Nama saya Farhan Bin Abdullah.
Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya
dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua
Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih
oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS
bawah DatukJoseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh
kerajaan negeri
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program.
Selalunya programkhidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan
wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu
orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu
mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit
secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali
kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi
kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.
Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan.
Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan
Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama
Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini
setanding dengan lukisan). Saya mendapat A -3. Sewaktu tingkatan 4 saya
belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan
agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu
dihuraikan oleh orang Islam.
Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz
yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan,
tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya kerumah cikgu
Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.
Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama
Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan
beberapa persoalan, antaranya-
Mengapa orang Islam sembah kaabah-Sebenarnya semua agama sama
sahaja.Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi embebaskan
kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad
Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan
Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnyaYang
menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan
kawan-kawandengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-ka wan mati akal. Kemudian
sayadibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3- konsep ketuhanan Jesus
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,
kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke
rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya
juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik
ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa orang malaya' datang
kerumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji
saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz
itu,saya mengagumi cara hidupnya. Tidak lama selepas itu saya pun di
Islamkan oleh Ustaz itu. Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah.
Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah.
Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan
keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam
dan peluru senapang meletup keatas
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga
saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya
dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di
Sabah Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan
saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti
kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan
adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di
Sabah dulu.
6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya
dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan
Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan
Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai
pendakwah ini nak berdakwahpun merungut duit over time. Saya rasa tiada
keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa
lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk
mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di
PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan
jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik
beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat. Walaupun
ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku- buku yang sesuai
menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat
dan buku- buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik.
Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat
berita. Ayah saya menganut Agama Islam
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis.
Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu
murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata.saya bayangkan ayah
dihadapan...
saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........Ya
Allah betapa agungnya kekuasaanMu.... Peristiwa yang saya alami sewaktu
memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang
diberi oleh pihak gereja
Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari
ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah
Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil
contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan
nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat
dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan
beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh
sergah saya,"You apa tahu... Islampun baru setahun
jagung....."
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya
tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam.
kerana itu saya ajak menghayati Islam. Saya kumpulkan semula kawan-kawan
masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma
untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh
puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam. Apa tauliah awak ,mana
kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll.
Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman
tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di
IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar
Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk
Islam....dan dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang
di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada
gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.
Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk
Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari
air kolah dari 3 masjid. Baca Al- Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan
selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah
mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.
Semoga, dari cerita yang kita dengar ini dapat menjadi iktibar dalam diri
kita dan dapat kita sampaikan kepada insan - insan lain yang berada di
sekeliling kita....
Muga semua yang membaca artikel medapat hidayah dari Yang Esa....