tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Jumaat, 29 Mei 2009


Fadhilat Hari Jumaat

Posted by Faris

Malam ini aku kesunyian dan kesepian. Lantas ku buka komputer ku dan mencari2 sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat kepada diri ku dan rakan2. Ku isikan malam Jumaat ini bagi mendapatkan sedikit ilmu bagi mengingatkan diri ku dan rakan2.

Nabi Musa AS. serta pengikutnya memiliki hari yang paling utama iaitu hari Sabtu. Nabi Isa AS pula hari Ahad, Nabi Ibrahim AS hari Isnin, Nabi Zakaria AS hari Selasa, Nabi Yahya AS hari Rabu dan Nabi Adam AS hari Khamis. Allah s.w.t. menjadikan hari Jumaat merupakan hari yang paling istimewa untuk Nabi Muhammad SAW dan umatnya kerana pada hari ini tersimpan keutamaan, fadhilat dan hikmah.

Pada hari Jumaat Allah meletakkan kelebihan yang tidak terhingga. Pada hari ini terciptanya Nabi Adam, turunnya ke bumi serta hari dimana wafatnya baginda. Pada hari Jumaat juga akan terjadinya kiamat. Hari Jumaat sangat besar di sisi Allah, bahkan lebih besar dari hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, kerana di antara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab, tidak ada tabir penghalang doa insan terhadap Ilahi.


Syeikh Abdul Qadir Jailani (SAQJ) mengatakan malam Jumaat lebih banyak dari malam lailatulqadar, ia berulang-ulang (50 kali setahun). SAQJ adalah seorang wali besar umat Muhammad, Orang Baghdad, bermazhab Hambali.

Pahala solat Jumaat seperti pahala ibadat haji bagi orang miskin.Oleh itu solat Jumaatlah walaupun musafir(tidak wajib) kerana ganjarannya sangat besar.

Bagi mereka yang solat Jumaat, gugur dosa antara satu Jumaat ke Jumaat yang lain, kecuali dosa besar.

Lelaki yang mandi di pagi hari Jumaat gugur dosa seperti bayi baru lahir. Samada mandi kerana Hari Jumaat (Mazhab Hanafi) atau mandi untuk pergi Solat Jumaat(Mazhab Syafie).

Batu dan kayu jadi saksi dan beristigfar keatas orang yang berjalan diatasnya untuk pergi solat Jumaat.Sesiapa yang memakai pakaian bersih untuk solat jumaat Allah bagi rahmat dan terima apa-apa hajat yang dikehendaki samada dunia dan akhirat.

Allah angkat seksa kubur pada hari Jumaat, malaikat tidak bertugas pada hari itu.

Nabi s.a.w. bersabda;"Tiada seorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menyelamatkan dari ujian kubur.” – Riwayat Ahmad & Attirmidzi

Pahala kedatangan Solat Jumaat

Hari Jumaat Allah hantar malaikat khas untuk duduk dipintu masjid dan menulis nama orang yang hadir sehingga khatib naik ke mimbar. Selepas itu tiada rekod kehadiran. Pahala bagi orang yang pertama datang seperti unta, selepas itu seperti lembu, kambing, ayam, burung ciak dan telur.

Sayyidina Umar diampunkan dosa kerana membebaskan burung ciak. Beliau pernah minta 1 hari dari Abu Bakar untuk menemani Nabi semasa di Gua Hira’. Abu Bakar jawab, nabi pernah memberitahu bahawa semenjak matahri naik tak ada yang lebih dari Umar. Kalau air laut jadi dakwat kering air untuk tulis kebaikan Umar. Dalam Quran ada 24 ayat yang menyokong tindakan Umar antaranya :-

  • Puak Islam yang sedikit boleh kalahkan yang banyak
  • Pendapat Abu Bakar supaya mengambil harta tawanan, manakala Umar menyuruh bunuh tawanan
  • Ayat berkenaan mesyuarat, azam dan tawakkal

Dilangit malaikat Jibrail menjadi muazzin, Mikail jadi khatib baca khutbah kepada malaikat2 solat Jumaat. mereka hadiah pahala kepada imam2, muazzin dan umat Muhammad yang solat Jumaat kerana mereka tidak perlu pahala. Syurga itu untuk manusia.

Hukum feqah berkaitan hari Jumaat:-

Mengikut mazhab Syafie makmum yang masuk masa tahiyyat akhir kena sambung 4 rakaat lagi (buat solat zohor). Manakala mazhab lain hanya kena sambung 2 rakaat (buat solat Jumaat).

Haram jualbeli selepas azan ke2.

Puasa sunat hari Jumaat makruh, kalau hendak puasa juga mesti berangkai dengan hari lain seperti Sabtu.

Tinggal solat Jumaat 3 kali berturut-turut tanpa uzur syarie memberikan kesan pada hati dan dicop munafik.

Yang dikecualikan dari solat Jumaat ialah orang yang uzur, wanita dan musafir (walaupun 3 kali berturut, contohnya terpaksa balik setiap Jumaat menjaga ibu yang sakit di kampung).

Musafir di hari Jumaat

Walaupun ada yang mengatakan kena keluar sebelum Subuh jika hendak musafir, namun itu hanya nilaian /pendapat sahaja.

Mazhab Syafie pada mulanya mensyaratkan 12 orang untuk solat Jumaat, tapi kemudiannya apabila beliau ke Mesir, syarat itu ditukar kepada hanya 40 orang. Mazhab lain tidak mensyaratkan 40 orang, cukup sekadar 3 atau 4 orang.

Kisah wali

Ada seorang wali menangis-nangis semasa membaca khutbah. Kemudian beliau suruh anak muridnya baca khutbah(sambil pakai serban guru), anak muridnya menangis juga.

Bila ditanya tuan guru itu tidak jawab. Bila ditanya kepada anak muridnya kenapa dia menangis, dia mengatakan dia nampak binatang seperti anjing, kera dan babi datang solat. (Gambaran orang yang tidak ikhlas datang solat). Wali itu melihat dengan mata hati. Sepertimana Nabi Muhammad boleh melihat safnya dari belakang mata.

0 comments:

 

Template by Maya