TINGGALKAN LINK YA!!!
KLIK KLIK YA
Ahad, 25 Januari 2009
Bunga Mawar Dalam Kecantikan.
Bunga yang digelar sebagai lambang cinta ini sememangnya menjadi pilihan dalam dunia kecantikan.Di spa dan pusat kecantikan,bunga mawar merupakan antara bunga pilihan untuk proses aromaterapi.Khasiat haruman flora mampu membangkitkan kesegaran dan perasaan yang menenangkan. Selain itu,kelopak bunga mawar turut digunakan sebagai salah satu daripada variasi bunga dalam mandi bunga khususnya buat bakal pengantin. Ternyata,bunga mawar umpama senjata dalam dunia kecantikan.
KHASIAT BUNGA MAWAR DALAM KESIHATAN.
Bukan sekadar cantik dipandang,malah bunga mawar turut mempunyai khasiatnya tersendiri.Baunya yang harum mampu melancarkan peredaran darah sekali gus mencairkan bahagian tubuh yang mengalami penggumpulan darah.Bunga mawar juga dipercayai berguna untuk melancarka menstruasi yang tidak teratur serta mengatasi sakit perut.
Khasiat sari bunga mawar juga berkesan untuk menghaluskan dan menyegarkan kulit.Seperti coklat juga,aromanya yang harum mampu menghilangkan depresi.Jesteru,tidak hairanlah bunga mawar digunakan di spa mahupun pusat kecantikan sebagai rawatan bagi menyegarkan tubuh badan.
Malah menurut kajian yang dijalankan sekumpulan penyelidik Jerman,mencium bau-bauan yang kuat,seperti bunga mawar,boleh menyegarkan semula daya ingatan mereka yang mudah lupa.Para penyelidik turut mendapati bau-bauan lembut seperti haruman bunga-bungaan boleh merangsang ingatan baru dalam otak manusia semasa mereka tidur.
UBATI JERAWAT DENGAN BUNGA MAWAR.
Tahukah kawan-kawan bunga mawar juga berguna mengubati jerawat?Mudah saja caranya,rebus bunga mawar secukupnya dengan sedikit air.Setelah itu,ambil air mawar sebanyak dua senduk dan campurkan dengan satu senduk teh.Oleskan pada kulit wajah yang terkena jerawat sebelum tidur.Amalkannya dua kali dalam seminggu,kesan jerawat pada wajah kamu pasti hilang.
BUAT SENDIRI ESEN MAWAR.
Kawan-kawan tidak perlu berbelanja lebih membeli esen sebagai pelengkap haruman di bilik.Saya temui caranya,kini tugas kawan-kawan pula melakukannya.Pilih variasi mawar
yang sangat harum seperti jenis papa meilland atau buff beauty.Keringkannya dan ambil daun kelopak bunga sahaja.Buang putik bunga yang berwarna putih kerana ia memberi rasa pahit.Masukkan daun kelopak bunga kedalam botol.Titiskan bersama minyak pati dan biarkan ditempat tertutup selama enam minggu atau lebih sehingga aroma mawar keluar.
BERENDAM DENGAN BUNGA MAWAR.
Masukkan kelopak bunga mawar dalam air rendaman yang dicampur baby oil.Ia berfungsi
menghaluskan kulit malah lebih berkesan daripada aplikasi losen.Berendamlah selama 30
minit dan rasai ketenangan aroma bunga mawar.Bangkitkan mood dengan titisan minyak pati bunga mawar dalam air rendaman,pasti tubuh terasa segar dan lebih relaks...
selamatlah mencuba kawan-kawan...terasa segar dan wangi sepanjang hari...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan