tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Rabu, 8 Julai 2009

Tutorial tote bag




untuk menghasilkan tote bag bersaiz 18" x 15" x 3"

part 1: bahan-bahannya

A: 34" x 19" kain kotton tebal - untuk bahagian luar beg. boleh design ikut suka
B: 28" x 19" kain untuk lapisan dalam - boleh juga berwarna-warni ikut citarasa
C: 19" x 4" (2 helai) kain untuk kedua-dua penghujung bahagian dalam (B)
D: 10" x 9" (2 helai) kain untuk bahagian poket dalam - ikut suka juga, kalau taknak takpe.
E. 28" x 2" (4 helai) kain untuk tali beg (maaf, tiada dalam gambar)

part 2: menjahit bahagian dalam beg

tandakan panjang poket pada kain B dan C. kain bahagian B dan C di cantumkan sedikit di bahagian kiri dan kanan. tinggalkan bahagian tengah untuk lubang poket.

lipatkan ke luar kedua-dua bahagian basi kain dan jahitkan bahagian basi kain B kedalam.

letakkan kain untuk poket (D) di atasnya, pinkan dan jahit keliling. bahagian atas poket mestilah di jahit bersama basi kain C.

gambar 7 di atas adalah bahagian hadapan poket. ulangkan untuk bahagian penghujung B yang satu lagi. kali ni saya jahitkan di bahagian tengah poket, dan poket yang kecik lebih pendek (supaya senang nak ambik henpon)

bahagian dalam beg dilipat 2 dan di jahit kiri dan kanan.

tandakan bahagian bucu yang dijahit seperti gambar 11 di atas. jahitkan bahagian yang di tanda, dan dipotong selebihnya.

part 3: menjahit bahagian luar beg

bahagian luar beg (A) dilipat dan dijahit kiri dan kanan. sama seperti bahagian dalam beg, proses bucunya menjadi seperti gambar 14.

part 4: menjahit tali beg

dua helai kain untuk tali beg dijahitkan di sebelah bahagian (jahit bahagian dalam kain). terbalikkan, dan dijahit tindan.

untuk sebelah bahagian lagi, lipatkan kain kedalam, dan jahit dari luar. ulangkan untuk satu lagi tali beg.

jahitkan sedikit penghujung tali beg pada kain bahagian luar beg (A) sebagai penanda. ulangkan pada satu bahagian lagi dan masukkan kedua-dua tali ke dalam.

part 5: mencantum semua bahagian menjadi tote beg

terbalikkan bahagian dalam beg supaya bahagian yang kemas berada di luar. masukkan bahagian dalam beg ke dalam bahagian luar beg. maaf, ayat agak bercelaru, sila lihat gambar di atas.

kemaskan. di jahit keliling, dan tinggalkan sedikit lubang, dalam 5".

dari lubang yang dibuat, terbalikkan kesemua bahagian kain, dengan menarik keluar bahagian dalam kain. kemaskan, dan masukkan bahagian dalam beg (B) ke dalam bahagian luar beg (A).

jahit tindan bahagian mulut beg.

ini tote bag elin...tutorial ni saya ambil kat blog http://my.crazyartzone.com/

0 comments:

 

Template by Maya