tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Khamis, 30 April 2009

Jumaat Datang Lagi.....

     Sekejap je dah hari Jumaat,masa berlalu terlalu pantaskan...pape pun dah banyak masa yang berlalu tu kita gunakan kejalan yang befaedah..makin lama makin tua...harap-harap amal ibadah kita pun makin banyak....

Seronoknya...




           Kenapa saya seronok sangat....pinggan yang saya idam-idamkan dah dapat semalam...Syukur Alhamdulillah...

Isnin, 27 April 2009

Panduan Adab menguap...

Tahukah kita bahawa agama Islam ada mengajar cara2 dan adab2 bagaimana untuk menguap?? Apakah adab2 menguap itu??

Haaa, kalau tak tahu dan tak pernah nak ambil tahu. Makanya kali ini, sukacita saya ingin berkongsi dengan anda tentang adab2 menguap seperti yang diajarkan oleh Nabi SAW.

Berikut ini adalah beberapa adab menguap.

1. Menahan menguap sekadar termampu:

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.w.a., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah Ta’ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan ‘Alhamdulillaah’, maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya mengucapkan ‘Yarhamukallaah!’. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya
.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).

Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.

3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:

Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi s.a.w., katanya yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.

Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a., katanya: Telah bersabda Rasullah s.aw. yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin.

Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.

Semuga Allah memberikan kekuatan kepada kita semua untuk mengamalkannya.


Sagittarius...

Should arrange "doa selamat" here I guess. But it will be fine? I don't think so :P This year, many bad luck happen to me. Let's check out my zodiac for this year.


Me as a Sagittarians have a positive outlook on life, are full of enterprise, energy, versatility, adventurousness and eagerness to extend experience beyond the physically familiar. This is a right thing but I've made a wrong choice work here. Haiz....Now I am stuck. As aSagi, I enjoy travelling and exploration, the more so because Sagiminds are constantly open to new dimensions of thought.

Can it be accepted zodiacs? We are basically ambitious and optimistic, and continue to be so even when their hopes are dashed. We strongly idealistic natures can also suffer many disappointments without being affected. Any arguement so far? Sagi also honorable, honest, trustworthy, truthful, generous and sincere, with a passion for justice. But, why they treat me like this? I am a black of the family. Furthermore we are usu
ally on the side of the underdog in society they will fight for any cause they believe to be just, and are prepared to be rebellious. Just wait and see....

Love is wonderful for many, but it's a bit of an enigma for theSagittarians like myself. Sagittarians, love often sex, plain and simple.Hahaha... I like sex! Not often but regularly. Sagis also are known as good kisser! Yes I believe in this...Our partners normally will wait the next kiss from us. Can you imagine that.

Sagi is a not shy person, and like the half beast/half humanthat he/she represents, is quite the sexual animal. In other words, these folks are always readyThat is a Sagis life then. Let move on to next love story. But, love can be hard for the Sagis. For this reason, a friendship first is often the best way to encourage a love relationship with these folk. Do you agree? Well...this is my life! No matter what people say about me,imanmom..

Ahad, 26 April 2009

Baju Melayu...

Kenali Gaya: Mata lalat, tulang belut bezakan baju Melayu





Pernah dah buat baju melayu cekak musang tuk hubby,tapi x mahir-mahir lagi....

Ciri-ciri Baju Pelangsingan Perfect Body...

CIRI-CIRI

Set baju langsing Perfect Body ini datang dengan 3 helaian asas.


1)    Singlet

   2)    Panties

   3)    Long Girdle

 

Set baju langsing Perfect Body ini dijual dalam warna hitam. Ia dijual dalam FREE size. Walau bagaimanapun, kami menyarankan agar saiz pinggang yang melebihi 45” tidak memakai baju langsing ini.

 

Set baju langsing Perfect Body tidak sama dengan koset mewah yang lain. Baju langsing Perfect Body ini tidak mempunyai tali, zip, butang atau sebarang ikatan. Cara pemakaian baju langsing Perfect Body ada dinyatakan di dalam laman web ini. 

 

Fabrik baju langsing Perfect Body ini lembut, menyerap peluh dan selesa dipakai. Fabrik baju langsing ini akan mengikut liuk lentuk tubuh badan apabila dipakai.

 

Set baju langsing Perfect Body ini dilengkapi dengan sinar infra merah jauh. Ia dapat membantu para wanita atau lelaki melancarkan peredaran darah. Sinar infra merah jauh  ini merupakan teknologi daripada Jepun. Baju langsing perfect Body ini dilihat oleh wanita Jepun sebagai teman karib. Mereka menjadikan baju langsing ini sebagai baju dalam mereka.

 

Baju langsing Perfect Body ini dapat membantu wanita melangsing dan menurunkan berat badan. Untuk wanita yang sentiasa ingin mengekalkan bentuk tubuh badan yang cantik, baju langsing Perfect Body ini sungguh sesuai dipakai. Untuk persediaan sebelum kahwin, baju langsing Perfect Body ini sungguh sesuai untuk mengekalkan bentuk tubuh dan untuk merasa lebih yakin.

 

Pancaran infra merah jauh merupakan sumber tenaga bagi benda-benda hidup. Ia mempunyai kesan-kesan penembusan, penyerapan dan resonans dengan benda-benda hidup. Ia menggunakan haba dalam pengaktifan molekul-molekul air di dalam badan disamping mengaktifkan sel-sel dalam tisu-tisu yang menghasilkan enzim-enzim untuk mencapai kesan janaan semula. Selagi terdapat suhu, ia akan membebaskan tenaga gelombang magnetik inframerah jauh yang mana menyediakan tindakan haba untuk menggalakkan metabolisme, peredaran darah dan pengumuhan sisa bahan.

 

Secara umumnya kita kurang terdedah dengan sinaran matahari yang mana akan menyebabkan tubuh kita tidak menyerap pancaran infra merah jauh ini. Dengan baju langsing Perfect Body ini, tubuh kita akan terdedah dengan pancaran infra merah jauh ini.

 

Antara fungsi-fungsi utama baju langsing Perfect Body ini ialah

1) 
Melangsingkan badan dengan lebih mudah dan ekonomi

Baju langsing Perfect Body ini boleh dijadikan sebagai pakaian dalam. Secara tidak langsung, dengan pemakaian baju langsing ini secara berterusan akan menyebabkan badan kita akan mengikut bentuk baju langsing ini.


2)  Menegangkan pinggul

Gabungan pemakaian panties dan long girdle set Perfect Body ini memudahkan pinggul ditegangkan. Untuk kesan yang maksimum selalulah bersenam dengan memakai baju langsing Perfect Body ini.

 
3)  Membakar lemak berlebihan

Lemak daripada badan dapat dibakar secara beransur-ansur. Ini kerana kesan daripada sinar infra merah jauh ini membolehkan peredaran darah kita menjadi lancar. Amalkan senaman yang teratur untuk kesan yang maksima.


4)  Pengumuhan toksik

Toksik dapat dikeluarkan daripada tubuh melalui perpeluhan, air kencing dan najis. Dengan pemakaian baju langsing Perfect Body ini, peredaran darah menjadi lancar dan proses perkumuhan ini mudah berlaku dan toksik dapat dikeluarkan.


5)  Meningkatkan peredaran darah

Sinar infra merah jauh ini dapat melancarkan peredaran darah kita. Senaman yang teratur dapat meningkatkan lagi peredaran darah kita.


6)  Melegakan sembelit

Sistem peredaran darah yang baik memudahkan proses perkumuhan. Ini secara tidak langsung akan menghindarkan diri kita daripada sembelit apabila memakai baju langsing Perfect Body ini.

 
7)  Melegakan sakit pinggang

Baju langsing Perfect Body ini dapat membetulkan postur badan kita. Dengan postur badan yang baik, sakit pinggang dapat dikurang dan dihilangkan.

 
8)  Mencegah kuman

Baju langsing Perfect Body ini dilengkapi dengan agen penyahkuman. Walau bagaimanapun, sekiranya baju langsing ini tidak dijaga dengan baik kuman masih dapat menghinggapi baju langsing ini.


9)  Membentuk tubuh badan secara semulajadi

Bentuk tubuh badan akan menjadi langsing dan cantik dengan pemakaian baju langsing Perfect Body ini.

 
10)   Mengurangkan keletihan

Apabila peredaran darah menjadi lancar, kita juga akan sentiasa segar dan akan mengurangkan keletihan.

 

Keistimewaan baju langsing Perfect Body


1)   
Dilengkapi dengan sinar infra merah jauh.

   2)    Fleksibel dipakai

   3)    Selesa dipakai

   4)    Anti bakteria dan anti kuman

   5)    Warna yang tahan lasak

   6)    Mudah dibersihkan

   7)    Rintangan sinaran UV

 

 

Kesesuaian Baju Langsing Perfect Body

 

Baju langsing Perfect Body ini sesuai dipakai untuk semua peringkat umur. Ini kerana setiap lapisan umur memerlukan sinar infra merah jauh ini. Walau bagaimanapun, pihak kami mengesyorkan remaja atau dewasa berumur 16 tahun dan ke atas untuk memakainya. Faktor yang diambil kira ialah faktor saiz baju langsing yang sedia ada. Faktor ini diambil kira berdasarkan ukuran badan penduduk Malaysia. Walau bagaimanapun, anda masih boleh memakai baju langsing Perfect Body ini walaupun anda berumur kurang daripada 16 tahun.

 

Baju langsing Perfect Body ini sungguh sesuai dipakai oleh ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ia sesuai untuk dijadikan pakaian pengganti bengkung kerana ia lebih mudah dipakai. Untuk kesan maksimum, pakai baju langsing Perfect Body dan bengkung bersama. Ini akan menyebabkan badan lebih mudah dibentuk. Walau bagaimanapun, ia masih bergantung kepada keselesaan pemakai. Untuk menjamin ketahanan baju langsing Perfect Body, jangan letakkan herba-herba yang boleh mengotorkan baju langsing Perfect Body ini secara terus. Untuk daun-daun herba yang bersih, tiada masalah untuk digunakan. Letakkan daun-daun herba di atas perut dan kemudian pakai baju langsing bersama supaya kesan herba dan kesan pancaran sinar infra merah jauh dapat bertindak balas dengan badan. Ini akan memudahkan lagi pelancaran darah.

 

Untuk para ibu yang melahirkan anak melalui proses pembedahan, dinasihatkan supaya tidak memakai baju langsing Perfect Body ini. Ini kerana dikhuatiri akan mengganggu proses percantuman jahitan selepas pembedahan. Beri masa kepada tubuh kita untuk pulih selepas pembedahan. Tidak perlu terburu-buru kerana penyembuhan luka lebih penting. Setelah diyakini kesan jahitan luka sudah pulih, barulah anda memakai baju langsing Perfect Body ini.

 

Kesan yang dapat dilihat semasa pemakaian baju langsing Perfect Body


1)  Kerap Berpeluh

Baju langsing Perfect Body ini dapat melancarkan peredaran darah. Ini secara tidak langsung memudahkan proses perkumuhan. Ini menyebabkan badan kerap berpeluh.

 
2)  Merasa panas

Peredaran darah yang semakin baik akan menyebabkan suhu badan meningkat. Ini akan memudahkan proses perkumuhan.

 
3)  Kerap dahaga atau minum

Apabila banyak proses perkumuhan berlaku, badan kita memerlukan kita untuk menggantikan mineral atau zat di dalam tubuh kita. Sebab itulah kita akan merasa dahaga atau minum dengan kerap. Sebaik-baiknya minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau lebih untuk kesan yang maksimum.

 
4)  Kerap buang air atau angin

Proses perkumuhan termasuklah membuang air kecil, besar atau angin.

 

Sekiranya tanda-tanda seperti di atas dikesan, jangan risau kerana baju langsing Perfect Body sudah mula bertindak balas dengan baik terhadap diri anda.

 

Baju langsing Perfect Body ini boleh dipakai semasa bersenam. Ini akan memaksimakan kesan penggunaan baju langsing Perfect Body ini.

 

Dalam pengurusan tubuh badan, perkara yang paling penting dalam memastikan tubuh kita sentiasa sihat, cergas, langsing dan cantik ialah peredaran darah tubuh badan kita. Oleh kerana itu, rekaan baju langsing Perfect Body mementingkan kesan dalam peredaran darah manusia.

 

Dalam memastikan diri kita berjaya mencapai objektif diri kita sama ada untuk langsing atau kurus, perkara yang paling penting ditekankan ialah minda yang kuat dan keinginan untuk mencapai tujuan tersebut. Diet yang seimbang dan amalan kehidupan yang sihat adalah digalakkan. Diri kita tanggungjawab kita.

Cara Membasuh...Perfect Body...

CARA MEMBASUH


Untuk membasuh baju langsing Perfect Body ini, sila ikuti tip-tip pembasuhan yang dinyatakan ini. Cara pembasuhan yang betul akan memanjangkan jangka hayat baju langsing Perfect Body ini.

 

  • Gunakan sabun pencuci yang lembut yang dicipta untuk pakaian dalam
  • Pastikan jumlah sabun pencuci yang digunakan adalah bersesuaian dan dilarutkan dengan betul
  • Jangan gunakan sebarang jenis peluntur
  • Cucian tangan secara sederhana
  • Bilas dengan betul kerana sabun pencuci yang tertinggal akan memendekkan jangka hayat baju langsing Perfect Body ini.
  • Perah baju langsing Perfect Body ini untuk mengeluarkan air secara berhati-hati atau keringkannya di antara tuala-tuala.
  • Jangan sekali-kali bilas atau perah dengan menggunakan mesin pengering atau mesin basuh.
  • Sidai di tempat yang tidak terdedah kepada cahaya matahari secara terus.

Untuk cucian tangan, jangan gunakan berus plastik. Gunakan berus sabut atau berus lembut. Ini untuk menjaga fabrik baju langsing Perfect Body ini.

Baju Langsing Wanita..Prefect body...

CARA PEMAKAIAN


Set baju langsing Perfect Body ini mempunyai 3 helaian asas.

 

    1)    Singlet

    2)    Panties

    3)    Long girdle

 

     singlet baju langsing       panties baju langsing         Long Girdle Baju Langsing

            Singlet                      Panties                       Long Girdle

 

 

Untuk kesan yang maksima, pakai set baju langsing Perfect Body ini sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Sekiranya dipakai 24 jam sehari pun tidak menjadi masalah (lebih baik).

 

Sebelum memakai set baju langsing Perfect Body ini kita hendaklah memakai coli untuk wanita dan seluar dalam untuk lelaki. Ini untuk memastikan pembentukan tubuh kawasan tersebut lebih baik. (Perhatian: coli dan seluar dalam yang dimaksudkan ialah coli dan seluar dalam persendirian yang dipakai harian. Coli dan seluar dalam tidak disertakan di dalam set baju langsing Perfect Body ini).

 

Untuk lelaki pemakaian seluar dalam hendaklah dipastikan menutupi keseluruhan bahagian kemaluan.

 

Untuk wanita cara pemakaian coli boleh diikuti dengan langkah berikut.

  1. Condongkan badan ke hadapan
  2. Letakkan coli pada buah dada dan pastikan ia dilindungi sepenuhnya.
  3. Masih dengan posisi condong ke hadapan, pasangkan cangkuk coli pada bahagian belakang.
  4. Betulkan tali coli mengikut kehendak anda dan yang paling penting buah dada hendaklah dipastikan berada di dalam coli sepenuhnya.
  5. Selepas memakainya, cubalah bergerak untuk memastikan buah dada tetap berada sepenuhnya di dalam coli.

 

 

Pemakaian Panties

Pemakaian bahagian Panties seperti memakai seluar dalam biasa. Pakai dari bahagian kaki.

 

Pemakaian long girdle.

Long Girdle dipakai dengan menggulung seperti pemakaian stokin (sarung kaki). Sarungkan dari kaki dan tarik sehingga ke pinggul. Masukkan tangan anda ke dalam panties yang telah dipakai tadi dan betulkannya supaya semua bahagian paha dinaikkan ke atas.

 

Pemakaian Singlet

Seperti pemakaian long Girdle, gulung singlet seperti pemakaian stokin. Pakai dari bahagian kaki. Tarik sampai ke bahagian badan dan masukkan tangan ke bahagian lengan singlet tersebut. Peringatan: Sila pakai bahagian singlet ini dari kaki bukan dari kepala.

 

Ringkasan Langkah-langkah Pemakaian Baju Langsing Perfect Body

 

 

 baju langsing flow1

baju langsing flow 2

baju langsing flow 3

baju langsing flow 4

                                            

  =      Badan yang anggun
 

Template by Maya