tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Jumaat, 29 Mei 2009

Talkin

Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia.
Masa baca tu, pada tulisan biru muda tu sebut nama sendiri yer....,
kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah..
WALLAHU A'LAAMM.


Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai
SAYA BinIBU SAYA, wahaiSAYA BinIBU SAYA, wahaiSAYA BinIBU SAYA
, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai
SAYA BinIBU SAYA
, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai
SAYA BinIBU SAYA
, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar, janganlah takut dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:


Allah Taala Tuhanku,


Muhammad nabiku,


Islam agamaku,


Kitab suci Al-Quran ikutanku,


Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".


Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.


Insaflah wahai
SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.


Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.


Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.


Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.


Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut" Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."


Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"


Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."


Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya:


TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:


1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.


Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:


Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:


"Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga.


Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.


"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.


Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."


*Sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. "Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237



"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"



Firman Allah :
"Dialah (Allah SWT) yang mentakdirkan adanya mati dan hidup, - untuk menguji kamu,

siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya; dan Ia Maha Mengetahui.

Asalnya Kejadian Neraka...

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....


Luasnya Neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:

Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat



Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..


SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

Sumber dipetik dari : http://www.fiq-life.blogspot.com/

Gambar Zul Huzaimy Bahagia Dengan Isteri Dan Anak



Siapa yang tidak kenal dengan Zul Huzaimy, pelakon yang tidak asing lagi dengan watak antagonis iaitu watak jahat di dalam sesebuah cerita. Melihat lakonan dia dalam filem seperti, Impak Maksima, Rempit dan Anak Halal, mampu membuatkan anda menjadi betul-betul sakit hati dengan dia. Namun hakikatnya, kita perlu sedar, kadang-kadang kerana dek kehebatan pelakon tu membawa watak, kita membeci dia tanpa kita sedari.. Dan yang ini adalah gambar kemesraan keluarga Zul yang sudah lama tidak berada di muka hadapan media-media tempatan.




Comelnya anak dia...
Assalamualaikum


BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM .......adalah sangat singkat namun kadangkala 
sangat sulit untuk di ucapkan. Dalam hadis Rasullullah dikatakan: 

Barang siapa yang membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali 
sebelum tidur maka: 

1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak. 
2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam. 
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.. 
4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan.. 

Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM 
setiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan mengunci 
pintu/almari, menaruh dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai 
pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll. 
Pokoknya selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM pada saat akan melakukan 
sebarang aktiviti. 

Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan akhirnya 
terlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya tersebut. Lalu suatu 
ketika sang suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan: "Wahai 
isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik." 

Lalu sang isteripun menerimanya dengan mengucapkan 
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan membuka almari dengan mengucapkan 
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan 
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkan 
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM. 

Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka sang 
suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut. 
Lalu ia kembali ke rumah dan ketika isterinya pulang dia pun meminta kepada 
isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu lalu. 

Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan 
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan 
emas tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah (air 
laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya. 

Melihat emas tersebut basah sang isteri pun menjadi bingung dan bertanya 
kepada suaminya, lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar dan setelah 
itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia (suami) telah membuang 
emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri dengan tujuan untuk 
mengetahui manfaat dari BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM. 

Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat 
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya 
iaitu: 

Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ketika kita akan 
mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru maupun 
yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak 
digunakan oleh makhluk lain (gol. Jin), ini dapat kita lihat apabila kita 
menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidak 
nyaman. Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah pengaruh lembab 
ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakan 
oleh makhluk lain dengan cara mereka. 

Keutamaan kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah lebih untuk kaum wanita 
(pria juga) karena banyak juga dari golongan wanita yang tanpa disedari 
olehnya sendiri (wanita tersebut) bahawa dia telah melakukan hubungan 
fizikal dengan golongan jin. Mungkin terdengar tidak masuk akal namun ini 
benar adanya. Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah membiasakan diri 
untuk membacanya. 

Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat kita 
peroleh dari mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti 
kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai dapat 
membiasakan diri untuk mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam 
melakukan aktiviti kita sehari-hari. 

T olong anda kirimkan artikel ini kepada sesama Muslim, 
baik keluarga, sahabat dan siapa saja yang anda kenal atau silakan cetak 
untuk bacaan keluarga di rumah. 




KEAJAIBAN AL-QURAN SECARA STATISTIK

Keseimbangan antara jumlah bilangan kata dengan antonimnya (lawannya).
Beberapa contoh, di antaranya:

 Al-hayah (hidup) & al-mawt (mati), masing-masing disebut sebanyak 145 kali
 Al-naf' (manfaat) & al-madharrah (mudarat), masing-masing sebanyak 50 kali
 Al-har (panas) dan al-bard (dingin), masing-masing 4 kali
 Al-solihat (kebajikan) dan al-sayyi'at (keburukan), masing-masing 167 kali
 Al-Thumaninah (kelapangan/ketenangan) dan al-dhiq (kesempitan/kekesalan),
masing-masing 13 kali
 Al-rahbah (cemas/takut) dan al-raghbah (harap/ingin), masing-masing 8 kali
 Al-kufr (kekufuran) dan al-iman (iman) dalam bentuk definite, masing-masing 17 kali
 Kufr (kekufuran) dan iman (iman) dalam bentuk indifinite, masing-masing 8 kali
 Al-shayf (musim panas) dan al-syita' (musim dingin), masing-masing 1 kali

Keseimbangan jumlah bilangan kata dengan sinonimnya/sama maknanya.

 Al-harts dan al-ziro'ah (membajak/bertani), masing-masing 14 kali
 Al-'ushb dan al-dhurur (membanggakan diri/angkuh), masing-masing 27 kali
 Al-dhollun dan al-mawta (orang sesat/mati [jiwanya]), masing-masing 17 kali
 Al-Qur'an, al-wahyu dan Al-Islam (Al-Quran, wahyu dan Islam), masing-masing 70 kali
 Al-aql dan al-nur (akal dan cahaya), masing-masing 49 kali
 Al-jahr dan al-'alaniyah (nyata), masing-masing 16 kali

Keseimbangan antara jumlah bilangan kata dengan jumlah kata yang menunjuk kepada akibatnya.

 Al-infaq (infak) dengan al-ridha (kerelaan), masing-masing 73 kali
 Al-bukhl (kekikiran) dengan al-hasarah (penyesalan), masing-masing 12 kali
 Al-kafirun (orang-orang kafir) dengan al-nar/al-ahraq (neraka/ pembakaran),
masing-masing 154 kali
 Al-zakah (zakat/penyucian) dengan al-barakat (kebajikan yang banyak),
masing-masing 32 kali
 Al-fahisyah (kekejian) dengan al-ghadhb (murka), masing-masing 26 kali.

Keseimbangan antara jumlah bilangan kata dengan kata penyebabnya.

 Al-israf (pemborosan) dengan al-sur'ah (ketergesa-gesaan), masing-masing 23 kali
 Al-maw'izhah (nasihat/petuah) dengan al-lisan (lidah), masing-masing 25 kali
 Al-asra (tawanan) dengan al-harb (perang), masing-masing 6 kali
 Al-salam (kedamaian) dengan al-thayyibat (kebajikan), masing-masing 60 kali.

Di samping keseimbangan-keseimbangan tersebut, ditemukan juga keseimbangan khusus.

Kata yawm (hari) dalam bentuk tunggal sejumlah 365 kali, sebanyak hari-hari dalam setahun. Sedangkan kata hari yang menunjuk kepada bentuk plural (ayyam) atau dua (yawmain), jumlah keseluruhannya hanya tiga puluh, sama dengan jumlah hari dalam sebulan. Dalam erti kata lain, kata yang bererti 'bulan' (syahr) hanya terdapat dua belas kali, sama dengan jumlah bulan dalam setahun.

Al-Quran menjelaskan bahawa langit ada tujuh." Penjelasan ini diulanginya sebanyak tujuh kali pula" yakni dalam ayat-ayat Al-Baqarah 29, Al-Isra' 44, Al-Mu'minun 86, Fushshilat 12, Al-Thalaq 12 Al-Mulk 3, dan Nuh 15. Selain itu, penjelasannya tentang terciptanya langit dan bumi dalam enam hari dinyatakan pula dalam tujuh ayat.

Kata-kata yang menunjuk kepada utusan Tuhan, baik rasul (rasul), atau nabiyy (nabi), atau basyir (pembawa berita gembira), atau nadzir (pemberi peringatan), keseluruhannya berjumlah 518 kali. Jumlah ini seimbang dengan jumlah penyebutan nama-nama nabi, rasul dan pembawa berita tersebut, yakni 518 kali.

Kata lautan (al bahar) disebutkan 32 kali sedangkan kata daratan (al bar) disebutkan 13 kali. Jika dijumlahkan perkataan yang berkaitan tentang 'lautan' dan 'daratan' adalah 45 perkataan. Seperti pengiraan berikut:
Lautan : 32/45 X 100% = 71.11111111%
Daratan : 13/45 X 100% = 28.88888888%

Kini telah kita ketahui peratusan bagi 'Lautan' dan 'Daratan' di dalam dunia ini sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab suci Al Quran.



[Quran 3:59]
Sesungguhnya persamaan 'Isa' di sisi Allah seperti persamaan 'Adam'.
Kata 'Isa' dan 'Adam' sama-sama muncul 25 kali.

[Quran 6:50]
... Apakah sama 'orang yang buta' (al-a'ma) dengan 'orang yang melihat' (al-bashir)? Maka apakah kamu tidak memikirkan(nya)?
Jumlah kemunculan (al-a'ma_) = 8
Jumlah kemunculan (al-bashir) = 9

... Adakah sama orang buta dan yang dapat melihat, atau samakah gelap gulita
(adz-dzulumat) dan terang benderang (an-nuur) ..."
Jumlah kemunculan (adz-dzulumaat) = 14
Jumlah kemunculan (an-nuur) = 13

Apa yang dipaparkan ini bukanlah suatu kebetulan yang tidak disengajakan. Tetapi, inilah yang telah Allah s.w.t. programkan untuk kita sama-sama berfikir akan bukti kekuasaanNya.
 SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR 


" Kasih sayang yang baik kepada manusia adalah separuh daripada akal, bertanya dengan baik adalah separuh daripada akal dan pandai mengatur dengan baik adalah sebahagian daripada kehidupan.
<>

" Sesunggunya Islam adalah suatu kenikmatan dunia yang sudah cukup untukmu, sesungguhnya taat itu adalah suatu kesibukan yang sudah cukup untukmu, dan sesungguhnya mati adalah suatu peringatan yang sudah cukup untukmu. "
<>

" Ramai orang terpedaya oleh kenikmatan, ramai orang terfitnah oleh pujian & ramai orang yang tertipu kerana dimaafkan (manusia merasakan bahawa dia dimaafkan apabila tidak mendapat balasan di dunia).
<>

" Barangsiapa yang tidak mempunyai sopan santun, maka dia tidak mempunyai ilmu,
Barangsiapa yang tidak mempunyai kesabaran, maka dia tidak mempunyai agama, &
Barangsiapa yang tidak mempunyai kewarakan (patuh pada perintah Allah & tinggal segala laranganNya), maka dia tidak mempunyai kedudukan di sisi Allah s.w.t. "
<>
¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬-¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬______________________________________________________________________________________________________

Antara nasihat Rasulullah s.a.w. kepada Saidina Ali :


" Tidak ada kefakiran yang lebih hebat daripada kebodohan,
Tidak ada harta yang lebih berharga daripada akal,
Tidak ada kesepian yang lebih sunyi daripada ujub,
Tidak ada kekuatan yang lebih hebat daripada musyawarah,
Tidak ada kewarakan yang lebih baik daripada menahan diri,
Tidak ada keindahan yang lebih indah daripada akhlak terpuji, &
Tidak ada ibadat melainkan tafakkur…

Bahawa segala sesuatu itu ada penyakitnya,
 penyakit bicara adalah bohong,
 penyakit ilmu adalah lupa,
 penyakit ibadah adalah riak,
 penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri,
 penyakit pemurah ialah menyebut-nyebut pemberian,
 penyakit bangsawan adalah bangga,
 penyakit malu adalah lemah,
 penyakit mulia adalah menonjol diri,
 penyakit kaya adalah kikir & berlebih-lebihan,
 penyakit agama adalah hawa nafsu. "

Wallahua’lam. 
 

Template by Maya