Set baju langsing Perfect Body ini datang dengan 3 helaian asas.
2) Panties
3) Long Girdle
Set baju langsing Perfect Body ini dijual dalam warna hitam. Ia dijual dalam FREE size. Walau bagaimanapun, kami menyarankan agar saiz pinggang yang melebihi 45” tidak memakai baju langsing ini.
Set baju langsing Perfect Body tidak sama dengan koset mewah yang lain. Baju langsing Perfect Body ini tidak mempunyai tali, zip, butang atau sebarang ikatan. Cara pemakaian baju langsing Perfect Body ada dinyatakan di dalam laman web ini.
Fabrik baju langsing Perfect Body ini lembut, menyerap peluh dan selesa dipakai. Fabrik baju langsing ini akan mengikut liuk lentuk tubuh badan apabila dipakai.
Set baju langsing Perfect Body ini dilengkapi dengan sinar infra merah jauh. Ia dapat membantu para wanita atau lelaki melancarkan peredaran darah. Sinar infra merah jauh ini merupakan teknologi daripada Jepun. Baju langsing perfect Body ini dilihat oleh wanita Jepun sebagai teman karib. Mereka menjadikan baju langsing ini sebagai baju dalam mereka.
Baju langsing Perfect Body ini dapat membantu wanita melangsing dan menurunkan berat badan. Untuk wanita yang sentiasa ingin mengekalkan bentuk tubuh badan yang cantik, baju langsing Perfect Body ini sungguh sesuai dipakai. Untuk persediaan sebelum kahwin, baju langsing Perfect Body ini sungguh sesuai untuk mengekalkan bentuk tubuh dan untuk merasa lebih yakin.
Pancaran infra merah jauh merupakan sumber tenaga bagi benda-benda hidup. Ia mempunyai kesan-kesan penembusan, penyerapan dan resonans dengan benda-benda hidup. Ia menggunakan haba dalam pengaktifan molekul-molekul air di dalam badan disamping mengaktifkan sel-sel dalam tisu-tisu yang menghasilkan enzim-enzim untuk mencapai kesan janaan semula. Selagi terdapat suhu, ia akan membebaskan tenaga gelombang magnetik inframerah jauh yang mana menyediakan tindakan haba untuk menggalakkan metabolisme, peredaran darah dan pengumuhan sisa bahan.
Secara umumnya kita kurang terdedah dengan sinaran matahari yang mana akan menyebabkan tubuh kita tidak menyerap pancaran infra merah jauh ini. Dengan baju langsing Perfect Body ini, tubuh kita akan terdedah dengan pancaran infra merah jauh ini.
1) Melangsingkan badan dengan lebih mudah dan ekonomi
Baju langsing Perfect Body ini boleh dijadikan sebagai pakaian dalam. Secara tidak langsung, dengan pemakaian baju langsing ini secara berterusan akan menyebabkan badan kita akan mengikut bentuk baju langsing ini.
2) Menegangkan pinggul
Gabungan pemakaian panties dan long girdle set Perfect Body ini memudahkan pinggul ditegangkan. Untuk kesan yang maksimum selalulah bersenam dengan memakai baju langsing Perfect Body ini.
3) Membakar lemak berlebihan
Lemak daripada badan dapat dibakar secara beransur-ansur. Ini kerana kesan daripada sinar infra merah jauh ini membolehkan peredaran darah kita menjadi lancar. Amalkan senaman yang teratur untuk kesan yang maksima.
4) Pengumuhan toksik
Toksik dapat dikeluarkan daripada tubuh melalui perpeluhan, air kencing dan najis. Dengan pemakaian baju langsing Perfect Body ini, peredaran darah menjadi lancar dan proses perkumuhan ini mudah berlaku dan toksik dapat dikeluarkan.
5) Meningkatkan peredaran darah
Sinar infra merah jauh ini dapat melancarkan peredaran darah kita. Senaman yang teratur dapat meningkatkan lagi peredaran darah kita.
6) Melegakan sembelit
Sistem peredaran darah yang baik memudahkan proses perkumuhan. Ini secara tidak langsung akan menghindarkan diri kita daripada sembelit apabila memakai baju langsing Perfect Body ini.
7) Melegakan sakit pinggang
Baju langsing Perfect Body ini dapat membetulkan postur badan kita. Dengan postur badan yang baik, sakit pinggang dapat dikurang dan dihilangkan.
8) Mencegah kuman
Baju langsing Perfect Body ini dilengkapi dengan agen penyahkuman. Walau bagaimanapun, sekiranya baju langsing ini tidak dijaga dengan baik kuman masih dapat menghinggapi baju langsing ini.
9) Membentuk tubuh badan secara semulajadi
Bentuk tubuh badan akan menjadi langsing dan cantik dengan pemakaian baju langsing Perfect Body ini.
10) Mengurangkan keletihan
Apabila peredaran darah menjadi lancar, kita juga akan sentiasa segar dan akan mengurangkan keletihan.
Keistimewaan baju langsing Perfect Body
1) Dilengkapi dengan sinar infra merah jauh.
2) Fleksibel dipakai
3) Selesa dipakai
4) Anti bakteria dan anti kuman
5) Warna yang tahan lasak
6) Mudah dibersihkan
7) Rintangan sinaran UV
Kesesuaian Baju Langsing Perfect Body
Baju langsing Perfect Body ini sesuai dipakai untuk semua peringkat umur. Ini kerana setiap lapisan umur memerlukan sinar infra merah jauh ini. Walau bagaimanapun, pihak kami mengesyorkan remaja atau dewasa berumur 16 tahun dan ke atas untuk memakainya. Faktor yang diambil kira ialah faktor saiz baju langsing yang sedia ada. Faktor ini diambil kira berdasarkan ukuran badan penduduk
Baju langsing Perfect Body ini sungguh sesuai dipakai oleh ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ia sesuai untuk dijadikan pakaian pengganti bengkung kerana ia lebih mudah dipakai. Untuk kesan maksimum, pakai baju langsing Perfect Body dan bengkung bersama. Ini akan menyebabkan badan lebih mudah dibentuk. Walau bagaimanapun, ia masih bergantung kepada keselesaan pemakai. Untuk menjamin ketahanan baju langsing Perfect Body, jangan letakkan herba-herba yang boleh mengotorkan baju langsing Perfect Body ini secara terus. Untuk daun-daun herba yang bersih, tiada masalah untuk digunakan. Letakkan daun-daun herba di atas perut dan kemudian pakai baju langsing bersama supaya kesan herba dan kesan pancaran sinar infra merah jauh dapat bertindak balas dengan badan. Ini akan memudahkan lagi pelancaran darah.
Untuk para ibu yang melahirkan anak melalui proses pembedahan, dinasihatkan supaya tidak memakai baju langsing Perfect Body ini. Ini kerana dikhuatiri akan mengganggu proses percantuman jahitan selepas pembedahan. Beri masa kepada tubuh kita untuk pulih selepas pembedahan. Tidak perlu terburu-buru kerana penyembuhan luka lebih penting. Setelah diyakini kesan jahitan luka sudah pulih, barulah anda memakai baju langsing Perfect Body ini.
Kesan yang dapat dilihat semasa pemakaian baju langsing Perfect Body
1) Kerap Berpeluh
Baju langsing Perfect Body ini dapat melancarkan peredaran darah. Ini secara tidak langsung memudahkan proses perkumuhan. Ini menyebabkan badan kerap berpeluh.
2) Merasa panas
Peredaran darah yang semakin baik akan menyebabkan suhu badan meningkat. Ini akan memudahkan proses perkumuhan.
3) Kerap dahaga atau minum
Apabila banyak proses perkumuhan berlaku, badan kita memerlukan kita untuk menggantikan mineral atau zat di dalam tubuh kita. Sebab itulah kita akan merasa dahaga atau minum dengan kerap. Sebaik-baiknya minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau lebih untuk kesan yang maksimum.
4) Kerap buang air atau angin
Proses perkumuhan termasuklah membuang air kecil, besar atau angin.
Sekiranya tanda-tanda seperti di atas dikesan, jangan risau kerana baju langsing Perfect Body sudah mula bertindak balas dengan baik terhadap diri anda.
Baju langsing Perfect Body ini boleh dipakai semasa bersenam. Ini akan memaksimakan kesan penggunaan baju langsing Perfect Body ini.
Dalam pengurusan tubuh badan, perkara yang paling penting dalam memastikan tubuh kita sentiasa sihat, cergas, langsing dan cantik ialah peredaran darah tubuh badan kita. Oleh kerana itu, rekaan baju langsing Perfect Body mementingkan kesan dalam peredaran darah manusia.
Dalam memastikan diri kita berjaya mencapai objektif diri kita sama ada untuk langsing atau kurus, perkara yang paling penting ditekankan ialah minda yang kuat dan keinginan untuk mencapai tujuan tersebut. Diet yang seimbang dan amalan kehidupan yang sihat adalah digalakkan. Diri kita tanggungjawab kita.
0 comments:
Catat Ulasan