TINGGALKAN LINK YA!!!
KLIK KLIK YA
Sabtu, 24 Januari 2009
Menyingkap rahsia 'RATU BUNGA'
Sejak zaman berzaman lamanya,bunga yang mengeluarkan bau harum dan warna yang menarik dianggap sebangai bunga yang sangat istimewa malah dikenali sebagai
'ratu bunga'.
Ros atau mawar juga dianggap sebagai simbolik dalam kehidupan.Tidak hanya
kerana keharuman,kecantikan dan nilai estetikanya tetapi mempunyai nilai terapeutik
dalam merawat penyakit.Bahkan,orang Greek dan Roman menganggap ros sebagai simbol kecintaan kepada Tuhan dan digunakan dalam penyediaan makanan.
Adalah tidak memeranjatkan,minyak pati ros ini merupakan pati bungaan yang
pertama pernah disuling.Ini kerana aroma yang mengharumkan dan khasiat yang terkandung pada setiap inci bungaan itu memberi kesan transformasi kepada minda dan tubuh manusia.Kesemuavbahagian bunga ros mempunyai khasiatnya yang tersendiri sama ada kelopak,air ros ,minyak pati ros dan buah bunga ros.
Dipercayai minyak pati ros yang terbaik datang dari Bulgaria.Prosesnya rumit dan teliti,jadi tidak hairanlah jika kos penyediaannya juga mahal.Bagi menghasilkan satu titis minyak ini,sekurangg-kurangnya memerlukan 30 jenis bunga manakala untuk satu botol,lebih daripada dua juta tan ros perlu disuling.
Khasiat bunga ros.
1.Mencium bau bunga ros dapat menguatkan daya ingatan mereka yang mudah lupa.
2.Meredakan kebimbangan dan kemurungan.
3.Menenangkan ketegangan saraf dan emosi.
4.Membantu merawat ulser perut.
5.Meransang penghasilan hempedu oleh pundi hempedu.
6.Sebagai antiseptik dan merawat kulit yang luka,terbakar,ruam dan ekzema.
7.Membantu merawat jangkitan mata.
8.Membantu meredakan sakit tekak.
9.Membantu merawat infeksi pundi kencing.
10.Memberi kesan peyejukanpada badan,merawat demam dan selesema.
11.Meransang pertumbuhan tisu dan penghasilan kolagen.
12.Membuka penutupan pada saluran paru-paru.
13.Membantuproses penghadaman.
14.Mengekalkan kesihatan usus.
15.Mengandungi bahan anti-oksida dan anti penyakit kardiovaskular.
16.Mengurangkan keradangan dan kesakitan sendi sepertipesakit osteoartritis.
17.melancarkan kitaran haid dan masalah rahim.
18.Mengandungi vitamin A,B3,C,D dan E.
19.Merawat cirit birit.
20.Menghilangkan keletihan.
21.Menghilangkan sakit kepala dan pening.
Tip
Bagi mengekalkan keharuman dan khasiatnya,simpan minyak pati ros ditempat gelap,jauh daripada pancaran matahari dan suhu yang panas serta jangan terlalu kerap membuka penutup botolnya.
Elakkan mengambil minyak pati ros semasa mengandung kerana dikatakan boleh mengakibatkan keguguran.Kadangkala,minyak pati ini digunakan sebagai bahan menahan sakit semasa bersalin dan memudahkan proses melahirkan anak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan