TINGGALKAN LINK YA!!!
KLIK KLIK YA
Rabu, 11 Februari 2009
Teh asli vs teh tiruan
Teh asli vs teh tiruan
Kebanyakan rakyat Malaysia memang sukakan teh tarik. Malah ada yang di tahap 'ketagih'. Tetapi tahukah anda kebanyakan teh mempunyai pewarna yang memberi implikasi kepada kesihatan . Jenama teh berkenaan adalah Teh Wangi, Teh Cap Masjid,
Serbuk Teh, 3 Bintang, Teh Campuran, Teh Cap Bunga, Teh Tarik (Burung Petalawati), Serbuk Teh Wawasan 2020, Serbuk Minuman (A1) dan Bunga Mahkota.
Cara-cara mengenalpasti teh yang dimasukkan pewarna.
Masukkan satu sudu teh kedalam air sejuk. Jangan dikacau, biarkan ia
mendap sendiri. Sekiranya terdapat warna keluar tersebar mewarnai air,
maka itulah pewarna yang dimasukkan..
Teh asli tanpa pewarna hanya mengeluarkan warna dan rasa didalam air panas
sahaja
Falsafah kuntuman bunga
Bunga Daisy
mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan sesuatu perkara.
Ros putih
cinta sejati dan kekuasaan.
Bunga matahari
seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan seperti yang sepatutnya.
Bunga carnation
bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah dan putih.
ia dikatakan mampu membantu menggelakan perasaan sedih yang menimpa diri seseorang.
Bunga Camelia
Ia dapat 'memanggil'semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan selamanya.
Bunga Kekwa
bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta.
Bunga Violet
ia meningkatkan daya imaginasi seseorang.
Bunga Tulip
Ia membawa rasa cinta dan tuah.
Ros Merah
boleh mengungkap pelbagai perasaan cinta.
Bunga Jasmin(melur)
ia mendorong kearah percintaan dan kekayaan.
Bunga ivy
ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri seseorang.
Bunga Orkid
ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup.
Iris Dynamite
ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang dialami itu.
Falsafah kuntuman bunga
BUNGA DAISI
Ia mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan sesuatu
perkara.
ROS PUTIH
Cinta sejati dan kekuasaan.
BUNGA MATAHARI
Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan seperti yang sepatutnya.
BUNGA CARNATION
Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah dan putih.
Ia dikatakan mampu membantu menggelakkan perasaan sedih menimpa diri seseorang.
BUNGA CAMELIA
Ia dapat 'memanggil' semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan selamanya.
BUNGA KEKWA
Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta.
BUNGA VIOLET
Ia meningkatkan daya imiginasi seseorang.
BUNGA TULIP
Ia membawa rasa cinta dan tuah.
ROS MERAH
Boleh mengungkap pelbagai perasaan cinta.
BUNGA JASMIN (MELUR)
Ia mendorong ke arah percintaan dan kekayaan.
BUNGA IVY
Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri seseorang.
BUNGA ORKID
Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup.
BUNGA IRIS
Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang dialami itu.
KOD WARNA BUNGA
Merah: Perasaan yang berkobar-kobar dalam sesuatu perkara yang sedang atau ingin dilakukan.
Ungu: Apa yang paling penting adalah semangat yang diperlukan untuk
melakukan apa saja yang diinginkan.
Kuning: Peluang-peluang yang bakal hidup dalam diri seseorang.
Putih: Semangat mementingkan kebenaran.
Merah Jambu: Seorang mungkin sedang cuba mendekati dirimu!
MAKSUD TERSIRAT
Cuba kumpulkan beberapa orang teman baik. Ambil beberapa jenis bunga segar dan letakkan ke dalam sebuah bekas (ambil bunganya saja). Setiap orang pejamkan mata dan cuba ambil bunga daripada dalam bekas itu tanpa membuka mata. Ha. lepas dah ambil barulah mata boleh dibuka. Perhatikan kelopak bunga itu. Sekiranya:
KELOPAK BUNGA ITU TERLERAI: memberi makna bahawa beberapa keinginan akan diperolehi tak lama lagi.
BUNGA ITU TETAP CANTIK: memberi tanda bahawa tuah akan mendatangi kamu tak lama lagi. Tunggu je la!
BUNGA ITU ROSAK: memberi tanda bahawa kamu mungkin bakal menghadapi beberapa cabaran dalam hidup
Selasa, 10 Februari 2009
Brithstone.
Birthstones:
About Birthstones
A birthstone is the "gemstone associated with the date of one's birth, the wearing of which is commonly thought to bring good luck or health. Supernatural powers have long been attributed by astrologers to certain gemstones." - from Encyclopedia Britannica
Birthstones come in a colorful array of sparkling jewels and glowing gemstones, each one with its own place in history and myth. From folklore tales, Biblical texts, and the annals of history, these gems have had a special place in both the hearts and minds of humanity.
Discover historical facts, origins, trivia, fun facts, myths, and more about each month's birthstone by selecting the month of your choice from the menu at the left.
Birthstone List
January Birthstone
January Gemstone: Garnet
January Birthstone Color: Deep Red
February Birthstone
February Gemstone: Amethyst
February Birthstone Color: Purple
March Birthstone
March Gemstone: Aquamarine, Bloodstone
March Birthstone Color: Pale Blue
April Birthstone
April Gemstone: Diamond
April Birthstone Color: White, Clear
May Birthstone
May Gemstone: Emerald
May Birthstone Color: Green
June Birthstone
June Gemstone: Pearl, Moonstone, Alexandrite
June Birthstone Color: White or Purple
July Birthstone
July Gemstone: Ruby
July Birthstone Color: Red
August Birthstone
August Gemstone: Peridot, Sardonyx
August Birthstone Color: Pale Green
September Birthstone
September Gemstone: Sapphire
September Birthstone Color: Deep Blue
October Birthstone
October Gemstone: Opal, Pink Tourmaline
October Birthstone Color: Multi-color, Pink
November Birthstone
November Gemstone: Citrine, Yellow Topaz
November Birthstone Color: Yellow
December Birthstone
December Gemstone: Blue Topaz, Turquoise
December Birthstone Color: Blue
Racun dalam sebatang rokok.
DATA MENGENAI PEROKOK:
Jangka hayat lebih pendek 14 tahun daripada bukan perokok.
Rokok penyebab utama kepada:
• Penyakit jantung.
• Bronkitis.
• Strok.
• Nafas berbau.
• Gigi dan lidah bertukar warna.
• Luka dalam mulut sukar sembuh.
• Mengurangkan kepekaan deria rasa dan bau.
• Melanosis (tisu badan menjadi hitam akibat penghasilan banyak melanin).
• Masalah kerosakan gigi dan gusi.
• Gingivitis kronik.
• Ulser gingivitis.
Rokok penyebab utama kanser:
• Paru-paru.
• Larinks (peti suara).
• Leukoplakia (tompok putih dalam mulut, boleh bertukar menjadi kanser).
• Esofagus.
• Perut.
• Pankreas.
• Leukemia.
• Buah pinggang.
• Usus.
• Pundi kencing.
Rokok bertanggungjawab menyebabkan kematian akibat:
• Kanser paru-paru.
• Penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD).
• Sakit jantung. • Strok.
ABC kehidupan.
A : Adil pada dirimu
B : Beranikan dirimu
C : Cekalkan hatimu
D : Derma selalu
E : Elakkan pertelingkahan sesama kite
F : Fikir sebelum bertindak terburu2
G : Gembira selalu
H : Hormat orang tua
I : Ingat akan Tuhan
J : Jangan berdusta
K : Kasih akan daku
L : Lemah lembut amalan semua
M : Makan makanan seimbang
N : Nafsu jangan dituruti
O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu
P : Pentingkan kesihatanmu
Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu
R : Rajin berusaha
T : Tanamkan sifat bekerjasama
U : Utamakan alam sekitar
V : Variasikan pengalamanmu
W : Wajibkan amalan membaca AlQuran
X : X-ray diri sendiri
Y : Yakin pada diri sendiri
Z : Zalim jangan sekali
Wahai teman-temanku
Wahai teman2ku,
Jika hari ini aku terlalu gembira, Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran ALLAH...
Jika aku bersedih tanpa kata, Pujuklah aku dengan tarbiah PENCIPTA...
Jika aku lemah tak berdaya, Ingatkanlah aku dengan kehebatan SYURGA...
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, Ajaklah aku meleraikan segera...
Jika pernah hatimu terluka, Luahkanlah ia agar aku berubah..
Dan jika esok aku lena tanpa terjaga, Iringilah lena ku dengan kalungan Al-Fatihah,
Berjanjilah saudara ku, Ukhwah kita untuk selamanya...
Siapalah aku di bumi Allah yang maha luas ini?
Aku bukanlah insan sempurna yang menjadi dambaan setiap yang memandang.Namun,aku bersyukur kerana dicipta menjadi sebaik-baik makhluk di muka bumi ini sebagai manusia.
Ya Allah,akan aku hiasi dalam diri ini dengan segala ajaran-Mu agar aku dapat berada disisi Mu di akhirat sana.....
Aku tidak pernah bermimpi mencari teman sehebat Sulaiman r.a kerana ku sedar diriku tidak secantik Balqis,
Aku tidak pernah mengharap teman setampan Yusof r.a kerana kasihku tidak setulus Zulaikha,
Aku tidak pernah mengharap teman seteguh Ibrahim r.a kerana ku tahu driku tidak sekuat Hajar,
Aku tidak pernah mengharap teman segagah Saidina Ali kerana ku sedar diriku tak sebaik Fatimah,
Aku tidak pernah mendamba teman sesempurna Muhammad S.A.W kerana diriku tidak sehebat Khadijah dan semulia Aishah.
Jika ada keburukkan pada diriku bimbinglah aku dan terimalah kekurangan itu sebagai kurniaanNya.
Carilah kebaikkan pada diriku,bersyukurlah kerana kita dipertemukan dan berdoalah agar perhubungan ini kekal selamanya......
Tips untuk kuruskan badan...
Berikut ini disenaraikan 10 tips bagaimana anda boleh menguruskan badan dan mengawal berat badan anda tanpa menggunakan ubat/bahan kimia. Jika anda mengamalkan apa yang disarankan, saya yakin pasti anda dapat merasai kesannya.
Ada 25 tips kesemuanya. Tapi saya akan kongsikan 10 tips terlebih dahulu agar anda dapat praktikkan secara berperingkat-peringkat.
1. Jangan Berlapar
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
4. Elakkan minum minuman yang bergas
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garam
bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. Ambil sarapan pagi
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan peng ambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. Makanlah dengan perlahan-lahan
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. Kerap makan
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit ;daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
10. Elakkan makan makanan ringan/ snek/ cekedis
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda
Jahitan bulu ayam-Cheq-Sue
Beginilah rupanya jahitan bulu ayam atau lebih dikenali sebagai Feather Stitch. Ia adalah salah satu teknik sulaman benang yang selalu diaplikasikan. Kegunaannya boleh dibentuk sebagai ranting pokok, border tepi sulaman dan pelbagai lagi bergantung kepada idea dan kreativiti. Cara sulamannya adalah menurun ke bawah dan boleh disulamkan ke kanan atau ke kiri
Isnin, 9 Februari 2009
Anda kawan jenis apa??????.
Semakin tua di dunia ni , baru kita perasan dalam dunia ni ada berbagai bagai jenis kawan dan ada juga kawan yang anda tak mahu jadi kawan ... hehe.. . Sepatutnya Facebook mempunyai senarai jenis jenis kawan yang boleh kita pilih ... sonang sikit ...
Mengikut kajian yang telah mengambil masa 44 tahun ,saya dengan sukacitanya mempersembahkan jenis jenis kawan dari A hingga ke Z
AF - All Friend ( dipertengahkan ,di ketepikan -semua boleh)
BF - Boy Friend ( maaf - ni terpaksa saya reject ..hehe)
CF - Close Friend ( rapat sampai boleh pinjam duit beb)
DF - Dear Friend (ini bukan kawan mahal , tapi kawan perihatin)
EF - Ever Friend ( forever and ever in everland...ada ke??)
FF - (Ada 2 jenis) - Family Friend atau Facebook Friend Only
GF - Girl Friend ( how i wish i have many ..hehe- laki tulinkan beb)
HF - Helping Friend ( dia punya tangan panjang sebab suka menolong )
IF - Innocent Friend ( ini selalu kena ajar ..sebab innocent sangat tapi ada yang pura pura buat innocent)
JF - Jovial Friend ( geng ketawa. sebab dia pun boleh buat part time jadi BADUT)
KF - Kind Friend ( baik, tak mencucuk punya kawan - susah nak hidup di arena politik)
LF - Lovely Friend ( lovey dovey - syok untuk bersama)
MF - Merry Friend ( hati ku GUMBIRA bersama nya )
NF - Naughty Friend ( dengan adanya kemudahan CHAT ni , ramai pulak yang jadi NF..hehe)
OF - Only Friend (ni lah satu satu kawan yang aku ada - BUTUL punya kawan)
PF - Personal Friend ( semua rahsia dia tahu dan selalunya dia juga akan pecah kan rahsia)
QF - Quiet Friend( dalam diam diam , dia menjadi kawan ..emmm)
RF - Rare Friend ( rare species sebab kawan anda yang lain tak perangai macam ni)
SF - Special Friend (betul betul special ni ...belum lagi jadi girlfriend atau mistress )
TF - Thick Friend ( muka kena tebal beb... dia selalunya boleh jadi anda punya WING MAN)
UF - Understanding Friend ( "I understand" , "Saya faham situasi anda" ..itu ajelah dia sebut)
VF - Valuable Friend ( amat berharga - kalau putus ada yang nak bunuh diri beb ...bahaya ni )
WF - Wonderful Friend ( anda terasa dunia ni wonderful place to live)
XF - Xcellent Friend ( KAWAN yang PERFECT)
YF - Youth Friend ( geng geng muda dulu.. so bila jumpa selepas 20 tahun , anda akan buat perangai macam anda muda dulu- .. terparanjat katak , bini dan anak anda dan mereka ingat anda dah buang tabiat)
ZF - Zealousl Friend ( betul betul passionate punya kawan - kalau buat kerja seluruh badan fokus buat kerja)
Sebenarnya , banyak lagi kategori yang boleh di ketemui terutamanya di zaman sekarang ni seperti .. FF = Frog Friend (kawan yang boleh melompat menjadi kawan kepada musuh anda ) MF= Money Friend ( kawan yang boleh dibeli untuk menjadi kawan kepada musuh anda ) .. Kedua dua ni amat bahaya kalau kita pilih mereka sebagai KETUA KITA ...
tapi kategori kategori ini dan yang lain akan saya kumpulkan 44 tahun lagi ..InsyaAllah ...
Ok lah saya nak masuk lab balik semula nak buat researh.. hehe .....oh ya saya terlupa nak tanya
"SOALAN MAUT "...rasa rasa anda jenis kawan apa??? dan kawan yang mana anda nak mencari ....
SIAPA NAK JADI CF - CRY FRIENDS/KAWAN NANGIS????
5 jahitan Sulaman Asas.
5 Jahitan Sulaman Asas (Benang dan Riben)
Terdapat berpuluh atau mungkin juga beratus jenis jahitan yang mencorakkan hasil sulaman yang indah. Namun disini cheq buatkan rumusan terdapat 5 jenis jahitan asas yang perlu dipelajari terlebih dahulu bagi kita yang baru mula hendak belajar menyulam. Malah 5 jahitan sulaman asas ini juga biasa (famous) digunakan untuk produk hasil kerja tangan sulaman pada masa kini.
5 jahitan sulaman asas ini juga sudah cukup untuk menghasilkan suatu hasil sulaman yang indah jika digabungkan dan ditambahkan dengan kreativiti serta kombinasi warna yang menarik. Sulaman benang dan sulaman riben juga sebenarnya boleh digabungkan. Teknik jahitan adalah sama, ia hanya berbeza pada jenis jarum yang digunakan. Jenis jarum berbeza mengikut saiz benang atau riben. Rujuk web umisma untuk maklumat berkaitan jarum.
1. Jahit Lurus (Straight Stitch)
Jahitan paling mudah iaitu jahit lurus (straight stitch) namun boleh menghasilkan kesan yang berbeza mengikut bentuk dan kreativiti.
langkah-langkah:
1. Cucukkan jarum di "A" dan tarik benang ke atas.
2. Kemudian cucukkan benang di "B" dan tarik benang ke bawah. Ulang langkah seterusnya mengikut bentuk yang ingin dihasilkan.
2. Jahit Sulam Riben (Ribbon Stitch)
Jahitan jenis ini hanya boleh diaplikasikan untuk sulaman riben. Riben pulak haruslah dari jenis sutera "silk ribbon". Jahitan jenis ini membentuk daun dan kelopak bunga yang menarik.
langkah-langkah:
1. Cucukkan jarum di "A" dan tarik benang ke atas.
2. Ratakan riben atas permukaan kain mengikut saiz yang dikehendaki, cucukkan pula jarum di "B" iaitu di tengah riben yang diratakan tadi.
3. Tarik jarum ke bawah perlahan-lahan sehingga riben yang ditarik bersama jarum menembusi riben. Riben akan bergulung seperti gambarajah.
3. Jahit Lazy Daisy
Biasa digunakan untuk membentuk daun atau kelopak bunga.
Langkah-langkah:
1. Cucuk jarum di "A" dan tarik benang/riben ke atas.
2. Buat pusingan U dan cucukkan jarum di "B". Seterusnya keluarkan jarum di "C".
3. Tarik benang/riben keluar dari "C".
4. Cucuk jarum di "D" dan tarik benang/riben ke bawah dan ketatkan jahitan.
4. Ikatan French (French Knots)
Ikatan French sahaja sudah cukup untuk menghasilkan suatu rekaan sulaman yang menarik jika digabungkan serta kombinasi warna yang sesuai. Namun Ikatan French selalu digunakan untuk membentuk tengah bunga.
langkah-langkah:
1. Susupkan jarum dari bawah fabrik di "A" dan tarik benang/riben ke atas.
2. halakan mata jarum ke bawah dan lilitkan benang/riben yang berada di "A" sebanyak 2 atau 3 lilitan.
3. Pegang benang/riben yang dililit pada jarum rapat ke fabrik, kemudian cucuk jarum ke "B".
4. Perlahan-lahan tarik jarum kebawah fabrik keluar dari "B".
5. Matikan jahitan dengan cara menyusup jarum ke jahitan pertama pada fabrik di "A".
5. Jahitan Batang (Stem Stitch)
Jahitan Batang biasa digunakan sebagai garisan luar sesuatu bentuk. Ia juga digunakan untuk membentuk batang bunga atau daun.
langkah-langkah:
1. Cucuk jarum di "A" dan tarik benang/riben ke atas.
2. Masukkan pula jarum di "B" dan susup keluar jarum di "C".
3. Tarik benang/riben keluar dan ulangi langkah seterusnya. Jarak dari "A-C" adalah sama dengan "C-B"
Jika menggunakan riben, kesan berpintal adalah lebih ketara
Ahad, 8 Februari 2009
Langgan:
Catatan (Atom)