tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Ahad, 8 Februari 2009

Buat bunga reben


Perkara asas.
Secara asasnya untuk sulaman reben,
jenis jarum yang biasa di gunakan ialah jarum Chenille dan Tapestry. Kedua-duanya bersaiz 20 untuk reben 1/4". Bezanya, Chenille bermata tajam dan jarum Tapestry bermata tumpul.

Kegunaannya bergantung kepada jenis fabrik. Bagi fabrik yang kasar, gunakan jarum Tapestry. Fungsinya untuk menolak benang fabrik untuk laluan jarum dan reben. Jika jarum Chenille digunakan untuk kain kasar, berkemungkinan struktur benang fabrik akan terkoyak dan menyebabkan fabrik rosak.

Jarum Chenille pula digunakan untuk kain yang lebih halus. Mata tajam memudahkan jarum menembusi kain.

Sekiranya reben lebih besar digunakan, tebuk lubang menggunakan penebuk lubang terlebih dahulu supaya mudah menarik reben melalui fabrik.

Saiz jarum juga pelbagai. Bermula dari saiz kecil untuk jarum yang lebih kasar kepada saiz yang lebih besar untuk jarum yang lebih halus. Saya banyak menggunakan jarum bersaiz 20 kerana lebih suka menyulam dengan reben bersaiz 1/4".




Berikut adalah keperluan asas untuk memulakan sulaman reben menggunakan reben bersaiz 1/4".

1.Tapestry Needle Saiz 20 atau Chinelle Needle No. 20 bergantung kepada jenis fabrik yang akan digunakan
2.Embroidery Needle No. 5 untuk sulaman tangkai bunga.
3.Ram (Pemidang kain)
4.Erasable Marker Pen
5.Benang Sulam DMC macam gambar kat atas untuk tangkai bunga
6.Penebuk lubang.


Yang paling penting sekali, reben! Jangan lupa untuk membeli reben. Warna reben? Terpulang, pilihlah sebarang warna. Belilah beberapa tona warna untuk satu-satu warna.

0 comments:

 

Template by Maya