tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Isnin, 6 Disember 2010

DOA KHUSUS ELAK ROGOL DAN CABUL : AMALKAN YA!!A

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

http://www.zaharuddin.net/

Sabtu, 30 Oktober 2010

TIP UNTUK CANTIK!

Buat kat Rumah je.. Senang & Murah!

Nak share ape yang senang dan murah ni?
Penjagaan muka la.. Lakukan sendiri di rumah!
Sebenarnya apa yang ade kat dapur dan peti sejuk rumah kita,
tu boleh digunakan sebagai bahan,
untuk mencantikkan wajah dan mencantikkan kulit.

Untuk kulit muka yang halus

Kisar sebiji tomato masak.
Lumurkan kat muka 20 minit.
Then bersihkan muka dengan air suam.


Untuk tegangkan kulit

Hancurkan timun sehingga lumat.
Campurkan timun tu dengan tepung ubi kayu.
Then campur sikit dengan air (jangan terlalu cair tau).
Sapu kat muka, biarkan kering.
Pastu bilas dengan air bersih la ye.


Untuk hilangkan jerawat

Campur asam jawa
(lebihan yang korang guna kat rambut, cam petua yanie) dengan bedak sejuk mak korang.
Tak pun tumbuk sikit kulit kayu manisdan campur dengan bedak sejuk. Lumur kat bahagian muka yang ade jerawat.
Bangun pagi, cuci la dengan air bersih.


Untuk elak kulit berkedut


Bersihkan sebatang lobak merah, then parutkan.
Campur parutan lobak dengan sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.
Kacau sebati (macam masak pulak) dan sapu kat muka.
Amalkan sehari sekali.



Untuk hilangkan parut


Amek beberapa helai daun senduduk,
upar-uparkan hingga keluar air dan gosok daun pada parut.
Tak pun campurkan airnya dengan bedak sejuk mak korang.
againnn..



Untuk kulit gebu dan licin


Amek segelas susu segar, sapu pada muka,
gosok-gosok sampai rata, melekit dan kering.
Cuci dengan air suam.
Lakukan dua kali seminggu.



Yess.. U can try this at home!!
kedit tuk

Rabu, 27 Oktober 2010

DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN



Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran samada dari buku atau nota)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul

serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"



.......................................................................................


Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

.......................................................................................

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan
(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

.......................................................................................

Doa memohon kejayaan cemerlang -
(Dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.)


(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'

dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh


Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda. Selepas solat berdoa kepada Allah SWT semuga mendapat kejayaan dariNya.

PERSEDIAAN MENTAL

Malam Peperiksaan

1. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.
2. Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.
3. Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.

Pagi Sebelum Peperiksaan

1.Jangan lupa ambil sarapan pagi.
2. Jangan lupa bawa kad pengenalan,slip peperiksaan anda.
3.Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
4..Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.
5.4.Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
6.Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
7.Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.

MEMULAKAN PEPERIKSAAN

1.Dengar arahan pengawas peperiksaan.
2.Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.
3.Lihat semua soalan.
4.Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
5.Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
6.Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.


Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakalah kepada Allah SWT, InsyaAllah anda pasti berjaya...

KEDIT TUK resepirahsiaku

Jumaat, 22 Oktober 2010

BUAH LYCHEE (TIN) YANG ADA LEMAK KHINZIR

Jumpa info ni kat SINI



KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings

"Narcissus" adalah tanda mapan dan terkenal yang berkaitan dengan makanan berkualiti China tin dan bumbu seperti cendawan utuh, tombak asparagus, laici, kubus daging babi dibumbui, daging babi direbus dll pelbagai produk makanan "Narcissus", yang sangat menuntut baik di banyak bahagian dunia, termasuk:
Daging Kalengan
Canned Seafood
Buah-buahan Kalengan
Kalengan Sayuran
Bumbu

di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yang lain, untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website

http://www.halaljakim.gov.my/


Khamis, 14 Oktober 2010

BAHAGIANYA DAPAT BOYFRIEND MACAM DIA

Saya suka tengok jari awek saya... Cantik betul...

Sungguh! Sampai takut nak pegang...

Bukan takut patah... Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya... Cantik betol...

Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung... Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak.... Tapi takut nanti terbakar dek api neraka Di suatu hari yang giler forever

Saya suka tengok body awek saya... Cantik betol...

Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekong Supaya mase dia jumpa dengan Kekasih dia Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...

Saya sedih tengok awek saya Tak tido, tak makan rindu kat saya... Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama.. Dia tanya apa ubatnya?

Saya pun bagi dia Quran untuk penenang jiwa...

Semoga lebih cintakan Nya dari saya...

Saya sedih tengok awek saya Selalu pesan macam-macam kat saya...

"Makan, minum, drive elok-elok tau..

Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla" katanya...

Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu Die tak kata satu apa pun... Berdosanye saya....

Kesimpulannya saya memang sayang dia...

Nak jumpa dia giler forever... Yang forever punye forever...

Di dunia dan akhirat terutamanya, Janji nak share heaven sama-sama...

Bahagia selamanya...

Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti...

Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...

Semoga kami menginsafi diri... Ya Allah ampunkanlah kami....

Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...

P/S - andai anda seorang wanita muslimah...

Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu...

Then kalu anda seorang muslim...

Apa kata tanamkan dalam hati camtu...

Cinta tu anugerah Allah...

Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye...

Semoga saya pun ambik iktibar jgak...

Wassalam 

 

Template by Maya