tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Sabtu, 21 Ogos 2010

LAGU RAYA ; GIVEAWAY & CONTEST




nak join GA ni di TECIK TENIT TOMEL

Air Mata Syawal.......
Lagu ni memberi pengertian sgt dlm kepada insan~insan yg sgt mereka sayangi walaupun berjauhan / pun yg telah tiada...
pahit manis menyambut Lebaran bersama masih dlm ingatan..
walaupun jauh di mata tpi dkt di hati

pada saya lagu ini mengingatkan saya pada putri saya yang ke 4,
yang telah meninggalkan saya pada pagi raya aidilfitri 1993 ketika tu usianya 3thn 2 bulan,
w.pun dah 17 tahun berlalu,
rindu sangat pada dia...dia meninggal kerana kanser mata pada usianya 2thn 8 bulan,diusia masih kecil dia telah diduga dengan penyakit yg begitu berat...
tapi masih segar dalam ingatan saya pada dia,masih ternampak dia berlari2 sama 3 org kakak dan kwn2 dipadang sekolah,masa tu saya ddk kat Quartes T.U.D.M KUANTAN,kebetulan belakang umah saya tu sekolah, disitula tempat anak2 saya bermain,masih ternampak dia bermain layang2 lps baik dari operate buang mata sebelah kirinya,tak de rasa sakit yang ada keseronokan buat dia,apa la yg kanak2 sebesar tu tahu selain bermain dan seronok penuh jerit dan tawa...
selepas buang mata kami bawa dia jalani kimoterapi dikl,bawa dia ngan 3 org lagi kakaknya dengan menaiki bas,masa tu anak2 kecik2 lagi,kereta xde...takde peruntukkan atau bantuan tapi demi anak kami redah juga la...banyak perkara sedih yg kami tempuhi masa tempoh bawa dia kekl tuk rawatan susulan ni..hampir setahun laa...4 bulan sebelum dia pergi saya disah kan mengandung anak ke5....
selepas dari rawatan kimo dia selalu demam doktor kata antibody badannya dah lemah,kami bawa gak keklinik swasta,doktor kata xleh buat pape kerana najis nya dah itam,masa tu x faham kenapa semua Dr yang kami jumpa jawapan nya sama,kenapa xnak ubatkan...kami bawa pulak ke makcik bidan yang selalu urutkan org bersalin,bila dia tgk anak kami dia diam je,cuma kata esok lusa tu baik la,bagi air jampi je...emmm makcik ni kata esok lusa baik pulak,xtau mana satu yang betul...
seminggu sebelum raya kami kena bawa dia untuk rawatan kimo yang terakhir,suami saya je yang bawa dia dengan menaiki bas,saya hanya hantar mereka keperhentian bas,masa naik bas tu dia merenung saya dengan tajam wajahnya sayu,saya tahu dia tak mahu pergi demamnya belum sembuh,lagipun rawatan kimo ni menyakitkan,habis rambut gugur,kepala dia dah botak,bas berlalu membawa suami dan putri saya...sambil melangkah lemah saya menangis sepanjang perjalanan pulang kerumah,anak2 yang lain belum bangun lagi......
pada petang raya,kami sebuk membeli barang2 tuk persiapan raya esok,kami dah sepakat tak balik raya kerana ada perselisihan antara saya dengan mertua,masa saya ddk umah mereka tuk jalani rawatan putri kami,raya di Quartes je la dengan 2-3 kawan2 yang tak balik ke kg,masa malam raya kami sedang sebok menyiapkan juadah ,putri kami menangis je,gelisah hingga tengah malam,tak tahu apa yang dia nak,kerana keletihan akhirnya kami tertidur...
esok raya juadah dah siap masak kat dapur,putri kami tengah tidor,saya dekati dia....usap2 kepala yang tajam dengan rambut yg baru nak tumbuh dan cium dia puas2...sayu tgk dia,5 minit lepas tu dia terjaga menangis dalam pelukan saya,nafasnya turun naik dengan laju,saya kejutkan suami yang lena dalam kepenatan kerana berjaga,tanpa berlengah kami bawa anak kami kehospital ditemani kawan.....
kedengaran takbir raya di sepanjang perjalanan kehospital,umat islam beramai2 kemasjid tuk menunaikan solat sunat Aidil Fitri..
sampai di hospital diusung kebilik rawatan rapi selepas seorang Dr bertanya tentang anak kami,kami disuruh menanti di luar bersama2 ngan anak yg lain,sejam lepas tu putri kami diusung ke tingakt 8 wad kanak2...anak2 yg lain tunggu kat bawah kerana tak dibenarkan naik,saya suruh anak2 ddk satu tempat dan jgn g mana2,sampai je kat atas tu,Dr kanak2 anak saya diperiksa lagi kerana tiba2 mengalami sesak nafas,kami diam tanpa bersuara,setengah jam lepas tu DR keluar,dan mengesahkan putri saya x dapat diselamatkan lagi,hilang semangat saya dibawa pergi,saya peluk suami tuk cari kekuatan...
kami masuk kebilik terbaring kaku putri kesayangan kami kerana tak mampu melawan penyakitnya,...
dengan lafaz bismillahirrhmanirrahim ibu lepaskan kamu,muga kamu tenang disana,tunggu ibu nanti ya!!!
setelah semua urusan selesai kami bawa anak kami pulang,dirumah telah ramai yang menunggu kami,
semasa dihospital suami terjumpa kawan dan telah memberitahu yang anak kami dah tak de,...jadi dengan pertolongan pihak T.U.D.M anak kami telah dapat diuruskan dengan secepatnya,seingat saya hari itu adalah hari Jumaat,anak saya telah selamat disemadikan sebelum asar...
kalau Putri saya ada sekarang umor nya dah 19thn,sama besar dengan 3 org lg kakaknya,
setiap kali raya atau tak raya dengar lagu siti tu saya mesti teringat kan dia,tanpa sedar airmata saya mengalir...
janji Tuhan tu pasti,takkan lewat atau cepat walau sesaat pun,saya merelakan dengan ikhlas...
itu la kesah saya...
dikesempatan ini saya nak ucapkan terima kasih pada kawan2,jiran2 dan org2 yang tak dikenali yang hadir menguruskan putri saya dari awal hingga selamat disemadikan...AMIN
selamat hari raya semua..
pada kawan2 yg nak join GA ni klik sini...
berakhir pada 15SEPT2010

FIRST RAYA GIVE-AWAY FROM SECRETWHISPER BEADS



Give Away yang pertama dari SECRETWHISPER,
sempena perasmian blog bracelets
tahniah lahirkan blog ni wawa
mesti la saya nak join GA ni, nak kan sepasang simple anting2 berwarna Dark Purple tu...
cantik dan bling2....
sesiapa yang teringin gak, kena join GA ni dan jawap soalan dulu..
tarikh tutup 27OGOS2010

FABRIC GIVEAWAY BY LITTLE MAMA




LITTLE MAMA nak beramal di bulan puasa ni,alhmdulillah..cantik3
nak bagi kain2 macam kat atas tu...
nanti leh lah buat benda2 yang comel atau bag tote,

berakhir 17sept2010,lama tu..
meh lah kawan2 join GA little mama ni
lagi ramai lagi meriahkan...
follow sini dulu
little mama diary...http://littlemamadiary.com
izzah sazahly......http://www.izzahsazahly.com
Little mama's love updates.....http://littlemamababyboutique.blogspot.com
nak join KLIK SINI JE
good luck yeh!!!

GRAND OPENING GIVEAWAY by Butik Comey Sokmo"


nak join GA dari BUTIK COMEY SOKMO
nak menang kena jawap soalan dulu

a)Apa yg membuatkan anda rasa bergaya? (e.g:shawl cantik,mekap cun dll)
penampilan yang sedap mata memandang,baju yang dipakai bersesuaian dengan tempat yang nak dihadiri,pakai hijab yang kita suka,mekap dan lipstik yang nipis,.

b)Pilihan hijab (e.g:shawl,tudung awning,style cmne etc..)
saya suka tudung awning yang simple pakai dengan brooch yang comel2

c)Apa yg membuatkan anda tertarik nak beli barang dari sesebuah blog? (e.g:blog tu cantik,tuan punya blog sempoi dll)
mestilah dari blog yg tengah adakan potongan harga,
banyak barang dan pilihan,
tuan blog yang friendly dan perkhidmatan nya memuaskan hati,
pasti kita akan beli lagi nanti..

nak join KLIK SINI

5 HADIAH AKAN DIBERI KEPADA YANG BERTUAH

ANNA SUI PURSE


TUDUNG BAWAL SULAM (pink colour)


BEKAS TISU


TUDUNG BAWAL (warna merah)


CUSTOM MADE CARD

ATIQAH HOMEMADE CHOCOLATE CONTEST

coklat2 wah yummy! yummy!sape yang tak suka chocolate,emmm ada ke,.

tapi chocolate kat atiqah homemade comel2,

sekali makan pasti nak lagi,hari raya tak lama lagi kan menjelma,

jom hidangkan para tamu dengan Atiqah Homemade Chocolate...

nak rasa coklat2 buatan Atiqah ni kenalah join contest ni dulu,

nak join KLIK SINI ya!!!

berakhir pada 20SEPT2010

HADIAH-HADIAHNYA:

hanya terdapat seorang pemenang, dan pemenangnya akan menerima:

1. 30 biji coklat

2. 12 biji coklat hadiah

3. 1 biji oreo choc

SEMUANYA BERNILAI
RM 50.0o

CABUTAN BERTUAH MANJAKU SAYANG


Diadakan oleh MANJAKUSAYANG,
Sempena birthday Aleeya yg ke 3rd pada 24 ogos ,
happy b'day Aleeya muga jadi anak yang berjaya bila besar nanti ya!!!
berakhir pada 30SEPT2010,
pada kawan2 yang nak join KLIK SINI YA!!!

Selasa, 17 Ogos 2010

MEGAHASZ GIVEAWAY #3/2010.

Saya nak menang buku Wardina: Mama Saya Lapar dihttp://megahasz.blogspot.com

berakhir pada 31OGOS2010
nak join KLIK SINI
 

Template by Maya