TINGGALKAN LINK YA!!!
KLIK KLIK YA
Sabtu, 25 April 2009
Set Penyeri Kejora.
Cantik tanpa penyeri kurang menarik,
Kurang cantik tetapi ada penyeri
Tak jemu mata memandang,
Remellon Gel Pembersih 100ml
Price:Rm20.80
Mengandungi vitamin C. Membersih kulit dengan lebih mendalam dan juga agen mencerahkan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit. |
Remellon Krim Kejora 20gm @Krim Malam Price:RM38.80 (Besar) Price:RM19.80(Kecil) Renewal Cream |
Remellon Krim Penyeri 20gm ( UV Cream )
Price:Rm38.80(Besar) Price:Rm19.80(Kecil) |
R Toner
Price:Rm28.80
Membantu mengelakkan jerawat, pigmentasi, Jeragat dan parut serta menstalbilkan kesimbangan pH pada kulit wajah anda. |
Remellon Penyegar Embun Sari
100ml Price:Rm28.80
Membersih juga bertindak mengecilkan pori-pori terbuka serta memberi kesegaran, mengimbangi pH dan kelembapan kulit. |
- Mulai dengan bacaan Bismillah dan selawat 3X
- Berniat untuk membuang kekotoran dan perkara-perkara Yang negatif sambil mencuci dengan ‘Gel Pembersih’
- Siang – Sapukan ‘Penyegar Embun Sari’, oleskan ‘Krim Penyeri’ dengan jari manis Dari pipi kanan, dahi, hidung, dagu, dan pipi kiri dengan niat untuk menaikkan seri dengan tujuan Yang dikehendaki.
Jumaat, 24 April 2009
Makan Dan Minum Menggunakan Tangan Kiri..
Dalil yang diguna pakai agar tidak makan atau minum dengan menggunakan tangan kiri ialah sebuah hadis daripada Ibnu Umar ra :
“Apabila kamu ingin makan , maka makanlah dengan tangan kanan dan apabila ingin minum , maka minumlah dengan tangan kanan.Sesungguhnya , syaitan makan dan minum dengan tangan kiri.”
(HR Imam Muslim : 2020)
Begitu juga dengan hadis daripada Jabir bin Abdullah ra :
“Jangan kamu makan dengan tangan kiri , kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri”
(HR Imam Muslim : 2019)
Kedua-dua hadis di atas menunjukkan kepada larangan daripada makan dan minum dengan tangan kiri.Apa yang dimaklumi ialah , Rasulullah saw melarang daripada makan dan minum dengan tangan kiri adalah kerana perbuatan tersebut merupakan salah satu daripada perbuatan syaitan , yang mana Islam menyuruh kita sentiasa menganggap syaitan itu adalah musuh nyata bagi umat Islam.Oleh yang demikian , mengikut segala ketetapan yang ditentukan oleh syarak melalui al-Quran dan Hadis Rasulullah saw adalah sesuatu yang amat digalakkan.
Hadith diatas juga menerangkan bahawa syaitan minum/makan dengan menggunakan tangan kiri.Jika kita amalkan perbuatan seperti tersebut seolah-olah kita telah menjadikan syaitan itu sebagai kawan/idola kita..Naauzubillah
Allah swt berfirman
"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh yg nyata bagimu".(Az Zukhruf 62.)
Persoalannya..
"Macam mana nak gunakan tangan kanan sekiranya penuh dengan sisa makanan di tangan/jari.
Jawapan:Apa salahnya,jika kita sisipkan makanan tersebut ataupun kita boleh jilat jari kita tersebut,tak salahkan sisa makanan yang ada di tangan/jari itu merupakan bekas makanan kita juga,jadi tidak timbul soal lagi soal jijik atau tidak.
Semoga Allah swt beri taufik untuk kita amal dan sampaikan''
Tips Melahirkan Anak Cemerlang.
Untuk memastikan bahawa anak kita nanti akan menjadi anak yang baik dan cemerlang….maka ;
- 1. Ianya bermula sejak dari awal lagi iaitu bermula dengan cara kita memilih siapa emak bagi anak kita itu. Maksudnya, ia bermula dari bagaimana kita memilih bakal isteri kita. Bagaimana proses pernikahan. Nabi ada berpesan, kita mesti pilih ‘tempat’ nak letak ‘benih’ kita dengan betul. Buatlah pilihan dengan betul seperti yang diajar oleh syariat. Kerana anak kita tu nanti akan wewarisi banyak sifat2 dari sebelah ibunya. Jangan kita memilih jodoh ikut nafsu semata-mata. Jangan main tangkap muat dan main *sembat jer. Nampak awek cantik kat pasar, nampak awek seksi kat konsert, kita pi ngorat dan jadikan isteri. Kalau begitulah cara kita membuat pilihan isteri, maka ianya tidak menepati kehendak syariat. Ingat, tips pertama untuk dapat anak yang baik dan cemerlang ialah…bermula dari pemilihan jodoh. Pilihlah wanita yang soleh dan kuat pegangan agamanya.
- 2. Tips kedua ialah…SIKAP kita bila dapat anak. Ustaz dalam forum tu kata, kita kena berasa suka dan gembira apabila mendapat anak. Kita ni biasanya hanya akan suka bila dapat anak sulung jer. Tapi bile masuk yang kedua, ketiga dan seterusnya dah kurang gembira. Apatah lagi bila dapat anak yang tak dirancang. Maksudnya, kita tak rancang untuk dapat anak, tup2 tersangkut. Maka tatkala itu, kita cenderung untuk tidak bersyukur dan tidak gembira. Ini sikap yang salah. Kita sepatutnya kena jadi gembira dan WAJIB SYUKUR atas kurniaan ALLAH. Ramai orang diluar sana yang nak anak, tapi tak dapat2. Macam2 usaha yang dibuat, tapi tak juga berjaya. Ada kawan saya sanggup berhabisan duit ringgit sehingga melebihi RM20 ribu sebab jumpa doktor pakar, pun masih belum dapat anak hingga kini. Jadi, kenapa kita kurang gembira dan tak bersyukur dengan pemberian ALLAH pada kita??? Kita kena tiru macam nabi Ibrahim, Nabi Ibarahim apabila dia dapat berita dari malaikat, kata dia akan dapat anak….dia ucapkan “salam…salam”…dia sangat gemira.
Salah seorang panel dalam forum al-Muqorrobin itu ialah Ustaz Rujhan. Ustaz Rujhan kata….
- 3. Kita kena renung firman ALLAH Ta’aala yang lebih kurang bermaksud,“Wahai orang2 beriman, jagalah dan peliharalah DIRI kamu dan AHLI KELUARGA kamu daripada azab bakaran API NERAKA”! Cuba selami dan fahami arahan ALLAH Ta’ala ini. Jadikan ia sebagai motto hidup kita.
Kita ni apabila cerita tentang syurga neraka, ada yang masih kurang yakin. Malah ada yang anggap cerita tentang syurga neraka tu macam hanya cerita mitos.
Ustaz Rujhan kata, anak2 adalah bayangan kepada ibu bapa. Kalau ibu bapa yang tak lurus, tak betul, maka anak2 akan turut jadi tak lurus, bengkok dan tak betul. Produk yang terhasil adalah dari bagaimana bentuk acuannya. Mana mungkin ketam yang berjalan bengkok, bisa membuatkan anaknya berjalan lurus. Justeru, IBU dan AYAH kena jadi LURUS dulu. Maksudnya, ibu ayah kena perbetulkan diri dulu, kena jadi baik dulu. Barulah anak akan ikut jadi baik.
- 4. Ustaz Rujhan menyeru supaya kita ingat dan ikut 2 pesan yang telah ditinggalkan oleh Imam al-Ghazali. 2 pesan Imam Ghazali ini perlu dititikberattkan oleh setiap orang. Semua orang kena buat. Kalau tak, jangan harap nak dapat anak yang bagus dan cemerlang.
(Pesanan No 1) JAGA & BETULKAN SOLAT
Solat adalah tanggungjawab kepada kita…dan ia juga menjadi tanggungjawab kita dalam memastikan anak kita jaga solat mereka.
Ramai ayah kakisurau tapi anak? kaki lumba…semayang entah kemana.(Pesanan No 2) JAGA SOAL MAKAN MINUM
Menjadi tanggungjawab suami/bapa memastikan makan minum adalah semuanya HALAL. Memastikan yang HALAL tu WAJIB. Itu satu hal. Lagi satu hal ialah, ibu2 atau isteri dinasihatkan agar memasak makanan untuk anak2/suami. Sebab air tangan ibu/isteri itu memberikan keberkatan. Kalau boleh, masa masak tu bacalah doa dan banyakkan berzikir.- 5. Tips yang kelima ialah, KASIH SAYANG. Salah seorang panel dalam forum itu berkata, kebanyakan masalah anak2 muda sekarang ini adalah berpunca daripada kurangnya KASIH SAYANG. Ustaz berpesan, kita kena ingat bahawa, teras kebahagian ialah kasih dan sayang
Sifat Jimak Ahli Syurga Dengan Perempuan-perempuan.
. Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).(Ali-Imran 14)
. dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan Yang sia-sia dan hiburan Yang melalaikan: dan Demi Sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang Yang bertaqwa. oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?(Al-Al’am 32)
.Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra Dengan orang-orang Yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang Yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman Dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka Dengan semangat pertolongan daripadanya; dan Dia akan memasukkan mereka ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang Yang Berjaya.(Al-Mujadalah 22)
Ketahuilalah saudaraku,bermula jimak itu adalah satu kesedapan yang dikurniakan Tuhan.Jimak ini juga adalah kesudahan dan kesedapan berkahwin,bila bercakap tentang lelaki,Allah swt memberikan kepadanya kekuatan syahwat kepada perempuan.kalau tiada syahwat kepada perempuan,itu dikira sebagai tidak normal,dan Allah swt memberi kepada perempuan lebih syahwat dan ada keinginan kepada lelaki.Nafsu mereka melebihi lelaki,tetapi ada pertimbangan akalnya,maka lebih banyak halnya kepada emosi.
Sayugia,Allah swt memberi nafsu kepada makan dan minum,tetapi kelazatan berjimak tidak sama dengan kelazatan makan dan minum.Maka demikian,Allah swt menjadikan nikmat dengan satu nimat adalah berbeza.Semasa berada di dalam dunia,hal yang demikian ,jimak adalah nikmat yang cukup hebat,maka orang yang masuk syurga,Allah swt akan beri juga nikmat jimak ketika berada di dalam syurga,tetapi nikmat jimak yang Allah swt beri ini ,tidak sama dengan nikmat jimak di dunia.Apabila seseoorang itu bersyukur atas nikmat jimak di dunia,maka apabila berada di dalam syurga,Allah swt akan gandakan lagi nikmat tersebut.Allah swt juga akan beri nikmat bermain-main dan berseronok dengan perempuan-perempuan.Bahasa fekah mentafsirkan perkataan imtimsaq sebagai mengambil nikmat daripada perempuan-perempuan.
Seorang mukmin itu apabila berada di dalam syurga,akan bermain dan bersenda gurau dengan isterinya dan dengan gundiknya dan di jimakkan seorang dan kemudian dengan seorang dengan secukup-cukupnya dan bersambung-sambung dengan yang lain dan di panggil yang seterusnya.
Rasulullah saw bersabda”Seseorang mukmin di dalam syurga itu akan kuat bergian-bergian(banyak kuat syahwatnya daripada jimaknya perempuan-perempuan syurga).Sahabat bertanya,Ya Rasulullah,adakah kuasa orang mukmin itu kuat untuk jimaknya di dalam syurga ?,Nabi saw berkata,diberi oleh Allah swt kurnian kuat 100 orang”. (Riwayat Tirmizi)
Allah swt memberi kekuatan jimak ini beratus-ratus kali ganda,Hal yang demikian adalah sebagai anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang taat kepada perintahnya dan rasulnya.
Semasa berada di dunia ini lah kita kena usaha,supaya Allah swt memberi kepada kita semua nikmat-nikmat tersebut.Usahakan supaya kita berada di dunia membuat amalan-amalan seperti yakin yang betul kepada Allah dengan tidak ada tapi-tapi, solat,puasa,zakat dan haji.
Khamis, 23 April 2009
Renung-renungkan lah....
Sabda Rasulullah S.A.W ertinya:
“Bila lelaki memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi isteri itu enggan (menolak) untuk datang dan suami itu berhati marah kepadanya, maka malaikat melaknat isteri itu sampai ke pagi hari.”
(HR: Bukhari dan Muslim)
Oleh itu dapatlah kita ketahui dan fahami hadis tersebut kalau dalam hadis yang lain pula baginda bersabda maksudnya:
Dari ummu Salamah, sesungguhnya Nabi SAW bersabda:
“Siapa diantara perempuan yang meninggal dunia dan tatkala itu suaminya redha (suka) kepadanya, maka perempuan itu akan masuk syurga.”
(HR: Ibnu Majah dan Tarmizi)
Tentu saja perkara yang bersangkutan dengan seks mempunyai erti yang penting didalam hubungan berumahtangga, wajib bagi suami isteri supaya tidak mengabaikan faktor ini. Kedua duanya mempunyai kewajipan untuk memperhatikan aspek seksual ini dengan sebaik-baiknya, tidak hanya perlu tahu apabila hendak bersedia untuk berkahwin tetapi penting bagi yang sudah berkahwin untuk mengetahuinya malahan perlu bagi mereka yang usianya telah lanjut, sudah mempunyai anak atau yang sudahpun mempunyai cucu.
Binalah terus aspek seksual ini didalam rumah tangga supaya mawaddah warahmah atau kasih sayang antara suami isteri tidak pudar dan layu di tengah perjalanan rumah tangga kita, tetapi tetap bersemi dan hidup subur sepanjang masa.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya:
“Rumahtanggaku adalah Syurgaku.”
Adalah jelas bahawa pemuasan seksual merupakan satu keperluan badaniah yang ada pada setiap orang dewasa yang normal, terutama bagi pasangan suami isteri.Kerana itu lantaran ingin memenuhi keperluan yang satu inilah seseorang itu mahu menikah. Ia merupakan satu keperluan yang asasi bagi sebuah ikatan suami isteri, dan bagaimana kita menjaga hubungan seksual itulah yang akan menentukan bahagia atau tidaknya suami isteri itu.
Maka tidak diragukan lagi, bahawa untuk mencapai apa yang disabdakan oleh Rasulullah ini (bagi rumahtangga kita), salah satu modalnya yang terpenting adalah perlu adanya kemesraan suami isteri tersebut yang tetap terpelihara dengan baik.
Mengingat hal itu, maka dalam usaha membahagiakan suami, yang sebenarnya juga adalah demi kebahagian isteri sendiri beserta segenap anggota keluarganya maka setiap isteri harus memperhatikan serta mengambil berat tentang hal yang satu ini. Ia harus berusaha sebaik mungkin untuk memuaskan keperluan seksual suami secara sempurna. Sehingga diharapkan suami tercinta benar-benar merasa puas dan hidup bahagia hasil dari layanan isteri yang tiada bandingnya. Seorang isteri yang tahu akan tanggungjawabnya sahaja yang dapat membahagiakan suaminya, dimana si suami tidak akan teragak-agak untuk keluar berpeleseran diluar rumah. Dan dapat menghindarkan suami dari berlaku curang.
Ada berbagai cara untuk meningkatkan layanan seksual yang seharusnya diperhatikan oleh setiap suami mahupun dipihak isteri. Salah satu keperluan utama keharmonian suami isteri adalah dalam bersenggama (hubungan seks) antara suami isteri, suami isteri dikatakan pasangan suami isteri yang normal apabila keduanya sama-sama memiliki seks dan mampu melakukannya secara normal pula.
Kekal atau tidaknya percintaan suami isteri itu juga amat ditentukan oleh normal atau tidaknya hasrat dan kemampuan seks diantara mereka. Jadi hubungan seks suami isteri merupakan suatu keperluan utama. Hubungan seks itu hendaklah mendapat kepuasan baik bagi kedua pihak samaada suami mahupun bagi isteri.
Berpegang kepada huraian berikut, maka hendaklah suami berusaha agar dalam melakukan hubungan seks dengan isterinya dapat memuaskan tuntutan dari isterinya. Demikianlah pula isteri hendaknya memuaskan tuntutan seks suaminya.
Pihak suami tidak boleh mementingkan dirinya sahaja demi kepuasan nya sendiri sahaja, tanpa mengingat bahawa isteri juga memerlukan kepuasan dalam persetubuhan itu. Puncak kepuasan seseorang ketika bersetubuh ialah apabila dapat berejakulasi atau dapat mengeluarkan mani.
Bagi suami tidak susah untuk mencapai hal tersebut namun bagi si isteri untuk mencapai ejakulasi dalam persetubuhan, memerlukan waktu dan kesungguhan dalam melakukan persetubuhan itu, kerana hebatnya rangsangan seks lelaki dengan wanita itu sama, tetapi cepat dan lambatnya adalah berbeza-beza dan tidak sama. Lelaki lebih cepat terangsang dan rangsangan seks lelaki itu terus naik kemudian menurun bersamaan dengan ejakulasi. Sedangkan rangsangan seks wanita sifatnya agak lambat dan naik turun, maka suami hendaklah pandai memberikan rangsangan bagi isterinya dalam bersetubuh itu sehingga isteri itu dapat pula mencapai kepuasan dipihaknya.
Persetubuhan yang memuaskan hati bagi suami isteri ialah apabila dapat mencapai kemuncak secara seimbang dan berejakulasi bersama-sama. Hal ini amat jarang terjadi. Yang sering terjadi adalah suami sudah sampai kemuncak, sedangkan rangsangan seks isteri belum lagi timbul. Itulah yang merupakan kekecewaan bagi isteri. Suami pun sebenarnya apabila bersetubuh terlalu cepat ejakulasi. Suami tentu tidak pernah dapat menggambarkan betapa kecewanya hati si isteri apabila siisteri kurang merasa kenikmatan dalam melakukan hubungan seks itu.
Oleh itu demi kepuasan bersama, maka hendaknya bila suami isteri hendak melakukan hubungan seks, jangan terus bersetubuh sebelum cumbu rayu dan membangkitkan rangsangan seks mereka sehingga keduanya telah siap untuk bersama-sama mencapai kemuncak dalam persetubuhan itu. Hal yang demikian sebenarnya telah diatur oleh ajaran Islam, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila bersetubuh salah seorang dari kamu dengan isterinya, maka janganlah keduanya langsung telanjang (tanpa cumbu rayu) seperti perilaku keldai, akan tetapi hendaknya didahului dengan tutur kata yang lembut dan ciuman.
(HR : Ibnu Majah)
Hadis tersebut diatas , dijelaskan bahawa orang yang bersetubuh dengan isterinya tanpa cumbu rayu terlebih dahulu, maka orang yang demikian itu diibaratkan dua ekor keldai yang bersetubuh. Dari keterangan hadis tersebut, maka suami isteri apabila hendak melakukan hubungan seks perlulah didahului dengan cumbu rayu, sebagai pembangkit rangsangan seks mereka berdua.
Apabila hal itu dilakukan secara tetap sebelum bersetubuh dan suami isteri mendapat kepuasan seks maka suasana rumahtangganya akan harmoni sekaligus terjamin pula cinta yang kekal.
Suatu masa pasti akan timbul perasaan enggan atau mungkin muak untuk melakukan persetubuhan dengan pasangan yang sama dengan gaya yang itu-itu juga. Untuk membuang perasaan tersebut, maka hendaklah suami atau isteri mengubah selera dengan mengambil beberapa langkah mengetahui bentuk-bentuk dan mengetahui posisi yang baru dalam melakukan persetubuhan.
Ada sesetengah orang beranggapan bahawa berbuat pelbagai posisi dan macam-macam dalam jimak merupakan perbuatan yang kotor atau tidak senonoh. Padahal anggapan seperti ini adalah keliru dan salah satu sebab setelah kita mengucapkan ijab dan kabul dalam akad nikah, maka apa yang sebelumnya diharamkan menjadi halal dan bahkan diwajibkan atau disunatkan melakukan misalnya jimak.
Ada beberapa keuntungan atau faedah kita mempraktikkan pelbagai posisi berjimak diantara lainnya untuk menghindari terjadinya kebosanan serta dengan cara mengetahui posisi yang sesuai dapatlah setiap pasangan memperoleh kepuasan menurut selera masing-masing. Dengan mengetahui posisi yang betul juga dapat memperlambatkan proses ejakulasi bagi suami mengikut cara bersetubuh tertentu. Ini juga dapat mempercepatkan orgasme bagi isteri pada posisi tertentu. Ada juga posisi yang boleh mencegah terjadinya kehamilan mengikut bentuk bersetubuh tertentu.
Bersetubuh sampai kedua belah pihak mencapai kepuasan, hukumnya adalah sunat, ertinya mendapat pahala. Apabila isteri tidak puas, sehingga mencari lelaki lain untuk mencapai kepuasan seks, atau terjerumus kelembah hitam, maka suaminya mendapat dosa. Sedangkan apabila suami isteri mendapat kepuasan dalam persetubuhan oleh kerana kedua-dua pihak berusaha memuaskan pasangannya hukumnya menjadi sunat oleh kerana kedua suami isteri mendapat kebaikan dari persetubuhan itu, mendapat kepuasan, kenikmatan, kelazatan dan mendapatkan rasa cinta dan kasih sayang yang diberikan oleh pasangannya.
Maka memuaskan suami dan sebaliknya memuaskan isteri dalam bersetubuh hukumnya wajib. Sebagaimana juga seorang suami wajib memberikan nafkah kepada isterinya. Sebaliknya isteri wajib menghormati suaminya dan wajib melayaninya.
Apa yang dapat dilihat dari sudut memuaskan pasangan masing-masing bertujuan supaya kita tidak terjerumus kelembah hitam, hukumnya menjadi wajib. Ditinjau dari sudut memuaskan agar mendapat kenikmatan, kelazatan, kepuasan, hukumnya sunat sebab suami isteri mendapat kebaikan dari persetubuhan tersebut.
Suami isteri tentu akan merasa bahagia dan bangga bila suaminya mengatakan bahawa ia merupakan isteri yang paling hebat di dunia dan paling mengiurkan dan suami tidak dapat melupakannya walau sekejap pun. Kalau suami sudah berkata demikian maka sudah menjadi jaminan bahawa suami tidak akan lari kedalam pelukan wanita lain.
Semua wanita di Malaysia ini khususnya , berapa peratuskah agaknya yang tidak pernah bahagia dan puas bersama suaminya, tetapi hanya sekadar menyimpan didalam hati dan mendiamkan diri susah untuk bersuara. Kalau menyentuh tentang bab kamar tidur berapa peratuskah yang tidak berpuas hati , tetapi menganggap permasalahan itu tidak penting, menganggapnya mudah kerana kononnya cinta yang menular dihati lebih penting serta tulus sifatnya.
Rasulullah menyarankan bahawa jika umatnya mahu melakukan hubungan suami isteri, maka hendaklah dilakukan secara bersungguh-sungguh. Ini penting bagi lelaki atau perempuan.
Jimak yamg halal juga merupakan satu ibadah yang berpahala besar.
Sabda Rasulullah SAW:
“Dalam kemaluanmu itu ada sedekah.” Sahabat lalu bertanya, “wahai Rasulullah, apakah kita mendapat pahala dengan menggauli isteri kita?.” Rasulullah menjawab, “ Bukankah jika kalian menyalurkan nafsu dijalan yang haram akan berdosa? Maka begitulah sebaliknya, bila nafsu itu disalurkan di jalan yang halal, kalian akan berpahala.”
(HR: Bukhari, Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah)
Hubungan intim kalau mengikut Ibnu Qayyim Al-Jauzi dalam ath-Thibbun Nabawi (Perubatan ala Nabi), sesuai dengan petunjuk Rasulullah memiliki tiga tujuan:
1) Memelihara keturunan dan mengembangkan umat manusia.
2) Mengeluarkan cairan yang bila tersimpan didalam tubuh akan memudaratkan kesihatan dan bahaya.
3) Meraih kenikmatan yang dianugerahkan oleh Allah
Ulama juga mengajar kita “ Seseorang itu perlulah menjaga tiga hal didalam dirinya iaitu;
1) Jangan sampai tidak berjalan kaki agar jika suatu saat harus melakukannya anda tidak mengalami kesulitan.
2) Jangan sampai tidak makan agar usus kita tidak menyempit
3) Jangan sampai meninggalkan hubungan seks, kerana air disumur jika tidak digunakan akan kering sendiri.
Muhammad bin Zakariya menambah,
“Barangsiapa yang tidak bersetubuh dalam jangka masa yang lama, kekuatan organ tubuhnya akan menjadi lemah, sarafnya akan menegang dan pembuluh darahnya akan tersumbat. Saya juga melihat orang yang sengaja tidak melakukan jima’ dengan niat membujang, tubuhnya menjadi dingin dan wajahnya muram.”
Oleh yang demikian dapatlah kita sama-sama ketahui bahawa memuaskan pasangan masing masing hukumnya adalah wajib.
Banyak orang diluar sana yang rata-ratanya tidak mengetahui bahawa sebenarnya berbagai-bagai posisi dalam bersetubuh yang jarang diketahui umum. Saya ada berita baik untuk anda semua terutama bagi anda yang mempunyai perasaan malu yang sangat menebal.
Epal Punya Penangan...
Hi,
kepada semua. Saya inginkan bantuan kepada sesiapa yang ingin membeli mesi jahit apel RM1899,monthly instalment 200.00. Baru je beli bulan lepas dan saya tak menggunakan mesin ini lagi. sya perlu cari org yg berminat untuk mengantikan saya kerana syarikat terbabit tak bagi saya return. saya telah membeli mesin ini tanpa kebenaran suami dan sekarang dia telah mengamuk. Dia memberikan tempoh hingga sebulan untuk menyelesaikan masalah ini..tolonglah..saya buntu ni. saya xnak menipu..demi Allah saya serius. call me at 0163909738/03-89264116/0162392548...
Saya jumpa iklan ini diwww.jomlayan.com...ada sesiapa nak membantu membeli mesin jahit seperti yang tertulis silakan berhubung dengan no phone yang tertera....
Jauhi Maksiat...
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda : “Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya.”
Sahabat2ku, ingatlah sungguh2 amaran yang ALLAH telah berikan pada kita.
Apa kata ALLAH?
Firman Allah S.W.T : “Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu).” - Surah An Nur : Ayat 24.
“Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu).” Surah Yassin : ayat 65.
Berikut ini adalah beberapa panduan cara bagaimana kita dapat menghindarkan diri kita daripada terjebak dalam perbuatan maksiat yang mengundang kemurkaan ALLAH SWT. Sama2 lah kita beringat yaaa.
1) Menjaga Mata
Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.
2) Menjaga Telinga
Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida’ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain.
3) Menjaga lidah
Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka. Jagalah lidah kita dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.
* Ingat betul2 pesanan Rasulullah S.A.W. ini. Sabda baginda : “Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataan nya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun.” - Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A.
4) Menjaga perut
Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.
5) Menjaga Kemaluan
Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharam kan oleh Allah S.W.T.
6) Menjaga Dua Tangan
Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.
7) Menjaga Dua Kaki
Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim.
Yaa sahabat2ku…apabila kita menggunakan anggota tubuh kita bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kita tidak bersyukur(kufur)terhadap nikmat yang diberikan ALLAH kepada kita.
Akhir kata, mari kita ingat pesanan Nabi SAW pada kita. Apa kata baginda?
Sabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh)ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat).” - Riwayat At Tirmizi.
Jadi apa kata anda? Sudah terjagakah seluruh panca indera kita dalam mentaati perintah ALLAH dan menjauhi larangannya?
Hmmm….cakap memang senang. Tulis benda ni pun bukannya susah mana. Yang payah dan susahnya ialah MACAMMANA NAK AMAL? Nak praktikkan segala ilmu yang kita ada. Aduhai…peritnya melawan nafsu ini kan…..?
Adab berwuduk...
Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,
ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor
1. Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di
tangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan
hisab-hisabnya di tangan kanan .
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab
ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan
hisab-hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam
matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat
maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan
Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai
hikmah nya yang tersendiri.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk
sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu...
Wudhuk Pembersih Zahir Bathin...
Apabila hendak cantik, tentu bahagian mukalah menjadi sasarannya, dengan hidung ditinggikan, mulut ditebalkan, tulang rahang dinaikkan, mata dibuat alis, dilentik malah apa saja sanggup diubah selagi dapat diubah, kerana yang penting cantik. Kadangkala kesian juga pada mereka yang hendak cantik tetapi tidak juga cantik-cantik. Selepas dicantikkan muka kemudian menjadi tidak cantik juga.
Kenapa? Sebabnya ialah kerana kecantikan bukan sahaja pada muka dan penampilan serta aspek luaran tetapi juga kecantikan dalaman (inner beauty). Kecantikan dalaman sangat jarang diberi keutamaan seperti muka yang tenang bercahaya berpaksi dari hati. Bercahaya bukan sahaja di dunia tetapi berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhirat. Antara tip muka bercahaya yang membekas kepada kehidupan ialah kesan wuduk.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya umatku kelak akan dipanggil di hari kiamat dalam keadaan putih cemerlang kerana kesan daripada air wuduk."
Ini satu jaminan kecantikan yang abadi. 'Inner beauty' yang penulis maksudkan ialah kecantikan hati yang membawa lahirnya peribadi cemerlang seperti nilai integriti seperti ikhlas, jujur, amanah dan sebagainya bermula daripada wuduk. Air wuduk bukan sahaja membersihkan anggota fizikal tetapi membersihkan kotoran batin seperti dosa dan maksiat yang dilakukan.
Jangan pandang kecil pada yang bernama pengampunan Allah sebab itulah pintu segala kebaikan dan kebajikan. Cuba lihat ibadat wuduk mendidik bersih hati dan nilai integriti. Wuduk biasanya dilakukan secara sendirian, tidak ada orang melihat seperti juga puasa orang tidak tahu. Boleh saja kalau yang berwuduk itu hendak menipu seperti tidak basuh kaki atau basuh tidak sempurna kerana orang tidak tahu. Kerana itulah wuduk hanya dilakukan orang yang ikhlas sahaja.
Orang ikhlaslah yang berseri wajahnya. Mereka yang tidak pernah menghiasi muka dengan mekap wuduk sudah tentu tidak terlatih dengan keikhlasan. Sebenarnya boleh sahaja kalau seseorang itu melakukan solat tanpa wuduk tetapi keikhlasan sahaja yang membuatkan mereka tidak akan menipu. Orang yang jujur akan terpancar pada wajahnaya cahaya keikhlasan. Seseorang yang sentiasa berwuduk sentiasa bersama malaikat.
Malaikat sebagaimana yang kita ketahui bersih dan tidak akan berada di tempat kotor. Apabila bersama malaikat bukan sahaja ia akan mendoakan orang yang berwuduk malah sentiasa mendorong dan membisikkan kebaikan. Lagi banyak bisikan kebaikan, lagi terdorong melakukan kebaikan. Bukankah kebaikan itu bermula dengan dorongan.
Sebab itulah orang berwuduk terpancar kebersihan dan cahaya dari wajahnya. Selepas kebersihan wajah dengan wuduk, kemudian muka pula berhias dalam batas syarak akan terserlah kecantikan. Kalau harap cantik dengan mekap dan krim pencantik tetapi muka jauh daripada wuduk, itu hanya lakonan dan sandiwara itu yang menyebabkan rumah tangga tidak kekal, tidak ada kesetiaan dan integriti.
Rabu, 22 April 2009
Aku..
girangnya buat mereka gembira
aku senyum, kala hati berbunga
pada wajah terpancar serinya
kala cinta menyapa jiwa
tika hati berbelah rasa
rasa jiwa cukup sengsara
bimbang merana kedua kalinya
atau mungkin lebih dari sebelumnya
tak mahu di duga apa isinya
di dalam bumi biar Yang Esa mengetahuinya
menyimpan rahsia hati yang berbunga
hanya Dia dapat menentukannya
aku menangis
tika siang menjelma
agar bunyi hari itu, dapat sembunyikan hibanya
biar tiada siapa yang mendengarnya
biar aku menanggungnya
bimbang tiada yang memahaminya
bila terbukanya pekung di dada
tidak semua dapat memahaminya
kerana jiwa itu aku yang punya
aku punyai rasa
sama dengan dia, dan engkau
dia yang punya, dia tahu jujurnya
engkau yang punya, engkau tahu betapa ikhlasnya
pada aku tersimpan seribu rahsia
tentang rasa di dalam jiwa
hanya mengharap minda benar peka mengawal emosinya
aku ketawa
tika malam menjelma
agar mereka mendengar
agar mereka tahu aku bahagia
aku ketawa bila malam tiba
agar sunyi pada hari gelap itu
diisikan dengan harmoninya suara
dapat aku hiburkan mereka
bawa gembira pada yang berduka
bawa bahagia pada yang berkasih dengan cintanya
aku ketawa
ada yang berduka
aku menangis hiba merana
ada yang suka jika terdengarnya
mereka suka dan bahagia
atas kedukaan hamba lainnya
bukankah ketawa terbit dari hati yang gembira?
bukankah ketawa apabila hati diusik, dicuit?
bukankah ketawa itu untuk menggembirakan hati yang lara?
sengsarakah mereka melihat yang lain bahagia?
bahagianya mereka melihat yang menderita...
pelik dengan kenyataan sikap hambaNya
kerana aku, dia dan engkau
ada rasa yang sama
perbezaannya hanya pada pemahamannya
aku tidak bijak
aku juga tidak kurang pandainya
namun naif dan jahil itu
buat aku tidak mengerti waktu
sementara ada
untuk aku bersihkan hati ku
agar dia mengerti dan dapat merasa
agar engkau dapat jauhkan dosa
dari berdengki dan menghina
sesama hambaNya
bumi tidak semakin hijau warnanya
biru lautnya, bakal diganti kelabu, tiba tikanya
langit yang cerah, ada jua waktu gelapnya
sebelum terbelah lautan dan langitNya
sebelum tertutup pintu-pintuNya
bersihkan jiwa, lapangkan dada
agar aku, dia dan engkau
dapat merasa dan mengerti
ada cintaNya di setiap hati manusia...
Jom Berteka Teki...Hilangkan Tension Jap...
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M
2) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.
3) Binatang ape power Karate?
Answer: Kuda belang..cube kira brape black belt dia ade.
4) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada
saye.
5) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'
6) Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Answer: Pembohong...
7) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Answer: Usus
8) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut
9) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak
10) Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'
11) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer: - Sekretari baik...'Selamat pagi tuan'
- Sekretari kurang baik...'Dah pagi ni tuan'
Answer: Dua-dua tak kenal korang...hehe
13) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur
14) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung
15) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...
16) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile
ape...
17) Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah
18) Kenapa org gali kubur tak pakai kasut?
Answer: Memang arr..sbb dia gali pakai cangkul..
19) Ape name nenek kp nenek korang??
Answer: kui kui kui...????
Munajat Cinta.
tak ada yang menemani
seperti malam-malam
yang sudah-sudah
hati ini selalu sepi
tak ada yang menghiasi
seperti cinta ini
yang selalu pupus
Tuhan kirimkanlah aku
kekasih yang baik hati
yang mencintai aku
apa adanya
mawar ini semakin layu
tak ada yang memiliki
seperti aku ini
semakin pupus
Tuhan kirimkanlah aku
kekasih yang baik hati
yang mencintai aku
apa adanya....
Tuhan kirimkanlah aku
kekasih yang baik hati
yang mencintai aku
apa adanya...
Empat Isteriku......
Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.
Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. Dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.
Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."
Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi.
Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya. Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.
Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu.
Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;
ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.
ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita di akhirat kelak. Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak.
Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!...