tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Selasa, 13 Januari 2009

Kucup anak setiap hari...

Artikel dari metro rabu, 14 jan 09.

Keluhan buat anak berasakan mereka beban kepada ibubapa.

Anak adalah harta yang tidak ternilai dalam rumahtangga.Justeru,Islam memerintahkan ibubapa menanamkan nilai murni dalam diri anak sebaik saja mata sikecil
terbuka melihat dunia.
Pada zaman serba mencabar ini,banyak faktor yang boleh mempengaruhi jiwa dan
pemikiran anak-anak.
Pakar dalam perilaku kanak-kanak,Robert D Ramsey, berkata untuk mempertingkatkan
potensi anak,lakukan panduan ini;
A. Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik.Nama panggilan kurang baik
akan menyebabkan anak malu dan rasa rendah diri.
B. Berikan anak pelukan setiap hari kerana ia memberikan kekuatan kecerdasan.
C. Pandang anak dengan pandangan kasih sayang,Ia membuatkan anak lebih yakin.
D. Berikan perangsang setiap kali anak berbuat baik misalnya pujian,ciuman,hadiah
atau senyuman.
E. Jangan mengharapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik
secara berterusan.Mereka hanya kanak-kanak yang sedang membesar,perkembangan
mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan
kesilapan.
F. Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga.
G. Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak,jangan mengeluh.Keluhan akan membuatkan
anak merasakan diri mereka beban kepada ibubapa mereka.
H. Dengar cerita anak anda,tunggu giliran anda untuk bercakap.
I. Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.
J. Lakukan sedikit persediaan untuk anak menyambut hari lahirnya,sediakan hadiah
yang unik walaupun harganya murah.
K. Luangkan masa bersama anak di luar rumah,pegang tangan anak-anak apabila berjalan
dengan mereka.Mereka tentu akan merasa pentingnya kehadiran ibubapa mereka.
L. Hargai permainan kesayangan anak.Pada masa sama,mereka juga akan menghargai
barang kesayangan anda.
M. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat kerumah.Anak akan belajar bahawa
kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
N. Terimalah keadaan anda bukan ibubapa sempurna.Ini akan mengurangkan tekanan
menjadi ibubapa.
Menjadi ibubapa yang sempurna dimata anak-anak dan masyarakat adalah amat
susah sebenarnya...tapi sebagai ibubapa kita cuba jadi yang terbaik pada mereka,
walaupun susah kita cuba dan terus mencuba....Insyallah akan menjadi jua...

0 comments:

 

Template by Maya