Cinta itu keperluan hati dan seks pula keperluan nafsu tapi kedua-duanya mempunyai kaitan yang kuat antara satu dengan yang lain. Sesetengah pihak cuba menjadikan cinta sebagai jambatan untuk mendapatkan seks. Jarang sekali orang menggunakan seks sebagai cara untuk mendapatkan cinta (kecuali yang terlalu ‘Desperado’).
Sebagai pasangan yang selalu ingin membuktikan kejujuran dan kesetiaan, mereka ini akan mudah kecundang. Kerana tak mahu pasangan mereka berkecil atau berubah hati mereka sanggup menyerah. Bukan ingin menghentam lelaki tetapi yang selalu mengambil kesempatan terhadap isu sayang dan cinta ini adalah kaum Adam. Pernahkah kita terdengar cerita dirogol teman wanita sendiri? Tak salah kalau kita menyayangi seseorang tapi janganlah terlalu taksub kerana yang rugi nanti adalah diri kita sendiri bukannya mereka dan keluarga mereka.
Bila menyentuh isu cinta ramai yang jadi mangsa dan kebanyakannya ialah kaum Hawa. Tak dinafikan kaum Hawa kaum yang lemah tapi beringatlah wahai kaum Adam, anda belum terkena buku dengan ruas. Tambahan lagi di zaman yang serba cyber ini pasangan yang sanggup menunggu untuk diijabkabulkan merasa the real honeymoon boleh dibilang dengan jari. Itu semuanya beralaskan cinta.
‘The Conquerer’ adalah gelaran yang paling sesuai untuk mereka yang menjadikan seks sebagai jalan paling mudah untuk menakluki seseorang! Sepatutnya mereka-mereka ini ditembak dengan senapang gajah! Janganlah menjadikan alasan cinta sebagai penyebab untuk mendapatkan apa-apa pun ianya sungguh tak adil untuk sesetengah pihak. Cinta sepatutnya dijadikan sesuatu yang sungguh indah untuk dikenang, bukan sebagi bahan untuk menangis dikala teringatkan kenangan lama.
Walau apa pun cintailah diri anda dahulu sebelum anda menyintai orang lain kerana diri anda adalah zat anda.
0 comments:
Catat Ulasan