tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Sabtu, 24 Januari 2009

Rahsia sekuntum bunga ros...


Pernahkah kawan-kawan terfikir,apakah maksud warna bunga ros yang pernah diterima?Apakah ia tanda kasih simpati ataupun sekadar teman biasa?
BUNGA ROS PUTIH
Ertinya;Rasa cinta yang ada dalam diri sidia adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu.Jika kamu menyukainya ..kamu lebih cenderung memilih pasangan yang mempunyai kedudukan tinggi dan kewangan stabil.
BUNGA ROS KUNING
Ertinya;Sidia mahu kamu jadi sahabatnya atau ia menandakan perasaan cemburu terhadap kamu.Jika menyukainya itu bermakna..kamu cenderung menyerlahkan jiwa moden dan sofiskated.Penampilan jauh lebih anggun dengan warna'inspirasi'ini yang memantulkan imej lebih berani.
BUNGA ROS MERAH JAMBU
Ertinya;Kamu cinta pertama sidia yang menjadi rahsianya sejak sekian lama.Kamu adalah insan idamannya lama ini.Jika kamu menyukainya itu .. Kamu lembut,memberahi serta mengasyikkan orangnya.Kamu banyak bermain emosi untuk tampil lebih ayu dan romantis.
BUNGA ROS MERAH
Ertinya;Sidia mencintaimu setulus hati dan ingin bersamamu selamanya.Jika kamu menyukainya itu bermakna..Kamu tidak segan menunjukkan personaliti dan semangat lebih ghairah.Warna merah yang bersemarak dan menyala amat sesuai sebagai isyarat nafsu yang membara dan bergelora.

Menyingkap rahsia 'RATU BUNGA'



Sejak zaman berzaman lamanya,bunga yang mengeluarkan bau harum dan warna yang menarik dianggap sebangai bunga yang sangat istimewa malah dikenali sebagai
'ratu bunga'.
Ros atau mawar juga dianggap sebagai simbolik dalam kehidupan.Tidak hanya
kerana keharuman,kecantikan dan nilai estetikanya tetapi mempunyai nilai terapeutik
dalam merawat penyakit.Bahkan,orang Greek dan Roman menganggap ros sebagai simbol kecintaan kepada Tuhan dan digunakan dalam penyediaan makanan.
Adalah tidak memeranjatkan,minyak pati ros ini merupakan pati bungaan yang
pertama pernah disuling.Ini kerana aroma yang mengharumkan dan khasiat yang terkandung pada setiap inci bungaan itu memberi kesan transformasi kepada minda dan tubuh manusia.Kesemuavbahagian bunga ros mempunyai khasiatnya yang tersendiri sama ada kelopak,air ros ,minyak pati ros dan buah bunga ros.
Dipercayai minyak pati ros yang terbaik datang dari Bulgaria.Prosesnya rumit dan teliti,jadi tidak hairanlah jika kos penyediaannya juga mahal.Bagi menghasilkan satu titis minyak ini,sekurangg-kurangnya memerlukan 30 jenis bunga manakala untuk satu botol,lebih daripada dua juta tan ros perlu disuling.

Khasiat bunga ros.
1.Mencium bau bunga ros dapat menguatkan daya ingatan mereka yang mudah lupa.
2.Meredakan kebimbangan dan kemurungan.
3.Menenangkan ketegangan saraf dan emosi.
4.Membantu merawat ulser perut.
5.Meransang penghasilan hempedu oleh pundi hempedu.
6.Sebagai antiseptik dan merawat kulit yang luka,terbakar,ruam dan ekzema.
7.Membantu merawat jangkitan mata.
8.Membantu meredakan sakit tekak.
9.Membantu merawat infeksi pundi kencing.
10.Memberi kesan peyejukanpada badan,merawat demam dan selesema.
11.Meransang pertumbuhan tisu dan penghasilan kolagen.
12.Membuka penutupan pada saluran paru-paru.
13.Membantuproses penghadaman.
14.Mengekalkan kesihatan usus.
15.Mengandungi bahan anti-oksida dan anti penyakit kardiovaskular.
16.Mengurangkan keradangan dan kesakitan sendi sepertipesakit osteoartritis.
17.melancarkan kitaran haid dan masalah rahim.
18.Mengandungi vitamin A,B3,C,D dan E.
19.Merawat cirit birit.
20.Menghilangkan keletihan.
21.Menghilangkan sakit kepala dan pening.




Tip

Bagi mengekalkan keharuman dan khasiatnya,simpan minyak pati ros ditempat gelap,jauh daripada pancaran matahari dan suhu yang panas serta jangan terlalu kerap membuka penutup botolnya.
Elakkan mengambil minyak pati ros semasa mengandung kerana dikatakan boleh mengakibatkan keguguran.Kadangkala,minyak pati ini digunakan sebagai bahan menahan sakit semasa bersalin dan memudahkan proses melahirkan anak.
 

Template by Maya