tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Khamis, 23 April 2009

Renung-renungkan lah....


Sabda Rasulullah S.A.W ertinya:

 

“Bila lelaki memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi isteri itu enggan (menolak) untuk datang dan suami itu berhati marah kepadanya, maka malaikat melaknat isteri itu sampai ke pagi hari.”
(HR: Bukhari dan Muslim)
 
Oleh itu dapatlah kita ketahui dan fahami hadis tersebut kalau dalam hadis yang lain pula baginda bersabda maksudnya:
 

Dari ummu Salamah, sesungguhnya Nabi SAW bersabda:
 
“Siapa diantara perempuan yang meninggal dunia dan tatkala itu suaminya redha (suka) kepadanya, maka perempuan itu akan masuk syurga.”
(HR: Ibnu Majah dan Tarmizi)
 
Tentu saja perkara yang bersangkutan dengan seks mempunyai erti yang penting didalam hubungan berumahtangga, wajib bagi suami isteri supaya tidak mengabaikan faktor ini. Kedua duanya mempunyai kewajipan untuk memperhatikan aspek seksual ini dengan sebaik-baiknya, tidak hanya perlu tahu apabila hendak bersedia untuk berkahwin tetapi penting bagi yang sudah berkahwin untuk mengetahuinya malahan perlu bagi mereka yang usianya telah lanjut, sudah mempunyai anak atau yang sudahpun mempunyai cucu.
 
Binalah terus aspek seksual ini didalam rumah tangga supaya mawaddah warahmah atau kasih sayang antara suami isteri tidak pudar dan layu di tengah perjalanan rumah tangga kita, tetapi tetap bersemi dan hidup subur sepanjang masa.
 
Sabda Rasulullah SAW maksudnya:

 

“Rumahtanggaku adalah Syurgaku.”

 
Adalah jelas bahawa pemuasan seksual merupakan satu keperluan badaniah yang ada pada setiap orang dewasa yang normal, terutama bagi pasangan suami isteri.Kerana itu lantaran ingin memenuhi keperluan yang satu inilah seseorang itu mahu menikah. Ia merupakan satu keperluan yang asasi bagi sebuah ikatan suami isteri, dan bagaimana kita menjaga hubungan seksual itulah yang akan menentukan bahagia atau tidaknya suami isteri itu.
           
Maka tidak diragukan lagi, bahawa untuk mencapai apa yang disabdakan oleh Rasulullah ini (bagi rumahtangga kita), salah satu modalnya yang terpenting adalah perlu adanya kemesraan suami isteri tersebut yang tetap terpelihara dengan baik.
 
Mengingat hal itu, maka dalam usaha membahagiakan suami, yang sebenarnya juga adalah demi kebahagian isteri sendiri beserta segenap anggota keluarganya maka setiap isteri harus memperhatikan serta mengambil berat tentang hal yang satu ini. Ia harus berusaha sebaik mungkin untuk memuaskan keperluan seksual suami secara sempurna. Sehingga diharapkan suami tercinta benar-benar merasa puas dan hidup bahagia hasil dari layanan isteri yang tiada bandingnya. Seorang isteri yang tahu akan tanggungjawabnya sahaja yang dapat membahagiakan suaminya, dimana si suami tidak akan teragak-agak untuk keluar berpeleseran diluar rumah. Dan dapat menghindarkan suami dari berlaku curang.
           
Ada berbagai cara untuk meningkatkan layanan seksual yang seharusnya diperhatikan oleh setiap suami mahupun dipihak isteri. Salah satu keperluan utama keharmonian suami isteri adalah dalam bersenggama (hubungan seks) antara suami isteri, suami isteri dikatakan pasangan suami isteri yang normal apabila keduanya sama-sama memiliki seks dan mampu melakukannya secara normal pula.
 
Kekal atau tidaknya percintaan suami isteri itu juga amat ditentukan oleh normal atau tidaknya hasrat dan kemampuan seks diantara mereka. Jadi hubungan seks suami isteri merupakan suatu keperluan utama. Hubungan seks itu hendaklah mendapat kepuasan baik bagi kedua pihak samaada suami mahupun bagi  isteri.

 
Berpegang kepada huraian berikut, maka hendaklah suami berusaha agar dalam melakukan hubungan seks dengan isterinya dapat memuaskan tuntutan dari isterinya. Demikianlah pula isteri hendaknya memuaskan tuntutan seks suaminya.
 
Pihak suami tidak boleh mementingkan dirinya sahaja demi kepuasan nya sendiri sahaja, tanpa mengingat bahawa isteri juga memerlukan kepuasan dalam persetubuhan itu. Puncak kepuasan seseorang ketika bersetubuh ialah apabila dapat berejakulasi atau dapat mengeluarkan mani.
 
Bagi suami tidak susah untuk mencapai hal tersebut namun bagi si isteri untuk mencapai ejakulasi dalam persetubuhan, memerlukan waktu dan kesungguhan dalam melakukan persetubuhan itu, kerana hebatnya rangsangan seks lelaki dengan wanita itu sama, tetapi cepat dan lambatnya adalah berbeza-beza dan tidak sama. Lelaki lebih cepat terangsang dan rangsangan seks lelaki itu terus naik kemudian menurun bersamaan dengan ejakulasi. Sedangkan rangsangan seks wanita sifatnya agak lambat dan naik turun, maka suami hendaklah pandai memberikan rangsangan bagi isterinya dalam bersetubuh itu sehingga isteri itu dapat pula mencapai kepuasan dipihaknya.
 
Persetubuhan yang memuaskan hati bagi suami isteri ialah apabila dapat mencapai kemuncak secara seimbang dan berejakulasi bersama-sama. Hal ini amat jarang terjadi. Yang sering terjadi adalah suami sudah sampai kemuncak, sedangkan rangsangan seks isteri belum lagi timbul. Itulah yang merupakan kekecewaan bagi isteri. Suami pun sebenarnya apabila bersetubuh terlalu cepat ejakulasi. Suami tentu tidak pernah dapat menggambarkan betapa kecewanya hati si isteri apabila siisteri kurang merasa kenikmatan dalam melakukan hubungan seks itu.
 
Oleh itu demi kepuasan bersama, maka hendaknya bila suami isteri hendak melakukan hubungan seks, jangan terus bersetubuh sebelum cumbu rayu dan membangkitkan rangsangan seks mereka sehingga keduanya telah siap untuk bersama-sama mencapai kemuncak dalam persetubuhan itu. Hal yang demikian sebenarnya telah diatur oleh ajaran Islam, Rasulullah SAW bersabda:

 
“Apabila bersetubuh salah seorang dari kamu dengan isterinya, maka janganlah keduanya langsung telanjang (tanpa cumbu rayu) seperti perilaku keldai, akan tetapi hendaknya didahului dengan tutur kata yang lembut dan ciuman.
(HR : Ibnu Majah)
 
Hadis tersebut diatas , dijelaskan bahawa orang yang bersetubuh dengan isterinya tanpa cumbu rayu terlebih dahulu, maka orang yang demikian itu diibaratkan dua ekor keldai yang bersetubuh. Dari keterangan hadis tersebut, maka suami isteri apabila hendak melakukan hubungan seks perlulah didahului dengan cumbu rayu, sebagai pembangkit rangsangan seks mereka berdua.
 
Apabila hal itu dilakukan secara tetap sebelum bersetubuh dan suami isteri mendapat kepuasan seks maka suasana rumahtangganya akan harmoni sekaligus terjamin pula cinta yang kekal.  
 
Suatu masa pasti akan timbul perasaan enggan atau mungkin muak untuk melakukan persetubuhan dengan pasangan yang sama dengan gaya yang itu-itu juga. Untuk membuang perasaan tersebut, maka hendaklah suami atau isteri mengubah selera dengan mengambil beberapa langkah mengetahui bentuk-bentuk dan mengetahui posisi yang baru dalam melakukan persetubuhan.
 
Ada sesetengah orang beranggapan bahawa berbuat pelbagai posisi dan macam-macam dalam jimak merupakan perbuatan yang kotor atau tidak senonoh. Padahal anggapan seperti ini adalah keliru dan salah satu sebab setelah kita mengucapkan ijab dan kabul dalam akad nikah, maka apa yang sebelumnya diharamkan menjadi halal dan bahkan diwajibkan atau disunatkan melakukan misalnya jimak.
 
Ada beberapa keuntungan atau faedah kita mempraktikkan pelbagai posisi berjimak diantara lainnya untuk menghindari terjadinya kebosanan serta dengan cara mengetahui posisi yang sesuai dapatlah setiap pasangan memperoleh kepuasan menurut selera masing-masing. Dengan mengetahui posisi yang betul juga dapat memperlambatkan proses ejakulasi bagi suami mengikut cara bersetubuh tertentu. Ini juga dapat mempercepatkan orgasme bagi isteri pada posisi tertentu. Ada juga posisi yang boleh mencegah terjadinya kehamilan mengikut bentuk bersetubuh tertentu.

 
Bersetubuh sampai kedua belah pihak mencapai kepuasan, hukumnya adalah sunat, ertinya mendapat pahala. Apabila isteri tidak puas, sehingga mencari lelaki lain untuk mencapai kepuasan seks, atau terjerumus kelembah hitam, maka suaminya mendapat dosa. Sedangkan apabila suami isteri mendapat kepuasan dalam persetubuhan oleh kerana kedua-dua pihak berusaha memuaskan pasangannya hukumnya menjadi sunat oleh kerana kedua suami isteri mendapat kebaikan dari persetubuhan itu, mendapat kepuasan, kenikmatan, kelazatan dan mendapatkan rasa cinta dan kasih sayang yang diberikan oleh pasangannya.
 
Maka memuaskan suami dan sebaliknya memuaskan isteri dalam bersetubuh hukumnya wajib. Sebagaimana juga seorang suami wajib memberikan nafkah kepada isterinya. Sebaliknya isteri wajib menghormati suaminya dan wajib melayaninya.
 
Apa yang dapat dilihat dari sudut memuaskan pasangan masing-masing bertujuan supaya kita tidak terjerumus kelembah hitam, hukumnya menjadi wajib. Ditinjau dari sudut memuaskan agar mendapat kenikmatan, kelazatan, kepuasan, hukumnya sunat sebab suami isteri mendapat kebaikan dari persetubuhan tersebut.
 
Suami isteri tentu akan merasa bahagia dan bangga bila suaminya mengatakan bahawa ia merupakan isteri yang paling hebat di dunia dan paling mengiurkan dan suami tidak dapat melupakannya walau sekejap pun. Kalau suami sudah berkata demikian maka sudah menjadi jaminan bahawa suami tidak akan lari kedalam pelukan wanita lain.
 
Semua wanita di Malaysia ini khususnya , berapa peratuskah agaknya yang tidak pernah bahagia dan puas bersama suaminya, tetapi hanya sekadar menyimpan didalam hati dan mendiamkan diri susah untuk bersuara. Kalau menyentuh tentang bab kamar tidur berapa peratuskah yang tidak berpuas hati , tetapi menganggap permasalahan itu tidak penting, menganggapnya mudah kerana kononnya cinta yang menular dihati lebih penting serta tulus sifatnya.

 
Rasulullah menyarankan bahawa jika umatnya mahu melakukan hubungan suami isteri, maka hendaklah dilakukan secara bersungguh-sungguh. Ini penting bagi lelaki atau perempuan.
 
Jimak yamg halal juga merupakan satu ibadah yang berpahala besar.
 
Sabda Rasulullah SAW:

 
“Dalam kemaluanmu itu ada sedekah.” Sahabat lalu bertanya, “wahai Rasulullah, apakah kita mendapat pahala dengan menggauli isteri kita?.” Rasulullah menjawab, “ Bukankah jika kalian menyalurkan nafsu dijalan yang haram akan berdosa? Maka begitulah sebaliknya, bila nafsu itu disalurkan di jalan yang halal, kalian akan berpahala.”
(HR: Bukhari, Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah)
 
Hubungan intim kalau mengikut Ibnu Qayyim Al-Jauzi dalam ath-Thibbun Nabawi (Perubatan ala Nabi), sesuai dengan petunjuk Rasulullah memiliki tiga tujuan:
 
1)  Memelihara keturunan dan mengembangkan umat manusia.
2)  Mengeluarkan cairan yang bila tersimpan didalam tubuh akan memudaratkan kesihatan dan bahaya.
3)  Meraih kenikmatan yang dianugerahkan oleh Allah
Ulama juga mengajar kita “ Seseorang itu perlulah menjaga tiga hal didalam dirinya iaitu;
 
1)  Jangan sampai tidak berjalan kaki agar jika suatu saat harus melakukannya anda tidak mengalami kesulitan.
2)  Jangan sampai tidak makan agar usus kita tidak menyempit
3) Jangan sampai meninggalkan hubungan seks, kerana air disumur jika tidak digunakan akan kering sendiri.

Muhammad bin Zakariya menambah,

“Barangsiapa yang tidak bersetubuh dalam jangka masa yang lama, kekuatan organ tubuhnya akan menjadi lemah, sarafnya akan menegang dan pembuluh darahnya akan tersumbat. Saya juga melihat orang yang sengaja tidak melakukan jima’ dengan niat membujang, tubuhnya menjadi dingin dan wajahnya muram.”
 
Oleh yang demikian dapatlah kita sama-sama ketahui bahawa memuaskan pasangan masing masing hukumnya adalah wajib.
 
Banyak orang diluar sana yang rata-ratanya tidak mengetahui bahawa sebenarnya berbagai-bagai posisi dalam bersetubuh yang jarang diketahui umum. Saya ada berita baik untuk anda semua terutama bagi anda yang mempunyai perasaan malu yang sangat menebal.

0 comments:

 

Template by Maya