tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Khamis, 28 Mei 2009


Wanita Bagaikan...


Pada suatu hari,Rasullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda,Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua dibawah sebatang pohon tamar,Fatimah terpijak pohon semalu,kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan,Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada disitu dengan nada yang sedikit marah,Rasullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita,Fatimah terkejut.


Rasulullah menyambung kata-katanya lagi,para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu tersebut dari 4 aspek.


Pertama;Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu(pada tempatnya).


Kedua:Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu,wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.


Ketiga:Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH Rabbul Alamin.


Dan akhir sekali ,semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.Oleh itu,para wanita sekelian,kembalilah kerumahmu apabila waktu senja.


Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil...


0 comments:

 

Template by Maya