# MenGaPa ? #
Wahai insan,mengapa masih tidak mahu mengerti...
Seandainya dirimu masih tidak berpuas hati dengan diri ini...
Jangan lah engkau mudah untuk menunding jari sesuka hati...
Dengan megahnya diri Merasakan yang dirimu lah yang terbaik di dunia ini...
Ingatlah,kenali lah diri sendiri dahulu sebelum bicara mengikut kehendak hati...
Adakah diriku ini selalu membuatkan kamu gusar diri sehingga sedalam-dalamnya mahu
engkau selidiki...
Kenalilah dan jagalah dirimu dahulu kerana dirimu sudah mengikat janji untuk bersatu hati dengan insan pilihan hati...
Sebelum hilangnya kehormatan yang sering dipujai...
Sesungguhnya aku tidak akan merampas kebahagiaan yang telah dan akan engkau miliki...
Bersyukurlah apa yang telah ditaqdirkan oleh ILahi untuk dirimu dan terimalah seadanya kerana disitu terselit seribu hikmah yang tidak engkau ketahui...
Usah terlalu ujub dan riya’ dengan status diri yang engkau miliki...
Kerana bila nikmat Allah itu hilang tidak akan engkau sedari...
Pintaku,hilangkanlah perasaan cemburumu itu dan berhenti selidik diriku ini...
Hingga ke akar umbi...
Kerana apa yang engkau ingin tahu itu hanya DIA sahaja yang berhak dan Maha
Mengetahui...
Soal ketetapan hidup telah ditetapkan olehNYA sejak azali lagi...
Usahkau pertikai dengan kehendak nafsu yang akan memakan diri...
Sesungguhnya aku masih lagi punya pedoman diri...
Kebahagiaan itu akan dapat dirasai oleh insan yang benar2 mengerti dan memahami...
Ku sandarkan segala impian dan harapan itu untuk menjadi nyata hanya kepada RabbulIzzati...
*Ku harap engkau juga cuba untuk memahami dan mengerti kerana engkau sudah pun mengikat ikatan janji untuk mengikat dua hati...jangan hanya sekadar manis memberi komen yang tak tentu hala untuk orang bertubi2..jagalah perasaan insan yang hanya bakal bertahta di hatimu itu suatu hari nanti*
0 comments:
Catat Ulasan