tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Sabtu, 25 Julai 2009

Mommy2H

gambar kat atas tu anak saya yang berumur 3tahun 5 bulan....kawan-kawan jom join...

Hadiahnya :


1) Bento Set from Mommy2H's Web Store, Japan's Zakka




Bento Set for Girls - Pink Strawberry

Worth ¥950.00


OR



Bento Set for Boys - Blue Sea Animals

Worth ¥950.00


2) Jika anda masukkan gambar si comel anda sekali, anda akan secara automatik berpeluang memenangi hadiah ke-2


Sepasang Jinbei Kanak-kanak (mengikut usia anak anda)

Contoh Jinbei (model: 2H..hehe)




DAN


Satu hadiah misteri pilihan Mommy2H

( hint: barang2 utk aktiviti preschooler smile)


Tarikh tutup ialah pada kerana 31 Julai 2009.




Jumaat, 24 Julai 2009

Kek Lapis Serawak...


Ni percubaaN pertama aKuh tuk uaT giVe awaY nih..hOpe ader Lar joiN ek....
give awaY aKuh nih berupa 3 jenis kek Lapis sarawak berperisa pelbagai..terpulang lar pada pemenang nk pilih 2 jenis perasa aper..

tp yg aKuh tunjuk kat dLm pic nih, bluberry, asam masin n swiss roll..

berharga >RM75.00 di semenanjung
peRcuMa uNtuK anDa!!!!


caRanyer sGt mudaH..mudaH daRi biasa kot..
1. tuLis kat komen nape koruNk nk menang??pastikankomen koruNk akaN terUs Link kat bLog koruNk yerk...
2.Letakkan pic kek Lapiz yg sedaP ini kt dLm posT koruNk..
3.komen kat mana2 posT akuh sekurang-kurangnya 3 komen kat mana2 [Tp kene menTioN kaT shOut box yg koruNk koMen kaT maner k...]





taRikH tuTup adaLah pada 30.07.2009 teLah di xTend

kePutuSan aKan di uMuMkan pada 31.07.2009 tHen adiaH akaN menyuSuL seLepas iTu..seLewaT2nyer 04.08.09 akan dPt mAm yerK..
.



saya patut menang kek lapis Serawak ni kerana hanya kat Serawak je ada ,nak gi sana tu jauh kena naik kapalterbang....duit x cukup la nak buat tambang...
lagipun saya x pernah makan kek lapis Serawak ni,pasti rasanya sedap...hingga mejilat jari...

kawan-kawan jom join ...

OSB...


Tempoh penyertaan adalah sehingga 14 ogos 2009 ( keputusan akan diumumkan pada 17 ogos 2009 )

4 orang pemenang bertuah akan dipilih! ....Ermmm mudah saja kannn,....

Nak tau hadiahnyer?..................ehmmmmmmmm tgk bawah ni yea:-

1. Tempat pertama Lampin Moden Brand Babyland beserta dengan dua insert















2. Tempat kedua Lampin Moden Brand Babyland beserta satu insert















3. Tempat Ketiga-Baby Romper




















4. Hadiah Saguhati - Baby Booties

~~~~SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN SUMER!!~~~~



ada lagi giveaway kawan-kawan,
hadiahnya pasti menjadi rebutan,

jom sertainya...mana tau rezeki kan...

MY-giveaway


My-Giveaway #5 - Ladies Small Bag
This bag looks small but it can fit a long wallet nicely.
It even comes with a tiny keychain pouch that can be used to keep your coins.
Love the argyle print !!
Comes with zipper and 2 compartment !!
MUST HAVE :)

insyaallah andai saya menang saya nak kan hadiah ni kenapa?????
kerana beg yang ada sekarang kecil aja lagi pun dah lusuh sangat....
ruang dalam nya x sesuai dah buat saya yang dah berumur ni...
macam2 nak isi,kalau boleh mampu menampung segala macam,dari sekecil keperluan hingga sebesar2nya....


jom kawan-kawan join giveaway ni....
Contest Deadline : 8th August 2009

Khamis, 23 Julai 2009

The Spinningspool Shoppe Merdeka

It's The Spinningspool Shoppe Merdeka Giveaway!!

So....this is IT!
My Giveaway Entry.

Yes....you, you, you and YOU can participate in The Spinningspool Shoppe Merdeka GIVEAWAY.

Yippie..hey hey...yippiee...!!

It's very simple, really.

All you have to do is :

1. Add Spinning Spool Shoppe to your blog lists
2. Promote Spinning Spool Shoppe in your latest blog entry and add Spinningspool Shoppe link in the entry
3. Leave your comments here as this would automatically register you for The Spinningspool Shoppe Merdeka giveaway
4. Visit my other blog and leave comments there too.
5. Last, but not least join my site - be my follower, be my friend!

And here are the goodies:



**This black and white American Shorthair tabby.
just kidding eh..


TA-DAA...



4 Quilter's Collectibles Patterns



1 Funky Hearts ribbon (2.7 metres)
1 Floral ribbon (2.7 metres)
3 vintage buttons
2 green flip-flop buttons



L-R
100% cotton
1 yard of Cherry Jubilee design
29 inches of white paisley design
1 yard of small red floral design


clearer picture of the 2 fabby
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


And the catch of the day :


2 1/2 yards of Cranston Village Home Decor V.I.P print
100 % cotton


There'll be only 1 lucky winner.

This Merdeka Giveaway entry is valid from July 17th - July 31st, 2009.

Ada lagi giveaway.....

Rabu, 22 Julai 2009

dini-tupperwarekiosk


giveaway 4th July- 4th August

my picture (flower just for deco. not included in giveway)

picture from catalogue

This set comprises :
1 divided lunch box (microwaveable)
1 thirstbreak tumbler
2 small servers
cutlery set
candy stripe bag (perfect for carrying this set)



jom join mana tau rezeki kan...dapat tupperware..
gambar ni je yang ada....berkelah diBatu Hitam,Cherating Pahang...
tempat ni boleh dikunjungi oleh semua lapisan,boleh kutip kepah bila air surut...bagus juga tempat main layang-layang....

KedaiGambar Kami Give Away(Julai 2009)

Mudah je menyertai give away Kedai Gambar Kami ni...jom join kawan-kawan muga silaturahim yang terjalin kekal selamanya...klik kat SINI

Selasa, 21 Julai 2009

10 Sikap Buruk Manusia Yang Di Cela ALLAH.

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:


1. Gelojoh ketika makan
------------ --------- -------
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan
ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.


2. Banyak bercakap
------------ ---------
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia,
fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah
------------ --------- --
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas
kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun,
mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki
------------ ----
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: `Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).

5. Kedekut bakhil
------------ ---------
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun
banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari
membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.


6. Bermegah-megah
------------ ---------
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia
------------ -------
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari." (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong
------------ --------- --
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri
------------ --------- --------- ----
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak
------------ --------- --------- -----
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang
dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.


Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk
dalam kategori melakukan dosa besar.


Baiki Cara Solat...

Baiki cara solat kita...khas buat perempuan *

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.
Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa.
Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat k epa daNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan.
Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya
kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri
agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam k epa da rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut t epa t (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut t epa t.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi".
Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara
kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).
Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun sel epa s sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh. .."
( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam.
Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita.. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat s epa ras dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Kain yg digunakan ukt solat juga perlu men epa ti ciri2 yg tertentu.
Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang.
Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj. Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat.. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Adayg
berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan
terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah.
Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.
Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik.

Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap, harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t.. dan yg buruk itu dari saya.

Wassalamu.

** Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. *


ASAL USUL SOLAT

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan Dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. Pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama
:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:-
Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama
:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua
:-
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya.
Rakaat ketiga
:-
Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat
:-
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama
:-
Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua
:-
Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga
:-
Kelam dengan malam.
Rakaat keempat
:-
Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama
:-
Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua
:-
Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga
:-
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama
:-
Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua
:-
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga
:-
Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat
:-
Dukacita terhadap anak Firaun.



Terbitkan makna dalam Kita mengerjakan solat

Semoga dengan memahami bacaan

Akan membuat Kita lebih khusuk dalam solat.

Allah Maha Besar

(
Takbiratulihram)

Doa Iftitah

Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi,
Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
Menyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai Hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku Dan
Maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta
Keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.




"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup
ke NerakaMu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah
jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"


Siapakah????

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Untungnya menjadi seorang wanita dan isteri yang Soleh..

Best kan Jadi WANITA

utk lelaki.... Hargailah isteri anda.......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak

Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.

Biarlah buruk mana isteri anda,

sayangilah mereka.....


Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja

dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.

Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...

7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang

tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.

Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .

sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis

nyawanya.


Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung

Allah sentiasa mengampunkan dosanya,

Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,

jadi kenapa perlu takut nak beranak?


Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.

Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi

Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala

tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.


Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan

terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.

Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid

atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..


Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian

Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,

jadi dia pun memberi pahalanya kepada

suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan

isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung

terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan

diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat

Allah agar tidak derhaka denganNya..


Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak

kaki.. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir

kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan

wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.


Woman was made from the rib of man,

She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,

She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,

Near his heart to be loved by him.

'Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...

namun tak pula aku sanggup ke nerakamu....

kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...


'Ya Allah...

jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..

ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia'......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah
Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan

kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat

lagi nilai kalimah
'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):'Wahai manusia!

Ucaplah
'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!'

Marilah kita ucapkan kalimah ini:

'Laa ilaaha illallah!' x 10


Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/

fowardkan email ini kepada sekurang- kurangnya 10 orang
rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya pahala
yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini.

Isnin, 20 Julai 2009

Minum Kopi Awet Muda


KOPI sememangnya sudah sebati dengan kehidupan rakyat Malaysia. Tidak kira pagi, tengah hari, petang atau malam, secawan kopi panas yang segar beraroma memberi nikmat dan kepuasan yang tidak terhingga kepada penggemarnya.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Nestle, orang Melayu adalah peminum terbesar kopi di Malaysia.

Selain memberi nikmat dan kepuasan, ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa kopi juga mengandungi bahan antioksidas yang dapat meneutralkan radikal bebas dan melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan.

Presiden Makanan Functional di Fakulti Sains Makanan dan Nutrisi, Universiti Leeds, United Kingdom, Profesor Gary Williamson berkata, tubuh manusia terdedah kepada zarah yang dikenali sebagai radikal bebas.

Radikal bebas terbit daripada beberapa punca seperti asap kenderaan, daripada asap, pancaran matahari (UV), tekanan hidup, tabiat merokok dan sebagainya.

Ia akan membuatkan sel-sel kulit rosak dan kurang keanjalan sehingga kulit nampak berkedut, kusam dan pelbagai masalah.

"Bagaimanapun radikal bebas sebenar boleh diuraikan dengan pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi bahan antioksidas atau dalam bahasa saintifiknya dipanggil polyphenols.

"Selain biji kopi, bahan ini juga terkandung dalam tumbuhan seperti buah-buahan, sayuran, bijirin dan kekacang," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kajian saintifik turut merujuk kepada polyphenols sebagai elemen penambah jangka hayat sebagai sumber kesihatan serta antioksidas yang tinggi.

"Antioksidas ini juga mengurangkan kesan penuaan serta risiko penyakit kronik," jelas beliau.

Akan tetapi persoalan yang sering timbul dalam fikiran ialah kuantiti yang patut diambil untuk mencapai tahap kesihatan optimum.

Justeru Williamson berkata, tidak salah jika seseorang misalnya meminum lima hingga enam cawan kopi dalam sehari.

"Secawan kopi mengandungi dua kali ganda bahan antioksidas yang terdapat di dalam minuman koko, jadi minum kopi adalah cara yang paling mudah bagi seseorang untuk mendapat perlindungan dari bahan radikal bebas, sekali gus melindungi diri dari pelbagai serangan penyakit kronik," tambah beliau.

Tidak kira apa jenis kopi yang diminum, antioksidas tetap diperolehi sama ada dalam kopi campuran mahupun kopi yang telah dinyahkafein.

Pada majlis yang sama, Dr. Elke Gerhard-Rieben dari Nestle Switzerland turut menerangkan tentang inovasi kopi sebagai minuman yang mudah dan berkhasiat.

 

Template by Maya