Ada ulama yang membahagikan masa yang tertentu dalam melafazkan zikir-zikir menurut masa atau hari.Walaupun begitu berzikir dan berdoa kepada Allah tidak mengenal
batas dan waktu yang boleh kita kerjakan bila-bila masa saja dan dimana sahaja asalkan bukan tempat-tempat yang makruh melafazkannya seperti dalam tandas dan sebagainya.
Zikir-zikir yang diamalkan dengan jumlah tertentu dengan hari tertentu ini mungkin disusun untuk memudahkan orang awam melatih diri dalam memperbanyak zikir kepadaNya. Diantaranya:
Hari Ahad: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
Hari Isnin: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
Hari Selasa: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
Hari Rabu: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
Hari Khamis: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
Hari Jumaat: Ya Allah ( 1000 X )
Hari Sabtu: La ilaha illallah ( 1000 X )
Rahsia Khusyuk Dalam Solat
Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
• 1. bertaubat
• 2. menyesali dosa yang dilakukan
• 3. tidak tergila-gilakan dunia
• 4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
• 5. tinggalkan sifat berbangga
• 6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
• 7. meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku rukun dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim
0 comments:
Catat Ulasan