tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Rabu, 1 April 2009

Tips perkahwinan...


Kutujukan entri ini kepada para pembaca blog ini samaada yang sudah atau belum berkahwin.

Selamat melangkah ke alam kehidupan, Semoga kalian berdua bersatu hati, bertolong bantu, bertolak ansur dan berbahagia selalu…

Semoga kalian dapat membina rumahtangga bahagia dan mendapat keberkatan serta keredhaan daripada Allah SWT.



Renungkanlah apa yang aku ingin sampai ini : -

•(1) Awak perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.
•Surah Al-Furqan ayat 74 :-“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunankami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa.”
(2) Awak perlu juga sedar dan faham bahawa perkahwinan awak dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa, perkahwinan awak tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah awak lakukan kearahnya.

Awak juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan awak terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila- bila masa yang dikehendakiNya.

Sebagai seorang yang beriman dengan qoda’ dan qadar Allah, awak hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh awak dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

Allah berfirman dalam surah Al-An’am ayat 17 :-
“Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

•(3) Perkahwinan itu menggariskan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka.
•Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara’, memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.
•Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur’an dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia.
•Awak seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati pasangan awak sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah SWT.
(4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya.

Firman Allah yang bermaksud :-
“Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri- isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” [Surah At Taubah, 24]

Oleh itu awak mestilah memahami kedudukan awak di sisi pasangan. Awak bukanlah pihak yang pertama di hati pasangan awak.

Bagi suami, selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibu bapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga.

Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa.

Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, awak seharusnya tolong menolong di antara suami isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya.



•(5) Awak haruslah ingat bahawa pasangan awak adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Awak juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan awak melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.
(6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain.

Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas, begitulah pentingnya awak kepada pasangan awak. Sebagai pakaian, awak diperlukan setiap masa oleh pasangan awak untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan.

Oleh itu awak perlulah menjadikan diri awak sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.

•(7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara awak dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijab kabul bukan sahaja menjadikan awak suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini.
•Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama.
(8) Awak perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan awak. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan maksud:-

“Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya.”

Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan. Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-

“Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami.”

•Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan ’sedangkan lidah lagi tergigit’. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam.
•Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik.
•Walau bagaimanapun sesiapa yang marah ini perlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan.
•Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lain akan menambahserikan rumah tangga.
•Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diujiakan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya.
•Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga.

"Selamat pengantin baru"
Sedikit renungan…
Seorang gadis yang terlalu istimewa, cantik paras rupanya, mulia akhlaknya, terjaga maruahnya oleh iman & taqwa kepada Allah SWT, mempunyai nasab yang paling bersih, suci & tinggi kedudukannya di mata manusia & disisi Tuhannya. Anak perempuan seorang nabi. Dialah Fatimah al-Zahra’, puteri Rasulullah SAW, wanita yang paling dikasihi & dilindungi.

Tahukah awak apakah persiapan majlis kahwin Fatimah al-Zahra’ dengan Saidina Ali bin Abi Talib ?

*alat menggiling gandum
*bantal yang di isi daun-daun kering & biji kurma
*alat penumbuk
*sebuah bekas air
*kulit yang di samak
*sebiji pinggan

Abu Bakar menangis ketika melihat keadaan persediaan perkahwinan puteri Rasulullah SAW itu.

Beliau bertanya, ” Ini sajakah bekalan untuk Fatimah?

Nabi SAW menjawab : “Wahai Abu Bakar ini semua sudah cukup banyak untuk orang yang masih hidup di dunia.”

Wahai pengantin yang paling agung, kemuliaan itu terletak pada hati yang beriman & amal soleh. Bukan banyaknya harta & kemewahan, keturunan @ pangkat & jawatan. Secantik-cantik pengantin adalah sepasang hamba Allah yang tunduk & taat hanya kepada-NYA.

Kepada yang sudah berkahwin, samaada baru atau lama, saya doakan semoga kita semua aman bahagia, hidup sejahtera, penuh ceria dan mendapat rahmat daripada ALLAH sentiasa…amin.

Salam mahabbah dari saya.

Sabtu, 28 Mac 2009

memori indah masa kat penang cuti sekolah tempohari...














Rahsia diSebalik Jenis Darah.

Darah yang mengalir...


Apakah jenis darah anda? A? B? AB? O?
Adakah anda percaya jika saya katakan bahawa memang ada rahsia disebalik jenis darah anda? Tahukah anda banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa jenis darah dapat memberikan gambaran tentang perangai dan sifat seseorang itu? Berikut ini saya kongsikan dengan anda RAHSIA yang terselindung disebalik jenis-jenis darah.

JENIS DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.
Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.
Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.
Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.
JENIS DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.
Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.
Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.


JENIS DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan.
Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri.
Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
JENIS DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.
Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda.
Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.
Anda percaya? Terpulanglah pada anda untuk menilainya sendiri…

Jumaat, 27 Mac 2009

Tong Hua -Guang Liang

GUANG LIANG - Tong Hua (English Translation)
Album : Unknown


I've forgotten how long it has been
since I've never again...
listened to you telling your beloved fairytale
I've thought for a long time
I start to panic
have I done something wrong?

You said to me full of tears
Inside the fairytale are all lies
I can't possibly be your prince
Maybe you can ever understand
You said I love you ever after
The stars in my sky has lightened up

I'm willing to be
that angel you love inside the fairytale
Spread up my hands
become the wings to protect you
You must believe
believe that we can be like that in the fairytale
prosperity and happiness is the ending

You said to me full of tears
Inside the fairytale are all lies
I can't possibly be your prince
Maybe you can ever understand
You said I love you ever after
The stars in my sky has lightened up

I'm willing to be
that angel you love inside the fairytale
Spread up my hands
become the wings to protect you
You must believe
believe that we can be like that in the fairytale
prosperity and happiness is the ending

I want to be
that angel you love inside the fairytale
Spread up my hands
become the wings to protect you
You must believe
believe that we can be like that in the fairytale
prosperity and happiness is the ending

I will be
that angel you love inside the fairytale
Spread up my hands
become the wings to protect you
You must believe
believe that we can be like that in the fairytale
prosperity and happiness is the ending

Let's write our ending together

Isnin, 23 Mac 2009

Another Homestay In Kuantan



No of rooms: 3
INGIN MENCARI HOME STAY DI KUANTAN DAN DEKAT DIBANDAR...
KE BANDAR KUANTAN HANYA 5 MINIT PERJALANAN, BERHAMPIRAN UIA, KWSP, IMEGRESEN,
JPN, SUKPA, TAMAN BANDAR, KEDAI-KEDAI DAN 2 MINIT DARI KUANTAN-KEMAMAN BY
PASS.
KEMUDAHAN DISEDIAKAN SEPERTI 3 BILIK TIDUR, 3 BILIK AIR, RUANG TAMU BESERTA
SOFA YANG LUAS DAN DILENGKAPI TV, PETI AIS, DAN KEMUDAHAN DAPUR.
KESELAMATAN KENDERAAN ANDA TERJAMIN.
HANYA RM 200.00 (NEG).
UNTUK TEMPAHAN AWAL SILA HUBUNGI 019-9923060 ATAU EMAIL DI
mahkota7211@yahoo.com
 

Template by Maya