TINGGALKAN LINK YA!!!
KLIK KLIK YA
Selasa, 10 Februari 2009
Wahai teman-temanku
Wahai teman2ku,
Jika hari ini aku terlalu gembira, Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran ALLAH...
Jika aku bersedih tanpa kata, Pujuklah aku dengan tarbiah PENCIPTA...
Jika aku lemah tak berdaya, Ingatkanlah aku dengan kehebatan SYURGA...
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, Ajaklah aku meleraikan segera...
Jika pernah hatimu terluka, Luahkanlah ia agar aku berubah..
Dan jika esok aku lena tanpa terjaga, Iringilah lena ku dengan kalungan Al-Fatihah,
Berjanjilah saudara ku, Ukhwah kita untuk selamanya...
Siapalah aku di bumi Allah yang maha luas ini?
Aku bukanlah insan sempurna yang menjadi dambaan setiap yang memandang.Namun,aku bersyukur kerana dicipta menjadi sebaik-baik makhluk di muka bumi ini sebagai manusia.
Ya Allah,akan aku hiasi dalam diri ini dengan segala ajaran-Mu agar aku dapat berada disisi Mu di akhirat sana.....
Aku tidak pernah bermimpi mencari teman sehebat Sulaiman r.a kerana ku sedar diriku tidak secantik Balqis,
Aku tidak pernah mengharap teman setampan Yusof r.a kerana kasihku tidak setulus Zulaikha,
Aku tidak pernah mengharap teman seteguh Ibrahim r.a kerana ku tahu driku tidak sekuat Hajar,
Aku tidak pernah mengharap teman segagah Saidina Ali kerana ku sedar diriku tak sebaik Fatimah,
Aku tidak pernah mendamba teman sesempurna Muhammad S.A.W kerana diriku tidak sehebat Khadijah dan semulia Aishah.
Jika ada keburukkan pada diriku bimbinglah aku dan terimalah kekurangan itu sebagai kurniaanNya.
Carilah kebaikkan pada diriku,bersyukurlah kerana kita dipertemukan dan berdoalah agar perhubungan ini kekal selamanya......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan