab itu ajaran Rasulullah SAW bukan sahaja manusia tidak boleh sesuka hati dicatatkan, binatang pun bahkan benda yang tak bernyawa pun macam kayu kalau kita tetak, kita potong, kita akan ditanya oleh Allah SWT. Mengapa kamu potong kayu itu? Seketul batu yang kita ambil akan ditanya oleh Allah SWT untuk apa. Itulah dikatakan Rasulullah SAW membawa cahaya sehingga benda2 yang tak bernyawa mendapat pembelaan dan orang tak boleh berbuat sesuka hati.
Seterusnya, kalimah 12 kalau dirujuk pada bulan, kemuncak bulan. Lepas bulan 12, akan jadi bulan 1, ia menurun balik. Jadi simbolik lagi, Allah SWT lahirkan Rasulullah SAW sebagai kemuncak Rasul. Kalau Rasul2 terdahulu, mereka datang hanya untuk satu kelompok dan satu zaman, namun kedatangan Rasulullah untuk semua etnik. Semua etnik di bawahnya.
Kalau 12 merujuk kepada bintang, ada bintang 12, bintang 12 ini merupakan bintang paling cerah. Sedangakan bintang ini beribu banyaknya. Artinya kelahiran Rasulullah SAW membawa syariat yang lengkap, membawa petunjuk yang legkap, membawa rahmat yang lengkap dari dunia sampai akhirat. Ajaran dia paling sempurna dibanding ajaran2 rasul sebelum.
Kemudian, Rasulullah SAW lahir tahun Gajah. Bukan masalah gajah. Gajah itu untuk perhatian. Sebab Rasulullah SAW lahir pada tahun gajah, 1 tarikan. Mengapa Rasulullah SAW tu sejarahnya pada tahun gajah. Di sebalik gajah ada cerita yang orang tak faham.
Sebelum Rasulullah SAW lahir, datang tentera bergajah dari Yaman yang diketuai oleh Abrahah. Tujuannya nak runtuhakan ka’abah, sebab mereka sakit hati orang berkiblat ke ka’abah. Abrahah bawa tentera yang naik gajah. Orang arab jarang lihat gajah, maka gemparlah. Kita yang baru mendengar tahun gajah, kita terkejut, apa kena mengena dengan gajah. Banyak orang tak perasan bahawa Allah nak tunjukkan sesuatu. Niat Abrahah nak runtuhkan kaabah,disamping tu segala kambing di mekah akan dirampas, termasuk kambing Abu Talib dan Abd Mutalib.
Bila kambingnya diambil, maka keluarlah Abd Mutalib. Dia jumpa Abrahah, dia cakap, serah balik kambing saya, itu harta saya. Kaabah itu bukan saya punya, Allah SWT yang punya, terpulang pada awak.
Di sini terbuka rahsia, iaitu keluarga Rasulullah masih beragama dengan agama Nabi Ibrahim. Jadi disebalik cerita gajah ini, Allah SWT nak beritahu dunia betapa bersihnya keturunan Rasulullah SAW, datuk nenek Rasulullah SAW, mereka beragama dengan agama Nabi Ibrahim.
Itulah antara simbolik2 yang terjadinya pada kelahiran Rasulullah SAW di sebalik 12 rabiulawal, sebelum subuh tahun gajah.
Sekian, semoga info ini diedarkan kepada seramai orang yang boleh, sebagai penambah pengetahuan kita semua.

Rabu, 4 Mac 2009

Bingkisan Doa

Ya Allah.... Seandainya telah
engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah
kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu
abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha
mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup
ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah Engkau
takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh
dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari
ingatanku... Dan peliharalah aku dari
kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti....
Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya
jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan
merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa
bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah
hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah
patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan
takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau
takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana
engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik
buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi
pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini...
Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini
mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah
kemaksiatan dan kemungkaran... Maka
kurniakanlah aku seorang pasangan yang
beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat
membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang
Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku
keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Selasa, 3 Mac 2009

Keluarga Saya






































Isnin, 2 Mac 2009

jahit manik lagi


Mesin jahit epal



Hari ini tergerak hati nak jalan-jalan kat kedai wanita melayu,terjumpa satu kedai yang berniaga mesin jahit,ooo sekarang dah ada mesin jahit yang boleh jahit serba serbi dari senipis kain hingga kain tebal...
bermacam fungsi yang boleh dgunakan..
Saya rasa teruja nak mencuba,tapi bila fikir tentang budget,emmm sekadar boleh tengok je la buat masa ini,insyaallah satu masa nanti murah rezeki nak juga membelinya...saya sudah mempunyai mesin jahit singer yang dah dilupakan sejak 3 tahun lepas,mesin jahit tepi yang dibelikan suami masa dapat duit berhenti dari perkhidmatan T.U.D.M hampir 14 tahun dulu...
Andai kita beli mesin jahit keluaran Epal jenama Harmony SM 2049,
Harga Asal; RM 2999.00,
HARGA ISTIMEWA:RM 2499.00.
Antara keistimewaan yang kita dapat andai kita membeli mesin jahit tersebut....
1- Set Buku Seni Fabrik :
26 naskah buku yang mengandungi langkah menjahit 24 jenis projek
Kebaikan
Sekiranya tidak dapat menghadiri kelas, buku ini boleh dijadikan rujukan
2- Kursus menjahit selama 12 bulan
Boleh menghadiri kelas jahitan PERCUMA di pusat Epal berhampiran
Tetapi bahan jahitan perlu dibeli di pusat Epal
2 projek akan diajar pada setiap bulan.
Secara keseluruhan, berpeluang mempelajari 24 projek selama setahun
Projek yang diajar tidak terhad kepada jahitan pakaian sahaja
Projek merangkumi seni jahitan kreatif seperti patchwork, kuilting, sulaman dan lain-lain
Kebaikan
Menerima tunjuk ajar secara langsung daripada tenaga pengajar Epal yang berpengalaman
Semasa sesi pembelajaran, sebarang pertanyaan atau ketidakfahaman boleh diajukan terus kepada tenaga pengajar
Projek yang diajar tidak terhad kepada jahitan pakaian sahaja malah merangkumi seni jahitan kreatif akan membantu pegawai penjara yang terlibat, lebih kreatif dan berinovasi
3- Magic Kit
Mengandungi 14 jenis tapak tambahan dengan fungsi yang berlainan
Tapak Sulam
Tapak Kuilting
Tapak Ultimate Ruffler
Tapak Zip Sembunyi
Tapak Paiping
Tapak Bilding
Tapak Pasang Butang
Tapak Three Way Cording
Tapak Kedut
Tapak Jahit Tepi
Tapak Pintucking
Tapak Basi 1/4"
Tapak Kulit
Tapak Kelim Bulat
Kebaikan
Lebih banyak jenis fabrik boleh digunakan
Membantu mesin ini berfungsi dengan lebih praktikal
4- Epal Learning Media Vol. 1 dan 2
Tayangan video yang mengandungi drama Elemen Kebahagiaan
Tunjuk ajar cara pengendalian mesin
Tayangan langkah menjahit Sarung Kusyen Tulip, Buah Epal dan menjahit sulaman
Kebaikan
Sekiranya tidak dapat menghadiri kelas di pusat Epal, VCD ini boleh dijadikan sebagai rujukan
VCD boleh diulang tayang berkali-kali jika masih tidak faham. Ia bukannya manusia yang akan marah atau bosan jika ditanya berulangkali
KEISTIMEWAAN


1. Terdapat 25 corak bunga sedia ada yang boleh digabungkan
Boleh jahit lurus
Boleh jahit tepi
Boleh menyulam tanpa menggunakan pemidang
Boleh membuat jahitan sembat
Boleh menjahit hiasan leher baju kurung - Tulang Belut, Mata Lalat, Karipap dan Pucuk Rebung
Menjahit rantai klassik
Menjahit paiping
Menjahit lubang butang secara automatik
Menjahit menggunakan benang DMC
Boleh menjahit kedut
Boleh menjahit pintucking
Boleh menjahit Three Way Cording
2. Mampu menjahit tebal, setebal 8 lapis kain jeans
3. Boleh juga menjahit fabrik nipis seperti organza
4. Berkeupayaan menjahit fabrik kulit
5. Boleh menjahit kuilting untuk menimbulkan corak
6. Kelebaran jahitan yang boleh diubahsuai
7. Memasukkan benang secara automatik
8. Boleh menggunakan jarum kembar untuk menggabungkan corak
9. Mempunyai lampu yang memberi pencahayaan yang lebih fokus kepada artikel yang sedang dijahit
10. Terdapat pemotong benang
11. Mempunyai butang reverse yang amat berguna ketika mematikan jahitan
12. Plat jarum yang mempunyai ukuran
13. Free Arm
 

Template by Maya