tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Rabu, 29 Julai 2009

PERMATA HATI

tote boutique buat giveaway lagi jom join,mana tau rezeki kali ni...

Selasa, 28 Julai 2009

Galeri Pengantin


Salam Sejahtera Semua.
Sempena 16days Galeri Pengantin dilancarkan. Kami amat berterima kasih diatas sokongan anda dengan kami. Untuk pengetahuan, kami telah mecapai mission kecil kami iaitu ” 1000 unique visitors “ dan “10000++ views” telah mengunjungi kami dalam tempoh 16 hari. Dan dimaklumkan bahawa ada sesetengah usahawan disini telah mendapat “Customer” melalui website ini. Tahniah diucapkan!!

Maka dengan ini, kami berbesar hati untuk menawarkan hadiah yang hebat untuk anda semua dengan menyertai program GIVEAWAY di Galeri Pengantin

Apakah Hadiah yang menanti anda?

  • Pakej Iklan Tepi worth RM188 per month(Banner bersaiz 125×125 pixel) tuh yg kat sebelah kanan tuh –>
  • Banner anda akan diiklankan selama 3 bulan.

2 Pemenang menanti untuk program ini

***************************************
Siapa yang layak menyertainya?
1. Semuanya berhak menyertai dan memenangi hadiah ini.

Bagaimana cara untuk menyertai program ini?
1. Kongsi dan ceritakan “Tempat Idaman Anda Melangsungkan Perkahwinan” di blog/website anda. Tak kesah cerita pendek atau panjang.
2. Link-kan entry anda di page ini (http://galeripengantin.com/promosi/giveaway) dan nyatakan tentang program giveaway ini di blog/site anda. Bagi yg sudah kahwin. anda pun boleh bercerita juga tempat idaman anda yg tak kesampaian.
3. Tinggalkan komen dibawah berserta link ke “entry” blog/website/fotopages anda di bawah supaya kami dapat membacanya.
4. Anda boleh copy image diatas dan diletakkan bersama Post anda. (optional)
4. Itu Saja!

Contohnya,

“Saya mengidam nak langsungkan perkahwinan “di tengah2 bulatan Masjid Putraya”. Lepas tuh.. Orang ramai yg datang, samada dijemput boleh mengambil gambar dengan kami..So, terasa macam jadik artis tersohor. Lagi satu.. majlis tuh saya nak buat pada hari bekerja.. secara tak langsung, PM dan orang2 besar kerajaan boleh singgah..blabla..blabla..”

Penentuan Pemenang

1. Kami akan memilih pemenang berdasarkan kreativiti olahan cerita anda. Entry yang tidak memenuhi syarat di atas akan ditolak secara automatik.
2. Tarikh bermula adalah 28 July 2009.
3. Tarikh tutup adalah 18 August 2009
4. Keputusan pemilihan pemenang adalah ditangan kami dan ia adalah muktamad
5. Keputusan Pemenang akan di umukan pada 11 August 2009.

Selamat mencuba dan Good Luck

Related posts:

  1. Kad Kahwin Online Anda
  2. Ask Me Phographer / Gambar Orang Kelantan
  3. Mika Tee Gift
  4. Cenderahati Akamika
  5. Tetris Glass Story In One Love

Kami beroperasi di





Jom kawan-kawan join,saya tolong promote je...tak cukup syarat....
jom kawan-kaw

Ahad, 26 Julai 2009

saya sambung lagi tentang 15 tanda kematian mulia....yang ke,
6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:
"Rasulullah bersabda,maksudnya, "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad).
7. Mati kerana tenggelam.
8. Mati kerana tertimpa runtuhan /tanah.
Dalil dari dua perkara diatas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud, " Kalangan syuhadah itu ada lima; orang mati kerana wabak kolera,kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari,Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad).
9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.
10. Mati terbakar.
11. Mati kerana busung perut.
Mengenai dua perkara ini banyak riwayat dan yang palig masyhur dari Jabir bin Atik secara marfu." Kalangan syuhadah ada tujuh ; Mati terbunuh di jalan Allah,kerana penyakit kolera adalah syahid,kerana busung lapar adalah syahid,kerana penyakit perut keracunan adalah syahid,kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan ( bangunan atau tanah runtuh) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid, "(Hadis riwayat Imam Malik,Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majahdan Ahmad).
12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBG).
Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w maksudnya:" mati dijalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid,mati kerana terbakar adalah syahid,mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani).
13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak.
"Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hatranya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." Hadis riwayat Bukhari,Muslim,Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad.
14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati membela agama ( keyakinan nya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."
15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) dijalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dan seksa kubur (fitnah kubur)."
16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh.


Semoga Kematian Kita Dalam Husnul Khatimah....


15 Tanda Kematian Mulia

Tanda-tanda mati husnul khatimah ( cara yang baik).
Antaranya ialah...
1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah bersabda,maksudnya:"Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukan kedalam syurga."
2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya(dahi) berkeringat, kemudian dia berkata "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya. "(Hadis Riwayat Ahmad,an-Nasi,at-Tirmidzi, Ibnu Majah.Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dan Abdullah bin Mas'ud).
3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud;
"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada malam Jumaat atau pada hari Jumaat kecualilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur". (Hadis Riwayat Ahmad).
4. Mati syahid didalam medan perang.
5. Mati dalam peperangan fisabilillah.
Rasulullah bersabda,maksudnya:"Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid diantara kalian?
Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid
adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah."
Baginda bersabda;" Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."
Kalangan sahabat kembali bertanya:" Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai rasulullah?"
Baginda menjawap:" Sesiapa yang terbunuh dijalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam , dialah syahid," (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)


Ada lagi kawan-kawan,nanti saya sambung lagi,ada kerja yang nak dibereskan....

Binaan Taman Mini.




Alternatif bagi membuat kolam hiasan tetapi kurang kos,masa dan tenaga.


Keluasan taman terhad kadangkala membantut usaha mencipta kelainan. Binaan taman mimi antara langkah mengatasi,sekali gus mengubah suasana laman menjadi semula jadi dan terancang. Ada cara mudah mendapatkan imej taman air mini menarik dalam pasu atau bekas penanaman yang sesuai untuk tanaman air.

Ia antara alternatif bagi pemilik kediaman membina kolam hiasan tetapi kurang mampu dari sudut kos, masa dan tenaga. Ruang seperti balkoni, dek, patio antara lokasi yang sesuai untuk membina taman air.Malah lebih mudah menjaga tanaman akuatik yang ditanam di pasu atau mangkuk besar berbanding dalam kolam.

Antara kelebihan taman mini air ialah mudah dialihkan bagi mencipta suasana berbeza dan mencuri tumpuan. Kawan-kawan hanya perlu menggunakan pasu atau bekas cetek supaya lebih stabil dan luas permukaannya bagi membolehkan lebih banyak ruang untuk tumbuhan hidup selesa.

Pilihan pasu dengan permukaan dalamnya berwarna gelap seperti biru tua, coklat, hijau tua.
Taman mini sesuai dengan tumbuhan akuatik dengan dominasi tiga perempat keluasaan permukaan air.
Langkah itu dapat melindungi air daripada sejatan kerana pancaran matahari dan tumbuhan berkenaan mampu mengurangkan kesan kehadiran alga yang banyak.
Jika meletakkan pasu taman mini dibawah pancaran matahari,ia menyebabkan air mudah panas.
Sebahagian tumbuhan air boleh bertahan dengan suhu itu namun haiwan akuatik seperti ikan hiasan alah dengan keadaan itu.
 

Template by Maya