TINGGALKAN LINK YA!!!
KLIK KLIK YA
Sabtu, 11 Julai 2009
Nak Menang Digital Camera...
Contest Weblog Popular 1 Malaysia????
Denaihati ingin mencari Weblog Popular 1Malaysia untuk membantu menambah ilmu menguruskan blog dengan lebih baik daripada weblog yang hebat yang mungkin belum terjumpa dalam jutaan weblog di Malaysia. Untuk mencari Weblog Popular 1Malaysia aku perlukan bantuan teman-teman. Hadiah yang menarik disediakan kepada teman-teman yang membantu aku mencari Weblog Popular 1Malaysia.
HADIAH
1. RM1,000.00 : 1 Weblog yang mendapat pencalonan terbanyak dari teman-teman blogger akan dinobatkan sebagai Weblog Popular 1Malaysia.
2. RM1,500.00 : Weblog yang paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
3. RM1,000.00 : Weblog kedua paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
4. RM500.00 : Weblog ketiga paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
5. 4 x RM250.00 : Hadiah khas - Ranking no 1- 4 di google.com.my dengan keywords "Weblog Popular 1Malaysia" pada jam 12.00 am 30/9/2009.
Terima Kasih Kepada Sponsor yang HEBAT :
SAUDACARE dan ANISHA ONLINE MALL
(Kepada yang berminat nak jadi sponsor boleh hubungi terus melalui twitter @Denaihati)
Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak Di Rogol & Cabul
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian 'alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.
Saban hari kita dengar dan lihat di kaca tv dan di dada akhbar, tentang masalah berkaitan rogol dan cabul sampai ke hari ini masih hangat diperkatakan. Setiap kali baca akhbar ada saja kes berkaitan rogol dan cabul ini, seolah-olah kes ini sudah menjadi satu fenomena yang melanda Negara kita ketika ini. Hari ini kalau kita baca di surat khabar Metro, seorang warga emas yang kemaruk seks merogol seorang wanita kurang upaya, bukan sekali malah 4 kali sehingga wanita itu mengandung sudah 5 bulan. Kejadian ini berlaku di Kota Bharu. Dan banyak lagi kes yang berlaku sebelum ini. Di manakah letaknya sifat perikemanusian mereka? sehingga mereka sanggup melakukan sedemikian rupa. Mana letaknya sifat malu mereka terhadap manusia khususnya terhadap Allah s.w.t? Mana perginya iman mereka?
Posting kali ini berkaitan doa dari hadis sohih khusus untuk mengelakkan wanita di rogol dan di cabul. Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dasyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
Doa dari hadis sohih perlindungan setiap kali keluar rumah, iaitu :-
Dalam sebutan rumi : BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SMA'IE, WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM.
Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
Dalam sebutan rumi : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA WA AZ-ZALIM.
Semoga ia dapat dilafaz dan di amalkan oleh semua wanita msulimah, cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan RasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatannya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam, sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.r tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya mematuhi syariat yang telah ditetapkan islam itu sendiri. Renugkan dan fikirkanlah wahai wanita muslimah......
Wallahu 'Alam
Sumber : Zaharuddin Abd Rahman - http://www.zaharuddin.net
Rahsia Solat Awal Waktu
Jumaat, 10 Julai 2009
Rabu, 8 Julai 2009
Tutorial tote bag
untuk menghasilkan tote bag bersaiz 18" x 15" x 3"
part 1: bahan-bahannya
A: 34" x 19" kain kotton tebal - untuk bahagian luar beg. boleh design ikut suka
B: 28" x 19" kain untuk lapisan dalam - boleh juga berwarna-warni ikut citarasa
C: 19" x 4" (2 helai) kain untuk kedua-dua penghujung bahagian dalam (B)
D: 10" x 9" (2 helai) kain untuk bahagian poket dalam - ikut suka juga, kalau taknak takpe.
E. 28" x 2" (4 helai) kain untuk tali beg (maaf, tiada dalam gambar)
part 2: menjahit bahagian dalam beg
tandakan panjang poket pada kain B dan C. kain bahagian B dan C di cantumkan sedikit di bahagian kiri dan kanan. tinggalkan bahagian tengah untuk lubang poket.
lipatkan ke luar kedua-dua bahagian basi kain dan jahitkan bahagian basi kain B kedalam.
letakkan kain untuk poket (D) di atasnya, pinkan dan jahit keliling. bahagian atas poket mestilah di jahit bersama basi kain C.
gambar 7 di atas adalah bahagian hadapan poket. ulangkan untuk bahagian penghujung B yang satu lagi. kali ni saya jahitkan di bahagian tengah poket, dan poket yang kecik lebih pendek (supaya senang nak ambik henpon)
bahagian dalam beg dilipat 2 dan di jahit kiri dan kanan.
tandakan bahagian bucu yang dijahit seperti gambar 11 di atas. jahitkan bahagian yang di tanda, dan dipotong selebihnya.
part 3: menjahit bahagian luar beg
bahagian luar beg (A) dilipat dan dijahit kiri dan kanan. sama seperti bahagian dalam beg, proses bucunya menjadi seperti gambar 14.
part 4: menjahit tali beg
dua helai kain untuk tali beg dijahitkan di sebelah bahagian (jahit bahagian dalam kain). terbalikkan, dan dijahit tindan.
untuk sebelah bahagian lagi, lipatkan kain kedalam, dan jahit dari luar. ulangkan untuk satu lagi tali beg.
jahitkan sedikit penghujung tali beg pada kain bahagian luar beg (A) sebagai penanda. ulangkan pada satu bahagian lagi dan masukkan kedua-dua tali ke dalam.
part 5: mencantum semua bahagian menjadi tote beg
terbalikkan bahagian dalam beg supaya bahagian yang kemas berada di luar. masukkan bahagian dalam beg ke dalam bahagian luar beg. maaf, ayat agak bercelaru, sila lihat gambar di atas.
kemaskan. di jahit keliling, dan tinggalkan sedikit lubang, dalam 5".
dari lubang yang dibuat, terbalikkan kesemua bahagian kain, dengan menarik keluar bahagian dalam kain. kemaskan, dan masukkan bahagian dalam beg (B) ke dalam bahagian luar beg (A).
jahit tindan bahagian mulut beg.
ini tote bag elin...tutorial ni saya ambil kat blog http://my.crazyartzone.com/
Relax...
Jika hidup terasa berat hari ini dan
hari gaji terasa masih sangat lama
atau tugas yg tak selesai- selesai, atau ada target yg belum achieve,
malah ditambah lagi beban......
hanya satu hal yang dapat kita lakukan ....
kirimkanlah
senyum kepada semua orang hari ini
Selasa, 7 Julai 2009
Isnin, 6 Julai 2009
Gaban giveaway
jom kawan-kawan sertai giveaway dari blog gaban...manatau kawan-kawan pemenangnya untuk idea yang kreatif...
Mula: 6 Julai 2009
Tamat : 16 Julai 2009
Pemenang akan diumumkan pada 17 Julai 2009
Syarat-syarat penyertaan:
- Senang jer, buat entri berkenaan contest ni di blog anda. Dalam entri tu war-warkan tentang kedaigaban. Linknya ada dalam blog, godek2 jer.
- Tinggalkan komen anda di sini berserta link anda sendiri, mereka yang tak de blog pun boleh sertai, ia terbuka untuk semua tapi pastikan anda sertakan id, emel atau no telefon pun boleh mana tau anda menang, senang untuk dihubungi.
- Pemenang akan ditentukan kepada mereka yang boleh memberikan 'Header description' terbaik dan menarik tentang kedai saya. Kedai saya berkaitan tentang apa sebenarnya, ohhh saya tak jual tote beg sahaja..hehehe..contohnya seperti di bawah -->
- Saya percaya anda semua punya idea yang lebih bagus, so perah2 kan minda anda. Tidak perlu jadi followers, terpulanglah kepada anda...mudah bukan..so biarkan diri anda berkreatif untuk bulan ini...