tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Sabtu, 2 April 2011

BARU JE HABIS BACA NOVEL NI

SAAT KAU KATA CINTA-karya Anis ayuni
Hatiku telah lama tertinggal dalam lipatan duka lara...
~ melihat gambar2 waktu percutian Nuril bersama Hijazsewaktu percutian mereka diParis membuatkan hati Darwina tersentak. namun dia tiada kekuatan untuk menceritakan kepada Nuril hal yang sebenar.Bimbang Nuril akan mengambil tindakan diluar jangkaan.Lalu 'direlakan' episid cinta anak2sekolah antara dia dengan hijaz berakhir dengan kehancuran.
Takdir menentukan Darwina dengan Azril. Lelaki itulah sandarannya untuk membina bahagia. Sedang hatinya diulit cinta,dia bertemu dengan Syafi sewaktu kunjungan ke United Kingdom. Pertemuan yang tidak meninggalkan tanda didalam hati kerana ditanah air sudah ada yang merindu.
Tanpa diduga Darwina diuji lagi. Bahagia yang diharap derita yang tiba. Emosi "Darwina" menjadi seperti roller coaster apabila Azril rupa2nya suami orang...
Kemunculan Hijaz setelah sekian lama menghilang membuatkan hati Darwina kacau. Lelaki itu tidak pernah jemu merayu jiwanya.Benarkah hadirnya Syafi sebagai penyelamat rumahtangga Hijaz dan nuril?
Dapatkan novel Saat Kau Kata Cinta ini ya!


CAMAR YANG PERGI...karya iris ixora
aku pasrah andai kata impian ini menjadi igauan...
mengesahkan Dilara seorang gadis miskin yang tidak habis sekolah sering berkhayal untuk berdampingan dengan pemuda yang kaya2....
akhirnya cinta Dilara pada Orhan bersatu jua,
wpun hanya sekejap kerana Dilara dijemput Tuhan kerana penyakitnya...
antara bait2 cinta CAMAR YANG PERGI..

SAAT CINTA BERSATU
saat cintaku dan cintamu bersatu
lidah jadi kelu
bibir turut membisu
rindu sering bertamu

dalam mataku ada wajahmu
dalam jiwa mu ada nafasku
dalam hatiku ada namamu
dalam mindamu ada memoriku

saat cinta kita bersatu
mengusir segala sendu
menggamit semua restu
moga cinta kita damai selalu

hari ini milik kita
esok milik siapa
kita hanya mengangkat muka
pada yang ESA
moga cinta kita bersatu lama...

Isnin, 28 Mac 2011

KEHEBATAN SURAH QULHUAALLAH

KEHEBATAN SURAH QULHUAALLAH

Pengajaran
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang
sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara
.

LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI
APAKAH MESEJ YANG DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA BUANG RISALAH
INI SEBALIKNYA FOWARDKAN KEPADA SAUDARA ISLAM KITA YANG LAIN
TERIMA KASIH.
WASSALAM.

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS


'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim..bismilla hirrahmannirrahi m'

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan
ahad..) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah...
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad sa.w:
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi
pemendekaan
Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia
adalah
pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan
kita
sehari..

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca
surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari
kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi
titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam
Tadzikaratul
Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah
antara
Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada
seorang
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya
Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada
Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang
dikatakannya
itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW
menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas
sekali
ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran... Lalu dengan
membaca surah
Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan
membaca 30 jus
Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy
di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun
perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya
setiap satu
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang
sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai
Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang
membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan...

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di
sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat
Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam
yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu
sebanyak 7 kali
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala
hinggalah ke
jumaat yang berikiutnya. .

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang
nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.
Wallahuaklam.....
kedit tuk Miszsheyla...

PUISI HATI BUAT ANAK-ANAKKU

PUISI HATI BUAT ANAK-ANAKKU

Anakku,
Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu
Maka ibu akan memilih mengandungmu
Kerana dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah

Sembilan bulan nak, engkau hidup di perut ibu
Engkau ikut kemana pun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman
Kerana ibu kecewa dan berurai air mata

Anakku,
Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi caesar, atau ibu harus berjuang melahirkanmu
Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu syurga
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia
Sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum di antara peluh dan erangan rasa sakit
Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapa pun

Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu

Anakku,
Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah
atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu
maka ibu memilih menyusuimu
Karena dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan titisan² dan tegukan² yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu di dada ibu dalam kantuk ibu
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan

Anakku,
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu
Tetapi anakku,
Hidup memang pilihan
Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak
Maafkan ibu…. Maafkan ibu
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita, agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu
Percayalah nak
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu

Titipan Puisi Hati Ratih Sanggarwati
 

Template by Maya