tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Isnin, 20 April 2009

Tumbuhan Penawar Penyakit.

Tumbuhan Penawar Penyakit

Al-Quranul karim adalah perbendaharaan yang penuh dengan ilmu
pengetahuan . Ianya mengandungi seribu satu misteri yang perlu
dicungkil dan dikaji oleh manusia. Salah satu keistimewaan Al-Quran
ialah keterangan mengenai beberapa jenis tumbuhan yang masih menjadi
tandatanya para saintis mengenai kelebihan dan khasiatnya. Walaupun
demikian terdapat juga Hadis Rasulullah yang menyokong serta
memperjelaskan tentang kegunaan tumbuhan tersebut walaupun pada masa
itu tidak terdapat kajian saintifik mengenainya. Kebanyakan tumbuhan
tersebut adalah penawar penyakit dan ianya sangat berkhasiat untuk
manusia.

Di antara tumbuhan yang terdapat dalam Al-quran ialah:
1.Madu
2.Tin dan Zaitun
3.Kurma
4.Habbah as-sauda

ANTARA KHASIAT MADU

Madu boleh menyembuhkan penyakit yang disebabkan oleh pelbagai faktor.
* Madu dapat menyegarkan tubuh
* Madu dapat membersihkan gigi dan memelihara kesihatan nya dan
ia malah dapat mempercantikkan rambut dan memanjangkannya
* Madu boleh mengeluarkan racun
* Madu dapat mengeluarkan ubat-ubat yang tidak baik dari tubuh
dan ia membersihkan ubat-ubat itu darinya.
* Madu berfaedah untuk mengawet mayat manusia supaya tidak
berbau busuk
* Madu juga dapat membunuh kuman-kuman yang mremudaratkan tubuh
atau menyebabkan penyakit.
* Makanan yang disukai oleh pinggang dan hati
* senang dihadamkan

ANTARA PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN

* Penyakit kulit
* Terbakar
* Jerawat
* Gatal-gatal
* Luka
* Kanak-kanak lumpuh
* Kurap
* Sakit gigi
* Sakit mata
* Sakit jantung
* Selesema

BUAH TIN DAN ZAITUN

Selain daripada madu , terdapat dalam satu surah iatu surah At-Tin di
mana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan zaitun . Apakah
keistimewaan buah tin dam zaitun sehinggakan Allah bersumpah di
atasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang
fadhilat dan kelebihan buah ini.

Antaranya:
i)Riwayat dari Abu Zar r.a.
Bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak
sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda
SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari
syurga, nescaya aku katakan inilah dia.Kerana buah-buahan syurga tidak
berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan
penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

ii) Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan
buah tin kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi
Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya
selepas memakan buah larangan dalm Syurga.

KHASIAT BUAH TIN

Buah ini dapat menyembuh beberapa jenis penyakit,antaranya ialah:

* Penyakit Buasir
* Sakit-sakit dan bengkak-bengkak badan
* Batuk yang berpanjangan
* Melawas kencing

RAHSIA BUAH ZAITUN

Ianya dijadikan kayu sugi oleh para Nabi termasuklah Rasulullah SAW
sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah yang berbumyi:
“sebaik-baik kayu sugi ialah zaitun,Ia adalah pokok kayu berkat.Ia
membersihkan mulut dan menghilangkan kuning-kuningan gigi. Ia adalah
kayu sugiku dan kayu sugi para nabi sebelumku.”

Rasulullah juga bersabda yang berbunyi : “Gunakanlah minyak Zaitun
untuk masak makanan ,berminyaklah dengannya untuk rambut,badan dan
seumpama dengannya kerana sesungguhnya ia adalah daripada pokok yang
berkat.”

Dalam masyarakat moden hari ini , minyak zaitun digunakan dalam
berbagai-bagai kegunaan termasuklah dijadikan sabun mandi untuk
melembutkan kulit dan sebagai minyak rambut untuk melebatkan rambut.

KHASIAT BUAH ZAITUN

Antara khasiat buah zaitun ialah:

* Membaik pulihkan perut
* Mengeluarkan cacing
* Menjadi penawar racun
* Minyaknya menghaluskan kulit
* Minyaknya melambatkan tumbuh uban
* Menghilangkan melecur kena api.

KURMA/TAMAR

Walaupun tiada surah khusus untuk buah kurma tetapi Allah menerangkan
tentang kegunaan buah kurma dalam surah Maryam iaitu dimana Maryam
sakit ketika hendak bersalin , Allah memerintahkan Maryam dalam ayat
ke25 supaya makan buah kurma yang masak. Di sini ianya berfungsi
sebagai analgesik(tahan sakit) dan sekaligus dapat memberikan Maryam
tenaga untuk melahirkan anak.

Menurut pandangan Islam , apabila ibu yang hamil diberikan tamar,
insyaallah anak yang dilahirkan seorang yang penyabar dan bersopan
santun.Buah tamar juga disunatkan makan ketika berbuka puasa.
Rasulullah juga suka makan tamar bersama timun . Ini kerana kedua-dua
dapat mengimbangkan kedua-dua sifat tersebut iaitu dimana buah timun
sejuk dan tawar , manakala buah tamar panas dan manis.

HABBAH AS-SAUDA

Hadis Rasulullah mengenai Habbah as-sauda: Daripada Buraidah , katanya
; Rasulullah SAW bersabda ; `Pada habbah as-sauda terdapat ubat segala
penyakit, kecuali maut.’ Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam
kitad “al-tibb”,dalam himpunan hadis-hadis sahih.

Habbah as-sauda adalah sejenis rumput , warnanya hitam dan bermusim
tahunan . Ianya tumbuh di negara-negara sekitar laut tengah dan di
India.Daun-daunnya kecil serta halus, bunganya bewarna biru, buahnya
berbungkus dan didalamnya terdapat biji kecil bewarna hitam yang boleh
dijadikan ubat.Bijinya keras dan rasanya pedas. Biji ini juga boleh
dijadikan minyak.Apabila bijinya ditumbuk ianya mengeluarkan bau yang
harum.

Penyelidikan moden tentang khasiat Habbah as-sauda telah mendapati
bahawa pada biji ini terdapat ubat yang boleh mengubati sesetengah
penyakit. Antaranya ialah:
* Sepahnya boleh meringankan beban orang yang sesak nafas
* Dapat mengubati penyakit lelah dan batuk berterusan
* Mengeluarkan angin dalam perut
* Menambah ghairah seks
* Melancarkan pengeluaran darah haid ,air besar dan air kencing
* Dapat melangsingkan badan ibu-ibu dan dapat menambah air susu
bagi para ibu

Selain daripada khasiat yang di sebut di atas, masih terdapat banyak
lagi keistimewaan yang belum kita ketahui mengenai Madu ,buah Tin,
Zaitun ,Kurma dan Habbah as-sauda. Islam menggalakkan umatnya
menggunakan keempat-empat tumbuh-tumbuhan di atas agar kita dapat
manfaat dari penggunaannya.

Tanda-tanda awal Kanser...

(1) Kanser pangkal rahim - Sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - Bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairanberdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit dibuah dada.

(3) Kanser usus besar - Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafastermengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaanyg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turunberat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadilebih mendalam.

(8) Kanser otak - Sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemahatau lumpuh, pening / pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - Sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (Leukimia) - Letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - Suara garau / serak, ada ketumbuhan di tekak, sukarmenelan dan kelenjar membengkak di leher.
____________ ____

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

(1) Makanan

(2) Alkohol

(3) Sinaran cahaya matahari

(4) Pengambilan ubat

(5) Perokok yang tidak aktif

(6) Tembakau

(7) Radiasi

(8) Pekerjaan

(9) Pencemaran air dan udara

(10) Keturunan
____________ ___

TEH DAN KANSER

Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkansakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayaibahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakitkanser.Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusiselain memperkuatkannya.

Teh juga mempergiatkan enzim sistem"detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimiayang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia jugaberupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

____________ ___

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng

(2) Hindari makanan ringan yang masam

(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas

(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin

(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

___________

Mangga boleh mengelakkan kanser

Mangga mungkin terlalu erat dengan lidah kita. Oleh kerana eratnya, kitamungkin tidak tahu bahawa dalam isinya yang kuning dan merah, ituterkandung zat-zat luar biasa yang boleh menjadi penawar kepada kanser danstrok. Selain itu, mangga mendapat permintaan yang tinggi di pasaran danmerupakan makanan pencuci mulut yang sangat popular di kalangan Malaysia.Mangga atau nama saintifiknya Mangifea indica L. dari keluargaAnacardiaceae dipercayai berasal dari kawasan Indo-Burma dan mungkin jugadari Asia Tenggara. Di Malaysia, kawasan utama ditanam ialah Perak, Perlisdan Kedah. Bagaimanapun terdapat tanaman secara kecil-kecilan dinegeri-negeri lain.

Buah mangga terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk mengikut klon. Kulitnyaberwarna hijau ke kuning atau merah ketika masak manakala isinya berwarnakuning pucat hingga ke oren . Setiap buah mengandungi biji yang dilitupiendokap bersabut keras. Kebanyakan jenis mangga di Asia Tenggara terdiridari poliembryinik iaitu mengeluarkan beberapa biji dari satu buah.

Pokok mangga sederhana besar mencapai ketinggian sehingga 10 - 40 meter.Dahannya tumbuh secara bebas dan membentuk kanopi yang menyeluruh. Berdaun lebat berwarna merah ke coklat hingga ke hijau terang bergantung pada klon.

Mangga mengeluarkan dua jenis bunga iaitu bunga hermoprodite dan bungajantan di hujung tangkai-tangkai yang dewasa. Bunga hermoprodite biasanyamengandungi 1 - 40 % dari jumlah (200-10,000) bunga pda setiap tangkai.

Walaupun bentuk, ukuran, warna dan rasa buah mangga adalah beragam, darisegi gizi, semuanya hampir tidak jauh berbeza. Mangga ranum segarmengandungi air sekitar 82 peratus, vitamin C 41 mg dan kalori 73 kal per100 gram.

Manakala, pada setiap 100 gram mangga muda yang masih belummatang, terkandung air lebih kurang 84 peratus, vitamin C 65 mg dan 65 kal.Tenaga dalam mangga muda lebih rendah kerana lebih banyak mengandungi zat pati yang akan berubah menjadi gula dalam proses pematangan.


Sebahagian besar tenaga mangga berasal dari karbohidrat berupa gula yangmembuatnya terasa manis . Kandungan gula ini didominasi oleh golongansukrosa. Mangga mempunyai lebih kurang 7 - 12 peratus kandungan gula tetapi ada juga jenis mangga gulanya yang mencapai hingga 16 - 18 peratus.Mangga juga merupakan sumber beta-karotin, kalsium dan vitamin C.Beta-karotin adalah zat di dalam tubuh yang akan diubah menjadi vitamin A(zat gizi yang penting untuk fungsi retina). Beta-karotin (dan vitamin C)juga tergolong dalam anti-oksida, senyawa yang dapat memberikanperlindungan terhadap kanser kerana dapat meneutralkan radikal bebas.Radikal bebas adalah molekul-molekul tak stabil yang dihasilkan olehpelbagai proses kimia normal tubuh, radiasi matahari atau kosmis, asaprokok dan pengaruh-pengaruh persekitaran lain.

Zat-zat gizi anti-oksida, vitamin C memiliki fungsi menjaga dan memacukesihatan pembuluh-pembuluh darah, kesihatan gigi dan gusi. Ia membantupenyerapan zat besi dan dapat menggelakkan produksi natrosamin iaitu satuzat pemicu kanser .
Mangga bukanlah jenis pokok yang sukar untuk ditanam. Kebiasaannya iaditanam secara pembiakan tampang, tut atau kaedah klip ('cleft method')supaya pokok yang ditanam akan menyerupai pokok asal dan mengeluarkan hasil dengan cepat. Penanaman anak benih harus dilakukan berhati-hati agar tidak mencederakan sistem akarnya. Mangga sesuai ditanam dalam cuaca kering yang agak panjang (di antara 2 - 4 bulan) dan ketika suhu berada sekitar 24 - 30 darjah C.


Bagi mendapatkan buah yang berkualiti dan mengurangkan penggunaan bahankimia, semasa buah sebesar ibu jari, bungkuskan dengan kertas-kertas surat khabar lama seperti prosedur yang biasa dilakukan. Pegurusan air sangat penting ketika musim kemarau pada tahun-tahun pertama pertumbuhan('juvenile phase') dan semasa pembesaran buah. Hujan diperlukan ketikaberbunga dan pembentukan buah. Bagaimanapun, pokok tidak digalakkandiairkan semasa berbunga dan semasa buah sudah matang ('ripening stages').Mangga mengambil masa 13 - 16 minggu untuk matang dari masa pembentukan buah bergantung pada klon. Mangga yang telah dipetik boleh disimpan selama 4 hingga 9 minggu pada suhu 9 - 10 darjah C, manakala buah yang masak boleh disimpan 4 hingga 7 hari dalam suhu 18 - 21 darjah C.

____________

Barah : Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.

Ambil kapur secukupnya, daun sirih secukupnya, madu secukupnya. campursemua hingga sampai lumat, sesudah lumat oleskan pada yang sakit sehari 3kali, InsyaAllah. Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

Mangga mungkin terlalu erat dengan lidah kita. Oleh kerana eratnya, kitamungkin tidak tahu bahawa dalam isinya yang kuning dan merah, ituterkandung zat-zat luar biasa yang boleh menjadi penawar kepada kanser danstrok.Garlic mungkin sangat baik untuk membantu mengawal kanser. Kajian dikalangan rakyat China dan Italy menunjukkan risiko mendapat kanser perutadalah lebih rendah dengan pengambilan garlic. Garlic juga mungkin baikuntuk jenis-jenis kanser yang lain.

Garlic melindungi dari kanser dengancara termasuk menyekat pengeluaran nitrosamine, menguatkan sistem imunitipengambil garlic dan sebagainya.Antara produk lain yang mungkin sesuaiuntuk pesakit kanser yang banyak diperkatakan sekarang ialah SharkCartilage.
___________

Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser

1. SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. "Bah Kut Teh" (DAGING BABI)

Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dantunggu sekejap, anda boleh nampak ulat berenyut-renyut keluar dari sana.

Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore"

4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.

Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive, Paul Mitchell , L'Oreal , Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalahsatu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.

Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan darimereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak bolehmelakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb)

Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambilmee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor, Terdapat kandungan Salutan Wax ke atas mee segera, inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.

Telah dinyatakan terdahulu melalui seorang aktor (sekarang ni dikenalisebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliausangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari.Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan.

Seorang mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelahberpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapikerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu.Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai"makan untuk mendapat barah" Kalau istilah James Bond, Licence to kill

6. Bawang Goreng segera

Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akanlembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Kajian di kalangan rakyat China dan Italy menunjukkan risiko mendapatkanser perut adalah lebih rendah dengan pengambilan garlic. Garlic jugamungkin baik untuk jenis-jenis kanser yang lain. Garlic melindungi darikanser dengan cara termasuk menyekat pengeluaran nitrosamine, menguatkansistem imuniti pengambil garlic dan sebagainya.Antara produk lain yangmungkin sesuai untuk pesakit kanser yang banyak diperkatakan sekarang ialah Shark Cartilage.

____________

Kucai - Allium Tuberosum

Amat terkenal dikalangan masyarakat cina diseluruh dunia dan kedatanganorang-orang cina ke Tanah Melayu berkurun dulu telah mempopularkan sayurkucai yang dulunya amat asing bagi masyarakat melayu lama.

Berasal dari negara China dan dipercayai telah ditanam dan digunakan seawaltahun 200SM lagi walaubagaimanapun kucai tumbuh meliar di kawasan utara dan tengah benua Asia. Kucai kini sudah mula ditanam secara komersial terutama di Jepun,Korea, China, India ,Amerika Syarikat ,Asia Tenggara dan Nepal.

Sayur kucai banyak digunakan di dapur Eropah dan Amerika sebagai bahancampuran dalam masakan oriental seperti telur, salad dan sup. Kucaitersenarai sebagai keluarga Liliaceae,merupakan sejenis tumbuhan herba yangtumbuh secara rumpun. Dikenali juga dengan sebutan chive,bawang ganda dangow choy, kucai termasuk dalam tanaman bebawang.

Tanaman ini bergerombol seperti tanaman padi yang baru tumbuh. Kucai tumbuh secara rumpun dengan daunnya berukuran antara20-40sm, mempunyai bunga yang ukurannya hampir sama panjang dengan daun.Bunganya tumbuh dalam bentuk jambak dimana setiap jambak mempunyai bunga kecil bewarna putih keungguan dan bentuknya pipih, padat dan tidak berlubang.

Selain itu kucai juga mempunyai bebawang, namun tidak begitu jelaskelihatan berbanding bawang putih atau bawang merah.Sayur kucai hidup subur diatas tanah gembur mengandungi humus dengan PH 5.5-6.5 dan memerlukan air yang banyak untuk subur.Senang ditanam dan boleh tumbuh dengan mudah diatas batas dihalaman rumah. Seperti tumbuhan herba yang lain, kucai juga kaya dengan nilai nutrient dan zat pemakanan.93% terdiri dari air, sementara selebihnya terdiri daripada 2.8% kaborhidrat, 2.1% protein, 0.1% lemak dan 0.9 peratus serat selain itu kucai jug kaya dengan zat karotena dan vitamin C.

Dengan kandungan nilai pemakanan yang tinggi, para saintis masa kinimelihat kucai berpotensi merawat masalah tumor dan knser disamping dapatmerawat penyakit usus dan gigi. Kandungan karotena dan vitamin C yangtinggi dalam sayur kucai menyebabkan kucai diikhtiraf sebagai sayuranti-tumor dan dibuktikan oleh pakar perubatan terutama di negara Chinadapat memerangi tumor dalam badan manusia.

Pakar perubatan China menggunakan air rebusan kucai bagi melancarkanperedaran darah dan membersihkan darah dari toksin. Selain itu kucai jugadilihat berupaya memelihara dan menjaga kesihatan buah pinggang dimanakucai berupaya mengawal perimbangan kandungan garam dan air dalam badan dan ini penting bagi buah pinggang sebagai organ perkumuhan terpenting dalam organ kita.

Kucai juga dikatakan mampu mengatasi masalah keletihan dan kelesuan. Bagimasyarakat Thai pula, biji kucai digunakan sebagai ubat tradisional untukmerawat sakit gigi.Bagi wanita yang baru melahirkan anak disaran memakankucai bersama ikan bilis dimana gabungan kedua-dua makanan ini mampumenambahkan pengeluaran air susu.

Selain itu kucai sering digunakan oleh petani sebagai bahan untuk menentangserangga perosak sayuran.Caranya mudah dengan menyeduhkan daun kucai yang kemudiannya didinginkan sebelum disaring.Air saringan ini dikatakan mampu membanteras hama yang biasa menyerang tanaman sayur mentimun.

Walaupun semakin mendapat tempat diseluruh dunia namun disebabkan kucaimempunyai bau dan bau ini meninggalkan kesan pada mulut dan pernafasankucai masih ketinggalan berbanding dengan daun bawang dan daun saderi yang masih menjadi pilihan utama masyarakat dunia.
____________ _

DURIAN BELANDA BOLEH MERAWAT PERBAGAI PENYAKIT

Ramai yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annonamuricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaanperubatan tradisional dan moden.Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belandayang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampumerawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing. Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis.

Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasimasalah jantung dan penyakit hati. Mereka juga mendapatkan minyak daripadadaunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belandadiminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit. Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantumengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikankesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyanadigalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkanpengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan. Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yangterkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagaiaktibakteria, antikanser, antitumor , astrigen dan penyakit saraf. Durianbelanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese,sukrosa, reticuline dan tannin

___________

HABBATUS SAUDA

Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasanMediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telahdijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, olehitu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan sepertiuntuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

____________ _______

Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus sauda:

1. Nilai pemakananHabbatus sauda kaya dengan:

monosaccharide glukosa,
xylosa dsb.

polysaccharide

fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan

amino acid yang membentuk protein

karotene iaitu sumber vitamin A kalsium,

zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi : Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine : Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor : Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria : Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-biritdan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation) : Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu : Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Ahad, 19 April 2009

Janganlah Bersedih...

"La Tahzan"

"Jangan bersedih"

Kamu sedang bersedih? Mari baca ini. Mudah-mudahan sedikit-sebanyak bisa memujuk hati kamu. Tulisan itu tidak bernyawa, namun manusia yang bernyawa bisa terusik dengan membaca tulisan. Tulisan itu maya, tapi ia mampu dijadikan hakikat bila kamu membaca dan menghayatinya, kemudian memberikan kesan di hati kamu. Dengan itu, saya harap dengan tulisan ini mampu memujuk diri kamu yang sedang merasa sedih. Walau sebesar zarah cuma.

Bila ada ahli keluarga dan sahabat saya yang sedang bersedih, saya juga turut merasakan yang sama. Baru sebentar tadi, kakak saya meluahkan rasa kesedihannya. Dan, baru juga sebentar tadi seorang adik yang sudah saya anggap sebagai adik kandung saya juga meluahkan rasa sedih dan kesusahannya melalui comment box saya.

Entry ini adalah untuk kamu yang sedang merasa sedih.


BERSABARLAH.

Jujur, saya juga tidak lepas dari merasa sedih. Kalau kamu merasakan kamu teramat sedih sekarang, percayalah masih ada orang yang lebih menderita kesedihan dan kesusahan dalam hidupnya. Hidup ini bukan diciptakan untuk kita seorang. Sudah namanya manusia, andai kita pernah merasa sedih, maka seluruh manusia juga pasti pernah akan melalui perasaan yang sama.

Jika saya sedang bersedih, seringkali saya teringatkan ibu saya yang jauh di sana. Kalau saya bercerita dengan ibu saya tentang perkara-perkara yang negatif dan menjadikan saya kurang sabar sewaktu hidup di sini, ibu saya cuma membalas dengan satu perkataan sahaja;

"Bersabarlah.."


Itu yang membina kekuatan saya untuk terus hidup di sini. Sekiranya saya mengingati pesan ibu saya ini, saya menjadi tenang. Hakikatnya, begitu banyak cabaran yang terpaksa saya tempuhi, saya akan teringatkan pesan ini, seolah-olah suara ibu saya sedang berbisik di telinga saya dengan berkata, "bersabarlah.." Maka, saya terus tempuhinya dengan senyuman.

Kalau kamu sedang diuji dengan suatu bentuk cabaran yang memang menguji kesabaran kamu, maka sambutlah dengan senyuman dengan penuh kesyukuran. Kamu akan lega.

Ujian itu datangnya dari Allah. Anggaplah yang baik-baik sahaja. Bersangka baiklah pada Allah. Merasa beruntunglah dengan cabaran yang sedang Dia uji pada kamu, kerana dengan ujian itu, tandanya Dia sedang memerhatikan kita, Dia sedang mendengar keluhan kita, Dia sedang menghayati tangisan dan kesedihan kita.

Untuk apa sebenarnya? Supaya kita kembali dan mengingati pada-Nya. Supaya kita belajar bersyukur dan redha atas ketentuannya. Supaya kita sentiasa lebih berhati-hati dan mengambil pengajaran atas segala qada dan qadar yang telah ditakdirkan untuk kita.

"Allah tidak menetapkan qada' bagi seorang hamba, kecuali qada' itu baik bagi dirinya"

Dengan itu, betapa rugi dan hinanya kita andai kita tidak pernah merasa ujian yang khas Allah turunkan buat kita, kerana begitu Dia tidak memerhatikan kita, takut-takut sekiranya Dia tidak memandang kita di dunia ini, apatah lagi memandang kita di akhirat kelak. Na'uzibillah.

Astaghfirullahal 'azim.

Jadi, bersabarlah atas ujian dan dugaan yang telah Allah berikan kepada kita.

"..ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat."(Al-Baqarah:214)

"..sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik." (Al-A'raf:56)

Bersangka baiklah pada Allah. Jangan sekali-kali kita berprasangka buruk terhadap takdir Allah yang kita tidak pernah ketahui hikmahnya. Kita hanya hamba, yang diaturkan selok belok liku-liku kehidupannya. Berlakulah sesuai hamba dengan penuh kesyukuran, Allah Maha Penyayang. Apa yang sudah dia tetapkan, kita tidak tahu akan kebaikannya. Maka, bila ia terjadi pada kita, tentu ada rahsia yang Dia telah sembunyikan dari kita.

"Aku sesuai prasangka hambaKu terhadap diriKu, maka silakan dia berprasangka terhadap diriKu sesuai dengan kehendaknya." (Hadis Qudsi)

Maka dengan itu, bersyukurlah atas penderitaan yang telah banyak kita hadapi. Menjadikan diri kita seorang yang matang, tabah dan mendekatkan diri kita kepada Rabbul Izzati.

Segala sesuatu telah Aku takdirkan
silakan engkau mencela atau meninggalkan Aku
Takdir akan terus berjalan
Sebagaimana jarum menusuki lubang jahitan.


KITA PERLU BERKORBAN.

Kadang-kadang, kita tak mampu puaskan hati diri sendiri. Apa lagi puaskan hati orang lain. Dan tentulah orang lain memang susah untuk puaskan hati kita. Jadi, jangan sekali-kali expect bahwa kita akan dijaga, kita akan diterima, dan kita akan disanjung.

Adakalanya, kita perlu juga berkorban dalam perjuangan yang sementara. Barangkali, dengan pengorbanan itu mampu kita banggakan di hadapan Allah kelak. Kerana kita sanggup korbankan kemauhan yang kita inginkan semata-mata ingin menggembirakan perasaan orang lain.

Kalau kita sanggup korbankan diri kita, dan melihat orang disekeliling kita gembira, mungkin kita akan merasa pahit, namun melihat orang-orang yang kita sayang tersenyum bahagia, kita akan dapat merasakan gelombang kebahagiaan yang ditempiaskan oleh mereka yang berbahagia atas pengorbanan kita.

Tidak rugi andai berkorban di dunia yang sementara ini. Patuh pada orang tua terutamanya adalah ganjaran yang paling mahal tak ternilai. Apa salahnya kita berkorban untuk mereka barang sedikit cuma, kerana sudah terlalu banyak yang mereka korbankan untuk kita.

Dunia ini tidak semua indah. Tidak semua manis. Kita perlu menelan sisa-sisa pahit walaupun sedikit ataupun banyak. Kerana andai dunia tiada salah satu darinya, hidup ini tiada maknanya.

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya kesulitan itu ada kemudahan." (Al-Insyirah:5-6)


Perjuangan perlukan perngorbanan
Pengorbanan perlukan ketabahan. 

Sabtu, 18 April 2009

Cahaya Diwajah Nabi Muhammad S.A.W

Telah diriwayatkan dari Siti Aishah rha. bahwa ia telah berkata : “Ketika aku sedang menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum dari tanganku, kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah SAW. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, “Ya Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu! Seterusnya aku bertanya: “Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?” Jawab Rasulullah SAW: “Orang yang bakhil.” Aku bertanya lagi: “Siapakah orang yang bakhil itu?” Jawab baginda : “Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap shalawat ke atasku.”

BERDOA

Berkata Al-Barra’ ra. bahwa Nabi SAW. bersabda: “Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) dari langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan shalawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad. “

Kisah Sejarah Ainul Mardhiah.....(bidadari Syurga)

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).

Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)

Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58

Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman (55) : 70

(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72

Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
QS. ar-Rahman (55) : 74

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat
untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,
tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar
(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak
pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..

Nota penting,(nanti saya akan cerita kisah jimak penghuni syurga dengan wanita-wanita syurga)

Lirik by: UNIC (Ainul Mardhiah)
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Dihati lelaki bernama kekasih
 

Template by Maya