tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Selasa, 2 Jun 2009

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat

~~BAGAIMANA MEMUDAHKANNYA?~~

LALUAN MENUJU KE KUBUR 
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji 
b. Hindarkan perasaan irihati (benci) 
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia 
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL 
a. Bersihkan diri dengan bertaubat 
b. Gembirakan hati orang Mu'min 
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala


LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR 
a. Mengucap dua kalimah syahadat 
b. Suka memberi sedekah 
c. Berkata benar 
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN 
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat 
b. Sucikan perkataan dan pakaian 
c. Bersyukur dengan yang sedikit 
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN 
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia 
b. Pendekkan cita-cita dunia 
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH 
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM 
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala 
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa 
c. Berpegang teguh dengan hukum syara' 
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA 
a. Banyakkan membaca al-Quran 
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu 
c. Tinggalkan perkara yang maksiat 
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA 
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh 
b. Kasihi orang yang soleh 
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH 
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD 
a. Kasihilah Nabi ALLAH 
b. Kasihilah Rasulluah 
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH 
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH 
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH 
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH 
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH 
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya


15 Pintu Syaitan Yang Ada Di Dalam Diri Kita

:::15 Pintu Syaitan Yang Ada Di Dalam Diri Kita:::
- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

:::15 Senjata Menghalang Syaitan:::
- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

:::Rumah yang Tidak Dimasuki Syaitan:::
- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

DiDengari Mayat

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu; 
1. Keluarga 
2. Hartanya 
3. Amalnya 

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu; 
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali 
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya. 

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ... 
Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan.. 
· - Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu 
· - Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu 
· - Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu 
· - Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.'

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan... 
· - Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah 
· - Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara 
· - Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa 
· - Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara'

Ketika Mayat Siap Dikafan ...
Suara Dari Langit Terdengar Memekik,'Wahai Fulan Anak Si Fulan 
· - Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha 
· - Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah 
· - Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal 
· - Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya 
· - Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.'

Ketika MayatDiusung. ... 
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan.. 
· - Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan 
· - Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat 
· - Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.' 

Ketika Mayat Siap Disholatkan ....
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan.. 
· - Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat 
· - Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik 
· - Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.'

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat ...... 
terdengar Suara Memekik Dari Langit,'Wahai Fulan Anak Si Fulan... 
· Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini Wahai Fulan Anak Si Fulan... 
· - Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis 
· - Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka 
· - Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.'

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian.... .. 
Allah Berkata Kepadanya, 'Wahai Hamba-Ku.... . 
· Kini Kau Tinggal Seorang Diri 
· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat 
· Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap.. 
· Mereka Pergi Meninggalkanmu. ... Seorang Diri 
· Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku 
· Hari Ini,.... 
· Akan Kutunjukan Kepadamu 
· Kasih Sayang-Ku 
· Yang Akan Takjub Seisi Alam 
· Aku Akan Menyayangimu 
· Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya'.

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , '
Wahai Jiwa Yang Tenang 
· Kembalilah Kepada Tuhanmu 
· Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya 
· Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku 
· Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku'

Keberkatan Surah Al-Ikhlas



:::Ketika Memulakan:::
Kerja Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis Dan syaitan yang berada didalam tubuh Kita Dan juga di sekeliling Kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

:::Sebelum Masuk Ke Rumah :::
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan Dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah Dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu Kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.


:::Ketika Sakit :::
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya Dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

:::Khatam al-Quran :::
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama denganMembaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

:::Pahala Membacanya :::
Berkata Ibnu Abbas r.a. Bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi Dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 Dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditan ganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. Nota Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh Dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

…Wallahu a’lam

Isnin, 1 Jun 2009

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Dia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Dia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya di mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya.

Lalu ia bertanya kepada anaknya, “Apa yang kau lihat, nak?”

“Lobak, telur dan kopi”jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Dia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak.Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk menghirup kopi. Si anak tersenyum seketika, menghirup kopi dengan aromanya yang sungguh enak itu.

Setelah itu, si anak bertanya, “Apa erti semua ini, Ayah?”
Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah.
Cengkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

“Kamu termasuk yang mana?,” tanya ayahnya.
“Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui… Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau serbuk kopi?”

IKTIBAR:

1. Apakah kita merupakan lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatan diri.

2. Atau adakah kita hanyalah sebiji telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamik? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan terus menjadikan diri kita keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi adakah kita menjadi pahit atau keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

3. Atau adakah kita seperti serbuk kopi? Serbuk kopi yang boleh merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksima pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat.
Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitar juga menjadi semakin baik.

INI HAMBA CIPTAAN TUHAN

Yang wujud di waktu ini sama ada kita sedar atau tidak hanya ada dua

Yang pertama yang wujud adalah Tuhan (Allah) yang kedua wujud adalah

makhluk (hamba-hamba)

Tuhan adalah Pencipta, makhluk atau hamba adalah kena cipta

Yang ada kuasa hanya Tuhan, makhluk tidak ada kuasa apa-apa, kalau nampak pada lahirnya ada kuasa itu adalah zahir sahaja, pada hakikatnya tidak ada

Tuhan adalah bebas membuat apa sahaja, makhluk tidak ada kebebasan apa-apa

Kalau kita sedar hakikat ini, kita makhluk atau hamba hendaklah kita sedar diri demi untuk keselamatan diri kita

Tuhan bebas datangkan penyakit, kemiskinan, kejahilan, kesusahan dan sebagainya

Apa yang Tuhan timpakan kepada kita itu tidak dapat kita menyanggah atau menolaknya

Oleh itu janganlah kita hendak berlagak sebagai Tuhan, ingin bebas daripada segala-galanya, kita adalah hamba

Kalau kita hamba memang tidak ada kebebasan, ingin bebas seperti Tuhan

kita akan menderita

Daripada kita ingin bebas yang tidak mungkin bebas, bukankah lebih baik kita bersedia berhadapan dengan hakikat hidup kita yang tidak mungkin bebas itu

Daripada bersedia ingin bebas memang yang tidak mungkin bebas, kita bersedia berhadapan dengan tidak kebebasan itu untuk keselamatan kita

Yang penting pada kita kenalilah Tuhan, dapat faham kerja-kerja-Nya terhadap kita, dan faham mengapa sesuatu yang tidak kita suka itu berlaku atas diri kita

Kalau kita kenal Tuhan, faham kerja-kerja-Nya, mengapa kita diuji, kita masih rasa bahagia

Betapalah sekali-sekala tidak diuji kita dengan sebarang kesusahan lebih-lebih lagi kita bahagia

Jika kita faham Tuhan, diuji kita dengan sesuatu yang kita tidak suka,

Dia hendak ampunkan dosa kita atau hendak tinggikan darjat kita di Syurga

Wah! Bahagia rasanya kita, tenang hati kita dibuatnya, kalau tidak faham

hati kita derita mungkin sengsara

Sekali-sekala kita diberi-Nya rahmat dan nikmat, kita faham supaya kita dapat pahala bersyukur, dan dapat membuat baik kepada manusia supaya pahalanya berganda-ganda

Oleh itu dengan nikmat kita tidak bangga dan tidak sombong terhadap manusia yang menjadikan manusia benci

Jadilah kita orang yang kurang bermusuh dengan manusia

Bermusuh manusia itu terhadap kita, hilanglah kebebasan kita, padahal kebebasan itu kita suka

Sebenarnya jiwa kita akan terseksa, kita yang menimpakannya kepada diri kita, kerana kita tidak kenal Tuhan dan kerja-kerja-Nya

Kalau kita kenal Tuhan dan faham kerja-kerja-Nya masya-Allah susah dan senang menimpa kita, tetap kita gembira

Tidak bebasnya kita kalau kita faham kerja-kerja Tuhan, jiwa kita tidak akan derita

Ramai manusia yang derita dan terseksa kerana jahil tentang Tuhan dan kerja-kerja-Nya

Mana mungkin kita hamba bebas daripada sebarang yang kita tidak suka

Kita tidak mungkin bebas tapi inginkan kebebasan itulah rahsia mengapa jiwa kita derita

Janganlah menjadi orang yang bodoh menyeksa diri sendiri dari silap kita

Padahal kalau kita faham, senang dan susah, kaya dan miskin, sakit dan sihat kebaikannya kepada kita

Mengapa di waktu senang kita bangga hingga orang tidak suka

Mengapa di waktu susah kita menderita padahal ia adalah pahala untuk kita atau darjat untuk kita.


PERKARA YANG MENGGUGAT JIWA TERLALU BANYAK

Yang menggugat jiwa kita di dalam kehidupan kita terlalu banyaknya

Sedikit yang kita dapat duga banyaknya yang tidak dapat diduga

Kadang-kadang yang mengugat jiwa hingga hilang ketenangan dan kebahagiaan kita itu datang bertimpa-timpa di dalam satu masa

Jika kata pepatah Melayu “Sudah jatuh di timpa tangga pula”

Ujian - ujian yang datang adakalanya ringan adakalanya berat

Adakalanya sekali-sekala datang adakalanya sering sahaja datang menimpa

Walhasil manusia tidak terlepas daripada ujian

Ertinya di dalam kehidupan manusia hati atau jiwa manusia sentiasa sahaja tergugat dan digugat

Jiwa tidak pernah tenang sentiasa sahaja bergolak berhadapan dengan ujian

Apabila ujian datang lebih-lebih lagi jika berat pula segala apa yang ada pada kita tidak dapat mengubatnya

Tidak dapat diubat oleh harta dan kekayaan, oleh nama dan glamour, oleh pangkat, oleh kekuasaan, oleh ilmu

Setengah orang bila ditimpa dengan berbagai-bagai ujian jiwanya sentiasa gelisah dan sengsara

Dia menjadi orang yang kecewa bahkan ada yang putus asa

Biasanya berlaku kepada orang yang lemah iman atau yang tidak ada iman

Di sinilah perlunya kita mengenal Tuhan dan perlu kepada-Nya

Walaupun fitrah semulajadi jiwa manusia rasa susah dengan ujian dan penderitaan

Tapi bagi iman orang yang soleh walaupun rasa sedih terasa juga tapi tidak sampai menggugat

Dia tidak sampai hilang pertimbangan dengan mujahadahnya kelihatan tenang juga

Tapi bagi iman orang yang muqarrobin lebih-lebih lagi golongan siddiqin

Dia terasa terhibur pula dengan ujian itu

Dia merasakan bernasib baik Tuhan ada mengambil perhatian terhadap dirinya

Dia sungguh tenang dan bahagia dengan ujian itu

Ini adalah orang yang luarbiasa

Ini benar-benar orang Tuhan ahlillah atau rijalullah

Di sinilah perlunya kita mengenal Tuhan dan perlu kepada Tuhan

Tuhan adalah pengubat segala penyakit jiwa yang menimpa manusia

 

Template by Maya