TINGGALKAN LINK YA!!!
KLIK KLIK YA
Isnin, 22 Februari 2010
CINTA
Maha Suci Allah melebihkan orang-orang mencintaiNya, mencintai Kitab dan RasulNya daripada seluruh pecinta. Kerana cinta maka dicipta seluruh planet bergerak serta langit dan bumi untuk semua makhluk menurut fitrah masing-masing.
Cinta mendalam banyak mengaitkan soal hati. Hati orang yang bercinta tidak mempunyai ruang yang lapang kecuali pada orang yang dicintai olehnya. Mencintai umpama bara yang membakar kerana terlalu mengasihinya selagi nafas masih berhembus.
Cinta juga boleh membutakan hati dan juga menjadikan seseorang tuli untuk melihat dan mendengar selain orang yang dicintai. Ada yang sanggup berkorban nyawa dan harta, hanya kerana cinta. Gejala cinta ini boleh membuatkan seseorang tidak dapat tidur lena kerana mengingatkan si dia. Menjadikan edan kasmaran.
Cinta dengan pandangan yang dimuati nafsu. Ingin bersabar menghadapi diri kekasih tetapi nafsu yang terpendam menghalangi. Mencintai dengan segenap hati dan inginkan perhubungan lebih intim. Kerinduan tidak akan membara sekiranya orang yang dicintai tidak merindukanmu.
Jangan terlalu mencintai kerana cinta boleh membuatkan seseorang itu merana, derita dan binasa apabila ditinggalkan, apabila didustai... Kehidupan ini hanya sesaat lalu sirna Semua pergi dan nyah entah kemana... Ada yang sakit kerana cinta dan berakhir dengan kegelisahan dan kesedihan akibat didustai. Cinta yang dibawa pergi oleh kekasih yang mendustai. Yang ada cuma penyesalan, kesedihan yang terpendam di dalam hati dan membakar dengan lidahnya dengan perkataan-perkataan yang menyakitkan hati.
Jika cinta tumbuh kerana kesesuaian dan kesepadanan, maka cinta itu akan menjadi teguh dan kuat. Cinta akan mudah sirna sekiranya orang yang mencintaimu itu mempunyai tujuan tertentu dan tidak ikhlas. Disebabkan sikap yang menyakiti hati boleh melunturkan rasa cinta dan cinta itu akan terus sirna.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan