tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Isnin, 25 Mei 2009

ASTAGFIRULLAH...

"Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan.... ....

"1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkatWUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni olehsyaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUSIKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yangdimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANGKHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang darimeminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga iamerasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan,setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYAsambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiridi dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalumengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalumenyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYAYANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT""

QOLBU...

"Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidakakan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt.

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidakakan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt.

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidakakan tenang damai kecuali berlindung, bertemudan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidakakan padam kecuali redha dengan suruhan danlaranganNya serta qadha dan qadarNya sertakesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akanterbendung kecuali kecintaan kepadaNya danbermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . .

Andai dunia dan isinya diberikan kepada masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu...

TATAPAN BERGELAR MUSLIMAH...

"Saudariku.....

Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu;Namun.... tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar , dari kejauhansudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang ..... tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......

Saudariku.....

saya suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah... Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk ..... ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ...... umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup .....sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......Namun ..... ianya memerlukan pengorbanan danmujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengannafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebihlagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darahmudamu mencabar rasa keimanan yang ada ...sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting saudariku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah.......

Saudariku.....

Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki...Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu... Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu, " Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita".Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmuhendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah,jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimuuntuk kepentingan tertentu..... Sesungguhnya Allahtelah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam.Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid danmujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengansentuhan lembut tangan mu.....

Saudariku...

Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai di antara kamu yang tewas kerana cinta... Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta...Benarlah kata-kata "Sesungguhnya cinta itu buta"cinta itu mampu membutakan mata dan hatimudalam membezakan perkara yang hak dan yang batilapabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidakkerana Allah SWT... Sebelum kau mendekati cinta ,Cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah..Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dankehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu............

Saudariku...

Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali..Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membinasahsiah muslimahmu.....Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampubertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufiiaitu Rabiatul Adawiah sebagai renunganbersama :

"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yangabadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal ,cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itugagal, kecewa, menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkankebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri.

PESANAN UMMU ASMA'

"Wahai anakku,
Jadilah insan yang mulia,
Supaya dapat menjaga tatasusila,
Dalam masyarakat hidup ceria,
Pergi dan datang orang bercerita

Wahai anakku,
Jadilah insan yang mulia,
Supaya dirimu selalu dalam pengawasan,
Amalan,Tindakan,Perjalanan lancar ketahuan,Agak tercicir dan cacat amalan.

Wahai anakku,
Jadilah insan yang bertakwa,
Supaya jasad dan rohani,
Bersih sentiasa agar terhindar noda dan dosa,
biar badai ribut melandajiwa mantap,roh berkota

Wahai anakku,
Jadilah insan yang amanah
Sebab banyak ranjau duri dan onak mengancah,Kuatkan hati tidak gundah,
Gelap mata dek habuan impian tersanggah

Wahai anakku,
Jadilah insan yang sabar,
Supaya rasa gelisah terus berputar,Sifat gelojoh, rakus, haloba, mengumpul harta dan takhta,
Kerana ia punca merana,
Biar hidup serba sederhana,

Namun di kalbu tersemat segala Mutiara budi,Bersinar sentiasa,
Jadilah hidupmu mulia Atau hatimu sebagai syahid.

FITRAH KEHIDUPAN...ape-ape hal, selalulah betulkan niat...

FITRAH KEHIDUPAN...ape-ape hal, selalulah betulkan niat... 

0 comments:

 

Template by Maya