TINGGALKAN LINK YA!!!
KLIK KLIK YA
Isnin, 9 Februari 2009
5 jahitan Sulaman Asas.
5 Jahitan Sulaman Asas (Benang dan Riben)
Terdapat berpuluh atau mungkin juga beratus jenis jahitan yang mencorakkan hasil sulaman yang indah. Namun disini cheq buatkan rumusan terdapat 5 jenis jahitan asas yang perlu dipelajari terlebih dahulu bagi kita yang baru mula hendak belajar menyulam. Malah 5 jahitan sulaman asas ini juga biasa (famous) digunakan untuk produk hasil kerja tangan sulaman pada masa kini.
5 jahitan sulaman asas ini juga sudah cukup untuk menghasilkan suatu hasil sulaman yang indah jika digabungkan dan ditambahkan dengan kreativiti serta kombinasi warna yang menarik. Sulaman benang dan sulaman riben juga sebenarnya boleh digabungkan. Teknik jahitan adalah sama, ia hanya berbeza pada jenis jarum yang digunakan. Jenis jarum berbeza mengikut saiz benang atau riben. Rujuk web umisma untuk maklumat berkaitan jarum.
1. Jahit Lurus (Straight Stitch)
Jahitan paling mudah iaitu jahit lurus (straight stitch) namun boleh menghasilkan kesan yang berbeza mengikut bentuk dan kreativiti.
langkah-langkah:
1. Cucukkan jarum di "A" dan tarik benang ke atas.
2. Kemudian cucukkan benang di "B" dan tarik benang ke bawah. Ulang langkah seterusnya mengikut bentuk yang ingin dihasilkan.
2. Jahit Sulam Riben (Ribbon Stitch)
Jahitan jenis ini hanya boleh diaplikasikan untuk sulaman riben. Riben pulak haruslah dari jenis sutera "silk ribbon". Jahitan jenis ini membentuk daun dan kelopak bunga yang menarik.
langkah-langkah:
1. Cucukkan jarum di "A" dan tarik benang ke atas.
2. Ratakan riben atas permukaan kain mengikut saiz yang dikehendaki, cucukkan pula jarum di "B" iaitu di tengah riben yang diratakan tadi.
3. Tarik jarum ke bawah perlahan-lahan sehingga riben yang ditarik bersama jarum menembusi riben. Riben akan bergulung seperti gambarajah.
3. Jahit Lazy Daisy
Biasa digunakan untuk membentuk daun atau kelopak bunga.
Langkah-langkah:
1. Cucuk jarum di "A" dan tarik benang/riben ke atas.
2. Buat pusingan U dan cucukkan jarum di "B". Seterusnya keluarkan jarum di "C".
3. Tarik benang/riben keluar dari "C".
4. Cucuk jarum di "D" dan tarik benang/riben ke bawah dan ketatkan jahitan.
4. Ikatan French (French Knots)
Ikatan French sahaja sudah cukup untuk menghasilkan suatu rekaan sulaman yang menarik jika digabungkan serta kombinasi warna yang sesuai. Namun Ikatan French selalu digunakan untuk membentuk tengah bunga.
langkah-langkah:
1. Susupkan jarum dari bawah fabrik di "A" dan tarik benang/riben ke atas.
2. halakan mata jarum ke bawah dan lilitkan benang/riben yang berada di "A" sebanyak 2 atau 3 lilitan.
3. Pegang benang/riben yang dililit pada jarum rapat ke fabrik, kemudian cucuk jarum ke "B".
4. Perlahan-lahan tarik jarum kebawah fabrik keluar dari "B".
5. Matikan jahitan dengan cara menyusup jarum ke jahitan pertama pada fabrik di "A".
5. Jahitan Batang (Stem Stitch)
Jahitan Batang biasa digunakan sebagai garisan luar sesuatu bentuk. Ia juga digunakan untuk membentuk batang bunga atau daun.
langkah-langkah:
1. Cucuk jarum di "A" dan tarik benang/riben ke atas.
2. Masukkan pula jarum di "B" dan susup keluar jarum di "C".
3. Tarik benang/riben keluar dan ulangi langkah seterusnya. Jarak dari "A-C" adalah sama dengan "C-B"
Jika menggunakan riben, kesan berpintal adalah lebih ketara
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan