tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Sabtu, 6 Jun 2009

 tag:flickr.com,2005:http://www.flickr.com/photos/96515476@N00/sets/72157605485208621http://farm4.static.flickr.com/3194/2557938857_310878137e_s.jpg 2008-06-07T15:30:35Z Flickr tag:flickr.com,2005:/photo/2558764924/in/set-72157605485208621 2008-06-07T15:30:35Z 2008-06-07T15:30:35Z 2008-06-07T08:28:39-08:00 

emilayusof posted a photo:

Mom's Garden: Page 9

 
emilayusof http://www.flickr.com/people/emilayusof/ 
 tag:flickr.com,2005:/photo/2558764796/in/set-72157605485208621 2008-06-07T15:30:35Z 2008-06-07T15:30:35Z 2008-06-07T08:28:36-08:00 

emilayusof posted a photo:

Mom's Garden: Page 8

 
emilayusof http://www.flickr.com/people/emilayusof/ 
 tag:flickr.com,2005:/photo/2558764720/in/set-72157605485208621 2008-06-07T15:30:35Z 2008-06-07T15:30:35Z 2008-06-07T08:28:34-08:00 

emilayusof posted a photo:

Mom's Garden: Page 7

 
emilayusof http://www.flickr.com/people/emilayusof/ 
 tag:flickr.com,2005:/photo/2558764560/in/set-72157605485208621 2008-06-07T15:30:35Z 2008-06-07T15:30:35Z 2008-06-07T08:28:29-08:00 

emilayusof posted a photo:

Mom's Garden: Page 5

 
emilayusof http://www.flickr.com/people/emilayusof/ 
 tag:flickr.com,2005:/photo/2558764472/in/set-72157605485208621 2008-06-07T15:30:35Z 2008-06-07T15:30:35Z 2008-06-07T08:28:26-08:00 

emilayusof posted a photo:

Mom's Garden: Page 4

 
emilayusof http://www.flickr.com/people/emilayusof/ 
 tag:flickr.com,2005:/photo/2557939817/in/set-72157605485208621 2008-06-07T15:30:35Z 2008-06-07T15:30:35Z 2008-06-07T08:28:43-08:00 

emilayusof posted a photo:

Mom's Garden: Page 10

 
emilayusof http://www.flickr.com/people/emilayusof/ 
 tag:flickr.com,2005:/photo/2557939393/in/set-72157605485208621 2008-06-07T15:30:35Z 2008-06-07T15:30:35Z 2008-06-07T08:28:31-08:00 

emilayusof posted a photo:

Mom's Garden: Page 6

 
emilayusof http://www.flickr.com/people/emilayusof/ 
 tag:flickr.com,2005:/photo/2558764376/in/set-72157605485208621 2008-06-07T15:30:34Z 2008-06-07T15:30:34Z 2008-06-07T08:28:24-08:00 

emilayusof posted a photo:

Mom's Garden: Page 3

 
emilayusof http://www.flickr.com/people/emilayusof/ 
 tag:flickr.com,2005:/photo/2558764240/in/set-72157605485208621 2008-06-07T15:30:34Z 2008-06-07T15:30:34Z 2008-06-07T08:28:19-08:00 

emilayusof posted a photo:

Mom's Garden: Page 1

 
emilayusof http://www.flickr.com/people/emilayusof/ 
 tag:flickr.com,2005:/photo/2557939011/in/set-72157605485208621 2008-06-07T15:30:34Z 2008-06-07T15:30:34Z 2008-06-07T08:28:22-08:00 

emilayusof posted a photo:

Mom's Garden: Page 2

 
emilayusof http://www.flickr.com/people/emilayusof/ 
 tag:flickr.com,2005:/photo/2557938857/in/set-72157605485208621 2008-06-07T15:28:17Z 2008-06-07T15:28:17Z 2008-06-07T08:28:17-08:00 

emilayusof posted a photo:

Mom's Garden: Cover

 
emilayusof http://www.flickr.com/people/emilayusof/

Khamis, 4 Jun 2009

9 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA



  • Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

    1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

    2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

    3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


    4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia.

    5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

    6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

    7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

    8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

    9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

    Kesimpulan
    Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain....andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam"

hUkum BerSahabaT...



BERSAHABAT
Islam memberikan garispanduan di mana seseorang bersahabat dengan seseorang yang lain mempunyai tujuan-tujuan tertentu. Tujuan-tujuan tersebut ialah :
1) Bersahabat kerana Zat(diri) orang tersebut. 
2) Bersahabat kerana maslahat (kelebihan) di Dunia. (Seseorang yang bersahabat dalam ketegori ini, akan bersahabat untuk mendapatkan nikmat keduniaan seperti kekayaan & pangkat). 
3) Bersahabat kerana maslahat (kelebihan) di Akhirat. (Mereka bersahabat kerana untuk mendapatkan Akhirat seperti bersahabat dengan orang yang berilmu supaya mudah beribadat kepada Allah S.W.T.) 
4) Bersahabat kerana Allah S.W.T. (Allah S.W.T memerintah diantara satu sama lain hendaklah ada kasih mengasihi seperti ia mengasihi dirinya sendiri). Golongan ini adalah golongan yang terbaik dan hampir dengan Allah S.W.T 
DEKATI 
Orang yang berakal. 
Orang baik perangainya. 
Orang yang beragama. 
Orang berpegang dengan Ahli Sunah Wal-Jamaah. 
Orang yang Zuhud terhadap dunia. 
JAUHI 
Orang yang banyak berdusta. 
Orang yang Kurang akal. 
Orang yang kedekut. 
Orang yang penakut. 
Orang yang fasik. 
Hak-hak Sahabat 
1) Menolong dengan harta apabila sahabat kita berada dalam kesempitan hidup. 
2) Menolong sahabat dengan usaha dan tenaga. Sahabat yang baik akan membantu sahabat yang berada dalam kesibukan tugas. 
3) Menolong sahabat dengan lidah, iaitu hendaklah (sunat) memuji & menghebahkan kebaikan yang dilakukan oleh sahabat (tertakluk kepada keadaan seseorang itu). 
4) Memanggil sahabat dengan panggilan yang baik (tertakluk kepada taraf seseorang). 
5) Tidak menceritakan keaiban & kesalahan sahabat samada di hadapan atau di belakangnya. 
6) Memaafkan kesalahan sahabat. 
7) Mendoakan kesejahteraan sahabat, seperti memberi salam. 
8) Menunaikan semua hak sahabat dengan ikhlas. 
9) Tidak menyusah atau memberati sahabat.
jodoh ada 3,

pertama ialah jodoh dari syaitan di mana apabila seorang lelaki dan seorang perempuan bercinta, saling memegang tangan, bermesra dan akhirnya berzina lalu mereka berkahwin... maka itu adalah jodoh dari syaitan...


ke dua ialah jodoh dari jin iaitu apabila seorang lelaki sukakan seorang perempuan, ia menggunakan ilmu hitam, mengupah bomoh dan sebagainya, lalu perempuan tersebut menerima dan dinikahi, maka itu adalah jodoh dari jin...


ke tiga ialah JODOH DARI ALLAH iaitu apabila seorang pemuda sukakan seorang perempuan, dipinang dengan cara yang baik, dinikahi maka itulah yang dipanggil 'syurga cinta'...


yang mana yang ingin kita peroleh?

wallahualam..(^_^)
mari kita lihat apa kata Al-Imam Burhanul Islam Al-Zarnuji rahimahullahu taala yang terkenal dengan kitab beliau yang diberi nama "Taalim Al-Mutaallim Tariq Al-Taalum" kitab agung yang membicarakan adab2 seorang pelajar secara menyeluruh.. kata beliau:

"adapun yang menyebabkan seseorang mewarisi PENYAKIT KELUPAAN itu antaranya: banyak melakukan maksiat.. banyak membuat dosa.. dan BANYAK BERSEDIH TERHADAP PERKARA2 DUNIAWI.. dan banyak menyibukkan diri dengan menghubungkan diri dengan dunia.. telahpun kami sebutkan bahawa tidak sepatutnya bagi seorang yang mempunyai akal yang waras untuk bersedih terhadap perkara2 duniawi.. kerana ianya langsung TIDAK MEMBAWA MUDARAT DAN TIDAK JUGA MEMBERI MANFAAT.. bahkan bersedih terhadap perkara dunia tak akan menghilangkan kegelapan dalam hati.. bersedih terhadap akhirat juga tak menghilangkan cahaya yang ada dalam hati.. dan kesannya akan jelas kelihatan melalui solat.. jadi kesedihan dunia itu akan menghalang seseorang daripada banyak jenis daripada kebaikan.. kesedihan untuk akhirat pula lebih akan membawa kita kepada kebaikan.. dan menyibukkan diri dengan melakukan solat supaya ianya menjadi solat yang khusyuk serta menyibukkan diri pada urusan2 ilmu.. itulah yang akan dapat menafikan kesedihan daripada dalam diri kita.."

Imam Al-Hallaj rahimahullahu taala pula pernah berkata:

نفسك إن لم تشغلها شغلتك

Nafsumu itu jika kau tidak sibukkan dia (dengan urusan akhirat) maka dia akan sibukkan kau (dengan urusan dunia yang remeh temeh)

berkata lagi Imam Al-Zarnuji:

"maka sayugialah kepada setiap seorang daripada kita untuk menyibukkan diri dengan amalan2 kebaikan hingga dia tak sempat nak menyibukkan dirinya dengan hawa nafsunya.. dan seharusnyalah seseorang yang berakal waras tidak bersedih dengan perkara duniawi kerana kesedihan dan kepiluan hati itu tidak akan menolak musibah.. sedikit pun manfaat tak akan dapat bahkan memudaratkan pula hati, tubuh badan dan akal.. maka isikanlah ia dengan amalan kebaikan dan bersedihlah untuk akhirat kerana ianya sememangnya memberi manfaat.."

JANJI ALLAH TAALA

Firman Allah Tabaraka Wa Taala:

Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.
[Al-Talaq:7]

FirmanNya lagi:

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
[Al-Baqarah:286]



                                                           

ANTARA SABAR DAN MENGELUH...

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." 

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya,
"Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini." 

Abu Hassan bertanya, 
"Bagaimana hal yang merisaukanmu?" 

Wanita itu menjawab, 
"Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" 

Jawab adiknya,
 "Baiklah kalau begitu?" 

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua." 

Lalu Abul Hassan bertanya, 
"Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" 

Wanita itu menjawab, 
"Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka." 

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:

" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya." 

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: 

"Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." 

Dan sabdanya pula, 
" Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah) 

• Semoga kita dijadikan sebagai hamba Allah yang sabar dalam menghadapi segala ujian, musibah, malapetaka dan apa-apa sahaja yang berlaku kepada kita…

• Sehari harian akan berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku kepada kita… dan setiap orang akan berbeza ujian, musibah, malapetaka… maka apa yang perlu kita lakukan adalah dengan perbanyakkan bersabar… dan bukan mengeluh…

ENAM PERSOALAN HIDUP


Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pastiakan mati. (Maksud ayat 185, Surah Ali Imran)

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua,"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itukita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akandatang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga, "Apa yang paling besar di dunia ini?".Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Maksud ayat 179, Surah Al A'Raf). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampainafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat didunia ini?". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah.Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Maksudayat 72, Surah Al Ahzab). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak darimanusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan "solat". Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara "meeting" kita tinggalkan solat.

Lantas pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Pesanan Ketika Azan.

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita 
ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir
 
ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik

mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.


Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "
Hendaklah kamu mendiamkan diri
 
ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
 
menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar
 
mendiamkan
 
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai
 
orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
 
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
 
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa
 
yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika
 
nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal h ampir tiba maka
 
kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa
 
yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut All! ah
 
dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita
 
sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak
 
kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah
 
kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami
 
mengucap kali mah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri

kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."



WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;


Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
 
1) Jujur dalam berkata-kata.
 
2) Menjauhi segala yg haram.
 
3) Merendahkan diri.
 


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
 
1) Merahsiakan ibadahnya..
 
2) Merahsiakan sedekahnya.
 
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.



Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
 
1) Takut berlaku dusta dan keji.
 
2) Menjauhi kejahatan.
 
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.



Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
 
1) Mengawasi dirinya.
 
2) Menghisab dirinya.
 
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma
 
masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit
 
terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk
 
pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi
 
tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk
 
memasukinya.
 
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui
 
e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali
 
berfikir 2 atau 3 kali.............

**sama2 renungkan~:)

Temuduga Sebagai calon Jenazah.

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (
alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.


Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI
:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan dikepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.


Selasa, 2 Jun 2009

DiDengari Mayat

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu; 
1. Keluarga 
2. Hartanya 
3. Amalnya 

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu; 
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali 
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya. 

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ... 
Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan.. 
· - Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu 
· - Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu 
· - Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu 
· - Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.'

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan... 
· - Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah 
· - Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara 
· - Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa 
· - Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara'

Ketika Mayat Siap Dikafan ...
Suara Dari Langit Terdengar Memekik,'Wahai Fulan Anak Si Fulan 
· - Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha 
· - Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah 
· - Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal 
· - Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya 
· - Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.'

Ketika MayatDiusung. ... 
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan.. 
· - Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan 
· - Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat 
· - Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.' 

Ketika Mayat Siap Disholatkan ....
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan.. 
· - Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat 
· - Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik 
· - Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.'

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat ...... 
terdengar Suara Memekik Dari Langit,'Wahai Fulan Anak Si Fulan... 
· Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini Wahai Fulan Anak Si Fulan... 
· - Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis 
· - Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka 
· - Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.'

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian.... .. 
Allah Berkata Kepadanya, 'Wahai Hamba-Ku.... . 
· Kini Kau Tinggal Seorang Diri 
· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat 
· Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap.. 
· Mereka Pergi Meninggalkanmu. ... Seorang Diri 
· Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku 
· Hari Ini,.... 
· Akan Kutunjukan Kepadamu 
· Kasih Sayang-Ku 
· Yang Akan Takjub Seisi Alam 
· Aku Akan Menyayangimu 
· Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya'.

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , '
Wahai Jiwa Yang Tenang 
· Kembalilah Kepada Tuhanmu 
· Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya 
· Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku 
· Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku'
 

Template by Maya