tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Jumaat, 29 Mei 2009

Aku Lelaki Yang Tak Pernah Memahami Isteriku Tersayang

Pada hari pertama aku membawanya masuk ke dalam rumah yang dibelikan untuk kami diami setelah berumahtangga, isteriku mula membuka dan menutup cabinet dapur. Sambil tercungap-cungap, dia berkata:”Abang, kenapa tak ada kertas lapik rak. Macam mana nak letak pinggan mangkuk nanti?”

“Tapi kenapa? Nak buat apa?.” Lurus aku bertanya. “Nak pastikan pinggan mangkuk tu bersih bang.” Aku tidak faham bagaimana debu-debu tersebut dengan ajaibnya boleh berpindah dari pinggan mangkuk berkenaan jika ada kertas pelapik di atas para. Tapi, aku kira lebih baik berdiam diri sahaja tanpa bersoal jawab kepadanya.

Kemudian, datang satu hari di mana saya tidak menurunkan penutup tandas selepas digunakan. “Abang, kami sekeluarga (merujuk kepada keluarganya) tak pernah tinggalkan penutup tandas macam tu sahaja tau, nampak tidak sopan.” Isteriku membebel. Kali ini aku menjawab:”Tapi, dalam keluarga saya tak kesah pun,” Ingatkan habis di situ sahaja tetapi dia membalas:”Rumah keluarga abang tak bela kucing!”

Sebagaimana tambahannya, isteri kesayanganku mengajar bagaimana aku perlu memicit tiub ubat gigi dengan cara yang betul, tuala mana yang harus digunakan selepas mandi dan sudu mana yang perlu digunakan apabila menyediakan meja makan. Tak ku sangka banyak yang aku tidak tahu rupa-rupanya. Tidak, aku takkan pernah memahami isteriku.

Isteriku juga mengabjadkan segala rempah ratus di dapur, membasuh pinggan mangkuk sebelum memasukkannya ke dalam mesin pencuci pinggan yang aku belikannya semasa menyambut hari ulang tahun ke dua perkahwinan kami (aku belikan kerana semata-mata untuk menyenangkannya) dan mengasing-asingkan pakaian kotor kepada beberapa bahagian sebelum memasukkanya ke dalam mesin cucian. Aku tersenyum dan mengelengkan kepala sendirian dan cuba membayangkan......

Isteriku juga lengkap memakai pyjamas sebelum tidur sedangkan, aku tidak fikir ada sesiapa lagi yang mengenakannya sebelum beradu. Dia juga mempunyai sehelai kot yang membuatkannya kelihatan seperti Sherlock Holmes bila memakainya. “Sayang, abang boleh belikan sehelai kot baru kalau mahu,” “Tak payahlah bang, membazir. Lagipun ini pemberian nenek saya.” “Arkhhhhhh…..,”jeritku di dalam hati

Selepas kami dikurniakan cahaya mata, perangainya bertambah pelik. Setiap masa dia bersarapan pada pukul 1 tengah hari, membawa bersama-samanya ke mana-mana sebeban lampin pakai buang, bercakap menggunakan suku patah perkataan sahaja. Isteriku mengendong anak kami di rata-rata tubuhnya kadangkala di belakangnya, di hadapan, menggunakan lengannya, mujurlah tak jatuh. Pendek kata, aku tak nampak dia meletakkannya di bawah. Peliknya, bayi kami tidak pernah terlepas dari cekauannya.

Isteriku juga memilih untuk menjaga sendiri bayi kami dan begitu mengambil berat tentangnya walaupun kawan-kawannya memberitau, adalah sesuatu yang sihat untuk membiarkannya sekali sekala meraung.

“ia baik untuk paru-parunya,: kata jiran-jiran isteriku.”Lebih baik jika hatinya tersenyum,”jawab isteriku sambil mendodoikan si anak.

Pada suatu hari, teman setugasku seakan ketawa mengejek pada pelekat yang ditampal oleh isteriku di belakang kenderaan kami yang berbunyi “Menjadi ibu di rumah merupakan suatu pekerjaan yang mulia”. Tambahku “Pasti isteriku yang menampalnya” Temanku dengan nada yang agak riak berkata: “isteriku bekerja.” Sambil tersenyum aku berkata “ isteri aku juga”

Pernah, saya mengisi borang pendaftaran kad gerenti dan menandakan pekerjaan isteriku sebagai “Suru Rumah’. Alamak, silap besar. Dia sekilas pandang padaku dan segera membetulkan aku “Tolong ya bang, saya bukan suri rumah. Saya seorang ibu.” Tapi Yang, kategori tu mana wujud,” aku membela diri. “Tambahlah”,katanya. Baik puan besar, aku lakukannya, menambahkan kad gerenti itu dengan perkataan “Ibu”

Beberapa tahun kemudian, sementara aku bersiap-siap hendak keluar bekerja, aku melihat dia tersenyum meleret di atas katil. “senyum nampak..kenapa?” “Tak ada apa-apa bang. Semuanya indah belaka. Saya tak perlu berjaga malam untuk membuat susu anak-anak dan menidurkan semula kerana mimpi ngeri. Mereka pun dah tak merangkak ke katil kita untuk tidur di tengah-tengah,” ujarnya manis...

“Ohh......... namun aku masih belum memahaminya. “ini merupakan kali pertama saya dapat tidur lena dalam tempoh empat tahun” Hah? Empat tahun? Lama tu, aku sedikit pun tidak perasan. Kenapa selama ini dia sedikit pun tidak mengadu? Kalau aku lah dah lama komplen agaknya.

Pada suatu hari, dalam satu saat yang tidak akan ku lupakan, aku telah mengatakan sesuatu yang membuatkan dia menangis tersedu-sedu di kamar kami. Dia tahu aku memaksudkan permohonan maaf ku itu kerana air mataku pun mengalir sama.

“Tak mengapalah bang, saya maafkan abang” ikhlas dari hatinya. Dia benar-benar memaafkan aku. Sekalipun dia tidak pernah mengungkitinya lagi sekalipun saat dia tengah marah. Dia memaafkan dan juga melupakan

Tidak, saya tidak akan pernah memahami isteriku yang tercinta. Dan.. Anak perempuan ku makin lama makin menurun perangai ibunya, Ditakdirkan dia menjadi seperti ibunya, maka akan ada seorang lagi lelaki bertuah di dunia ini suatu hari nanti, yang berterima kasih pada rak di dalam cabinet dapurnya..."

begitulah adanya........................

0 comments:

 

Template by Maya