tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Sabtu, 29 Ogos 2009

HIKMAH SOLAT SUNAT TERAWIKH.

Solat Sunat Tarawikh bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isyak dan solat sunat ini juga disebut dengan Qiyam Ramadhan iaitu ibadah yang menghidupkan malam Ramadhan.

DALIL

Islam menggalakkan umatnya melakukan solat Tarawikh pada malam bulan Ramadhan bagi menghidupkan malam tersebut dengan melakukan ibadah yang berfaedah.

Aisyah ra berkata : Rasulullah SAW mengerjakan solat sunat Tarawikh di masjid kemudian ramai sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya, Baginda SAW mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjid menunggu kedatangan Rasulullah SAW tetapi Baginda tidak hadir. Esok paginya Rasulullah SAW berkata kepada mereka ‘SESUNGGUHNYA AKU MELIHAT KESUNGGUHAN KAMU. SEBENARNYA AKU TIDAK DATANG PADA MALAM ITU HANYA KERANA TAKUT SOLAT ITU DIWAJIBKAN KEATAS KAMU’. Peristiwa itu berlaku di bulan Ramadhan.

Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : BARANG SIAPA YANG MENDIRIKAN SOLAT (TARAWIKH) PADA MALAM BULAN RAMADHAN DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KEIKHLASAN MAKAN ALLAH AMPUNKAN SEGALA DOSANYA YANG TELAH LALU’. Riwayat Muslim.

CARA SOLAT SUNAT TARAWIKH
Solat Sunat Tarawikh dilakukan selepas solat fardhu Isyak sehinggalah lewat malam sebelum terbitnya fajar siddiq iaitu waktu subuh dan boleh dilakukan secara sendirian atau berjemaah dan digalakkan berjemaah, imam menyaringkan suara dalam bacaan Al-Fatihah juga ayat Al-Quran selepasnya dan dilakukan sebanyak dua rakaat dan salam.

Lafaz niat Solat Sunat Tarawikh : Sahaja aku solat sunat Tarawikh dua rakaat kerana Allah Taala.

Di Malaysia, ada sesetengah tempat melaksanakan sebanyak 8 rakaat dan ada juga yang melaksanakan sebanyak 20 rakaat mengikut kemampuan masing-masing.

Diriwayatkan pada zaman Rasulullah SAW , solat sunat Tarawikh dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan keberatan. Rasulullah SAW juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahu sahabat berfikiran bahawa solat ini wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula, beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana berpendapat bahawa orang Islam pada zamannya, tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.

HIKMAH MELAKUKAN SOLAT SUNAT TARAWIKH.
Pengabdian diri kepada ALLAH SWT dengan menambahkan ibadah sunat di dalam bulan Ramadhan.
Menunjukkan rasa syukur ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat yang dikurniakanNYA.
Menghayati dan menghidupkan bulan Ramadhan dengan melaksanakan Solat Sunat Tarawikh pada malamnya.
Mengharapkan keampunan daripada ALLAH SWT atas segala dosa yang telah dilakukan.
Melahirkan syiar Islam dalam melaksanakan Solat Sunat Tarawikh secara berjemaah.

Isnin, 24 Ogos 2009

Hasil dari berpuasa adalah sedikit makan dan sedikit berbicara...dan buah dari diam adalah kebijaksanaan..buah kebijaksanaan adalah pencerahan..buah pencerahan adalah keyakinan....
 

Template by Maya