Panggillah dengan nama yang penuh bukan dengan nama singkatan, contoh Fatimah,panggillah Fatimah bukan Timah. Kerana Timah sudah tidak mempunyai maksud. Seeloknya pilih nama dengan dua suku kata, supaya tidak terjadi nama singkatan, dan boleh dipanggil dgn penuh. Walau bagaimanapun tidak salah jika mempunyai tiga suku kata atau lebih, tapi pastikan anda dan org lain memanggilnya dgn penuh.
Syariat Islam menganjurkan supaya nama2 anak dipilih drpd nama2 yg baik dan mempunyai maksud yang baik juga. Sunat hukumnya setiap muslim memilih nama2 yg baik untuk diberikan kepada anak2 mereka. Kerana dgn nama tersebut seseorang itu akn dipanggil oleh Allah pada hari kiamat.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
Mengenai memberikan nama anak kita dgn nama2 malaikait seperti Mikail, Jibril, Israfil dan lain2, masih ada 2 pendapat drpd ulama. Sebahagian membolehkannya dan sebahagian yg lain melarangnya. Kita juga tidak boleh memberikan nama dgn nama2 surat dlm Al-Quran seperti Thaha dan Yasin serta lain2.
Orang tua hendaklah berhati-hati dlm memberikan nama anak,agar tidak memasukkan kita ke dalam kemusyrikan kpd Allah SWT. Kita juga tidak boleh memberikan nama dgn nama2 Allah SWT seperti Ahad, ash Shamad, Ar-Razaq dan lain2.
Para ulama sepakat untuk mengharamkan semua nama yg mengabdi kepada selain Allah. Seperti Abdul Uzza, Abdul Ka'bahdan lain2. Kemudian nama yg makruh dan perlu dihindari iaituYasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang kita menggunakan nama2 tersebut sebagai nama utk anak.
Rasulullah SAW menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita2 yang baik, untuk dilukiskan dan diharapkan melalui nama anak2 yg akn diberikannya itu. Ketika memilih nama tertentu dan nama tersebut mengandungi sifat baik merupakan harapan orang tua, maka mudah mudahan kelak sifat tersebut akan dimiliki oleh anak tersebut.