tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Memaparkan catatan dengan label cacatan kasih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cacatan kasih. Papar semua catatan

Isnin, 28 Februari 2011

SAYANG KAMU SANGAT2


hari ini Selasa,1MARCh2011,seberat 2.8kg,jam 4.33pagi.....
lahir lah dia kedunia ini..
akan ku sayang dia hingga akhir hayat tanpa berbelah bagi..
rindu saat2 ini..
walaupun hanya ilusi...
tapi ada dihati ini....
comelnya...anak sape agaknya!!!



Ahad, 27 Februari 2011

KEJOHOR BAHARU






semalam Ahad,27FEB2011 kami keJohor Baru...kerumah adik ipar diTaman Setia Indah...
kerana menghantar anak sulong kami kesana kerana mendapat kerja kat sana.....
bertolak seawal 10pagi...menaiki Myvi anak kedua yang bekerja diDamansara...kami berhenti diMersing sekejap menjamu selera dan solat...
tiba kat rumah adik dalam kol 3 petang....penat jugak la duduk 5 jam dalam kereta..
kami disambut ngan kemesraan....
selepas Maghrib kami bertolak pulang keKuantan kerana esok anak ketiga akan bertolak pulang keUPM...
alhamdulillah kami sampai dirumah jam 2.30 pagi...

pic kat atas ambil di Jusco JB sempat menyinggah kat situ jap jumpa anak saudara kerja kat Dounkin Donut..

Rabu, 5 Januari 2011

TAHUN BARU 2011


Salam pagi buat semua..
kat Kuantan sekarang hujan lebat belum ada tanda2 akan reda...
sejak 2-3 hari ni hujan berlarutan..mungkin sesetengah tempat rendah,
air dah mula memenuhi longkang2 yang cetek...
mungkin juga dah ada tempat2 yang dah dinaiki air...
mungkin jugak sesetengah tempat dah banjir..
kita sedia ma'lumkan keadaan ni akan berterusan dari awal bulan DIS,
hingga selepas raya cina...
rahmat Tuhan kan namanya tu..
sebenarnya dah lama saya x update blog yang ni,
sejak blog saya diserang malware...banyak jugak gadget saya diside bar hilang...
tak tahu la kenapa...sekarang saya banyak berGALDNC diblog INI....
blog ni akan saya update untuk n3 tazkirah atau info2 lain...
masih belum terlambat rasanya saya mengucapkan selamat tahun baru 2011..
pada 6JAN2011,khamis...
muga tahun ni lebih membawa berkah n keceriaan serta ketabahan buat saya...
dalam menjalankan t.jwb sebagai isteri n ibu buat keluarga saya...
tahun 2011 ni tahun yang lebih baik dari tahun sebelum ni...
Amin..

Isnin, 4 Oktober 2010

PMR 2010,GOOD LUCK MY BOY!

Esok selasa 5OCT2010 bermula PMR seluruh malaysia,
anak bujang saya dan anak saudara akan turut serta,
mereka berdua memang selalu berlawan antara mereka siapa lebih berjaya,
pada mereka good luck..
jangan salah menjawap,soalan nak lain kamu jawap lain..
faham dulu baru jawap..
PMR bakal mencorak selangkah lagi kejayaan..
selamat berjuang..

Selasa, 31 Ogos 2010

SALAM KEMERDEKAAN KE53-2010




SELAMAT HARI MERDEKA
KE 53TAHUN
31 OGOS 2010

Alhamdulillah sudah 53tahun negara kita Malaysia sudah mencapai kemerdekaa...
Semoga negara kita terus maju,aman dan makmur..Insya ALLAH...
ameeeennnn...

Tanggal 31 bulan 8 57
MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA..




Salam Ramadan
21 Ramadan 1431H

Jumaat, 14 Mei 2010

KENANGAN




KAT TELUK CEMPEDAK


KETAMAN HUJUNG MINGGU






Isnin, 19 April 2010

PETUA PELAJAR YANG BAIK

1.Banyakkan bertanya.
2.Menghormati kedua ibubapa.
3.Tentukan masa untuk belajar.
4.Yakin pada kebolehan dan kemampuan diri sendiri
5.Tumpukan deria dengar dan deria lihat dalam kelas
6.Masa belajar tidak semestinya lama tapi berkesan
7.Pelajar cemerlang tidak semestinya berada pada kedudukan no 1
8.Kecemerlangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja
9.Mempunyai rehat yang secukupnya
10.Pelajar perlu tahu menggunakan bakat atau potensi diri
11.Ulangkaji, faham dan hafal merupakan kamus cemerlang
12.Amalkan pemakanan yang seimbang
13.Membaca tangga kejayaan
14.Pelajar cemerlang menumpukan kepada perkara-perkara penting walaupun kurang seronok

Khamis, 1 April 2010

ALFATIHAH BUAT MEOR AHMAD FUAD (din beramboi)

Kata2 terakhir Din Beramboi di twitternya: ""Tanda2 ajal mula2 bahgian kaki berasa kebas2 kemudian bransur2 ke bhgian atas hingga ke nafas dan kluar selamanya.. Aku insaf!"Tak ramai yg dpt bertahan apabila di uji dgn kemewahan & ksenangan Yakni, kekayaan juga sebahagian ujian menuju kehancuran.. Hati2!.

salam n takziah buat keluarga Din beramboi,penghibur di Hot fm yg meninggal malam tadi Jumaat 2 april 2010,Jika selama ini kita gelak ketawa dengan senda guraunya (saya suka lawak selambanya dengan Aznil di radio Era) namun hari ini kita kehilangan dia... Banyak pahalanya tolong melegakan serba sedikit tension kita.

muga rohnya ditempatkan bersama2 org yang beriman n bertaqwa,lawaknya yang bersahaja buat saya terhibur selalu...Alfatihah...


Ahad, 7 Mac 2010

PERNIKAHAN

Pernikahan.. .
Pernikahan adalah seperti sekolah, suatu pendidikan jangka panjang. Pernikahan adalah tempat dimana engkau dan pasanganmu akan saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan hati satu sama lain, tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih baik, dan membuat suatu kerjasama yang solid. Aku tidak memberikan pasangan yang sempurna karena engkau tidak sempurna. Aku memberikanmu seseorang yang dapat bertumbuh bersamamu".
J I K A........
Jika kamu memancing ikan.....
Setelah ikan itu terikat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.....
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan sakit olehkarena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... .
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja......
Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingat... ..
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh......cukuplah sekadar keperluanmu. .....
Apabila sekali ia retak......tentu sukar untuk kamu menambalnya semula......
Akhirnya ia dibuang..... .
Sedangkan jika kamu coba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya.... .
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... .
Anggaplah ia manusia biasa.
Apabila sekali ia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ....akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.... .
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi.....yang pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, coba mencari makanan yang lain....
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan....yang membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, coba bandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya .....dan menyesal sudah tiada gunanya

Sabtu, 6 Mac 2010

KEBAKARAN





Semalam Sabtu,6hb mac 2010,
hutan sebelah rumah terbakar....
rumah saya ni rumah teres corner lot,depan padang bola dan sebelah hutan....
sekarang kan musim panas yang teruk sekali,
kejadian agak2 dalam pukul 1.00 tengahari gitu,
tak taulah berpunca dari apa,mula2 api tu kecil aja...
kebetulan angin pun kuat,cepat betul kebakaran tu jadi besar....
bila api tu lalu tepi umah ya ALLAH panas berbahang dalam rumah.....
telephone pihak bomba,diorag kata bomba dlm perjlnn,
bermakna dah ada org yang terlebih dahulu buat laporan tentang kebakaran ini,
tapi pihak bomba lewat tiba,mungkin ada tempat lain yg jgk terbakar,
ma'lumlah musim panas yang terlampau sekarang,
kebakaran dah reda barulah diorang sampai....
Alhamdulillah xde kemalangan jiwa yang dilaporkan...

Ahad, 28 Februari 2010

MENGURUS ANAK YANG NAKAL....


MELIHAT anak hari ini yang agak nakal, sering membuat ibu bapa pening.

Segelintir daripada kita menuding jari terhadap ibu bapa kerana gagal melaksanakan tugas atas alasan terlalu sibuk mengejar material sehingga mengabaikan anak sendiri.

Sebenarnya banyak sebab yang boleh mengheret anak menjadi nakal, degil, derhaka dan pelbagai perkara negatif sehingga meresahkan ibu bapa, sekolah mahupun masyarakat keseluruhannya.

Menurut Penasihat Tetap Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin), Datuk Dr Fadzilah Kamsah, kurang berdoa dalam proses mendidik menjadi sebab anak degil dan tidak mencapai kecemerlangan yang diharapkan.
Beliau berkata, doa tidak makbul jika solat tak dijaga oleh ibu bapa sendiri kerana ia tiang agama.
"Peliknya, tanpa sebarang doa mengiringi anak untuk meraih kejayaan dalam hidup tetapi ibu bapa menyimpan angan-angan untuk melihat kejayaan mereka.

"Kalau mereka sendiri sebagai induk dalam keluarga yang menjadi teladan kepada anak tidak melakukan perkara yang baik terutama mendirikan solat lima waktu, tidak menjaga susila sepatutnya, bagaimana hasrat hendak melihat anak berjaya akan termakbul?

"Pastikan jika mahu anak berjaya dalam pelajaran, ibu bapa juga perlu menitipkan doa untuk kecemerlangan guru," katanya.


Sumber: blog imanhamizah
Maksudnya :
"Ya Tuhanku, tunjukilah Aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang Telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya Aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepada Engkau dan Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang berserah diri".
(SURAH AL-AHQAF : 15)
Masalah lain yang melanda fenomena anak sekarang katanya, didorong sikap kurang tegas dalam mendidik anak sama ada berkaitan waktu belajar, mengaji, tidur atau riadah.

Biarpun bukan semua perkara itu mampu dilakukan dengan sempurna, tanggungjawab ibu bapa amat besar dalam membentuk disiplin sekali gus memastikan setiap peranan itu seiring dengan tindakan yang dilakukan.

Dia turut merumuskan petua lain untuk menjadikan anak cemerlang iaitu dengan mengamalkan makan malam bersama dan hendaklah dilakukan sebelum Maghrib.

"Lebih banyak memberi belaian negatif (tarhib) daripada belaian positif (targhib) juga menjadi punca kegagalan yang diperkatakan.

"Ibu bapa juga dikesan kurang pandai menjadi kawan kepada anak hingga menjadikan mereka melupakan ibu bapa sendiri dengan cara mencari rakan sebaya sebagai tempat mengadu masalah.

"Pada zaman serba canggih, ibu bapa sepatutnya menjadikan mereka sebagai rakan dengan mengetahui dengan siapa anak bergaul, ke mana mereka pergi dan pergaulan yang bagaimana menjadi amalan.

"Namun, pada masa sama, rasa hormat dalam batas yang wajar tetap terpelihara," katanya.

Dalam kebanyakan ceramah atau motivasi yang diberikan Dr Fadzilah, beliau kerap menekankan aspek kurang memberi sentuhan kepada anak menjadikan anak degil dan tidak mendengar kata.

Menurutnya, anak memerlukan sentuhan kasih sayang yang sama rata dan jangan sama sekali membezakan kasih sayang sesama mereka.

"Jika ibu bapa tidak kasihkan anak, anak juga tidak kasih kepada orang tuanya.

"Amalkan mendakap dan memeluk anak yang akan mendatangkan kesan kepada mereka iaitu badan sihat, tahap kecerdasan tinggi, yakin dan mudah ikut contoh baik daripada orang yang berjaya.

"Sebenarnya, anak yang selalu bercakaran sesama sendiri berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana tidak mendapat kasih sayang yang sama rata daripada ibu bapa mereka," katanya.

DOA DISIPLINKAN ANAK
“Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’ayun, wajaalna lill mutaqiina imama”

Maksudnya:
“Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa


kedit tuk ARTICLES 4U

Jumaat, 26 Februari 2010

RAHSIA NAMA NABI.


Sollu Alan Nabi!


Nabi Muhammad pesuruh Allah. Ramai yang sedar akan keperihalan ini, namun ramai juga yang langsung tidak mengendahkan atau sengaja untuk tidah tahu akan hakikat ini. Tahukah anda rahsianya?

Disebutkan di dalam hadis al-Qudsi “Aku (Allah) bersumpah bahawa tidak akan masuk neraka orang yang bernama Ahmad dan Muhammad.” (Hadis riwayat al-Hafiz ad-Dhailami r.a di dalam al-Firdaus)

Telah diriwayatkan pula daripada al-Imam al-Azhar as-Syarif Syeikh Soleh al-Azhari di dalam kitabnya bahawa kalimah محمد menurut bahasa arab sebenarnya ada lima huruf iaitu ‘mim’ yang ditasydidkan. Dan lima huruf yang ada dalam kalimah محمد itu sebenarnya adalah ganjil, rahsia dan ada maknanya tanpa manusia sedari. Ianya memberi manfaat kepada sesiapa yang menyebutnya.

Bertutur al-Imam Busairi r.a:

Kerana bagiku ada satu jaminan apabila namaku juga Muhammad dan Baginda itu adalah makhluk yang paling menyempurnakan janji.

Mari kita lihat rahsia disebalik nama Baginda:

1. Kalimah محمد bermakna Rukun Islam yang lima – wajib ke atas umat Islam menurutinya.

  • Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah SAW dan bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah SWT.
  • Diwajibkan solat lima waktu.
  • Menunaikan puasa selama sebulan di bulan Ramadhan.
  • Mengeluarkan zakat.
  • Melaksanakan ibadah haji.

2. Ia mengisyaratkan kepada lima pancaindera yang dimiliki setiap manusia agar mampu memahami dan menghadami ilmu al-Quran, al-Hadis dan segala macam ilmu-ilmu Islam yang lain.

  • Penglihatan melalui mata.
  • Pendengaran melalui dua telinga.
  • Merasai.
  • Menyentuh.
  • Menghidu melalui deria hidung.

3. Nama Baginda محمد menjadi simbolik kepada Khalifah ar-Rasyidin yang lima.

  • Saidina Abu Bakr as-Siddiq.
  • Saidina Umar al-Khattab.
  • Saidina Usman Affan.
  • Saidina Ali Abu Talib.
  • Saidina Hasan Ali.

4. Membawa makna kepada sesuatu perkara yang tidah diketahui Baginda SAW sendiri (ghaib) melainkan Allah SWT. Ini kerana perkara itu terangkum dalam ilmu Allah SWT yang Maha Luas melainkan diizinNYA. Perkara tersebut ialah:

  • Berlakunya Hari Qiamat.
  • Kandungan dalam rahim ibu.
  • Turunnya hujan.
  • Perkara yang berlaku pada hari esok.
  • Hari kematian seseorang.

5. Kalimah محمد membawa makna kepada anak-anak Saiyyidah Fatimah az-Zahra’ r.anha.

  • Saidina Hasan r.a.
  • Saidina Husain r.a.
  • Sayyidah Zainab r.anha.
  • Sayyidah Ruqayah r.anha.
  • Sayyidah Ummu Kalthum r.anha.

6. Ia membawa maksud kepada lima peristiwa besar yang melibatkan sahabat-sahabat Baginda SAW dan tercatit di dalam sejarah Islam.

  • Ahli Badar.
  • Ahli Uhud.
  • Ahli Baiatur Ridwan.
  • Muhajirin.
  • Ansar.

7. Bahkan kalimah محمد turut membawa makna kepada lima keadaan dan kehidupan Rasulullah SAW.

  • Di era sebelum Rasulullah SAW diangkat menjadi Rasul.
  • Zaman selepas secara rasminya dilantik menjadi Rasulullah.
  • Keadaan Rasulullah SAW menghadapi jihad dalam peperangan.
  • Kehidupan Rasulullah SAW selepas pembukaan Mekah.
  • Kehidupan Rasulullah SAW di alam Barzakh.

8. Makna nama Baginda SAW menggambarkan lima keadaan ketika Rasulullah SAW menerima wahyu dari Allah SWT.

  • Datangnya malaikat menyerupai manusia.
  • Mendengar deringan bunyi loceng.
  • Melalui mimpi.
  • Melalui ilham.
  • Mikraj tanpa wujudnya perantaraan.

9. Seterusnya makna lima nama Rasulullah SAW ialah Baginda SAW terpelihara daripada melakukan perkara-perkara keji dan boleh menyebabkan Baginda SAW difitnah dan dicemar.

  • Akhlak Rasulullah SAW terpelihara sebelum menjadi Rasul.
  • Terpelihara kehidupannya daripada budaya orang Arab jahiliyah ketika zaman itu.
  • Dijaga namanya dalam al-Quran.
  • Dijaga namanya dalam al-Hadis.
  • Terpelihara kehidupannya melalui hukum-hukum Islam.

10. Kalimah محمد membawa kepada lima makna selepas kewafatan Baginda SAW, iaitu perpindahan ke alam lain.

  • Hidupnya Baginda SAW di alam barzakh seperti ruh-ruh para syuhada.
  • Mendengar selawat dan salam dari umatnya.
  • Menjawab salam dari umatnya.
  • Mengetahui siapa di kalangan umatnya yang memberi selawat dan salam.
  • Maqamnya dijadikan taman-taman syurga sehingga ke Hari Qiamat.

11. Ia membawa kepada lima makna akan syafaat Baginda SAW.

  • Memberi syafaat di dunia – umat Muhammad SAW tidak diazab seperti umat-umat sekalian nabi a.s yang terdahulu kerana adanya Nabi Muhammad SAW. Ini berdasarkan firman Allah SWT: “Dan tidaklah Allah SWT akan mengazab mereka selagi engkau (Muhammad SAW) berada di antara mereka.”
  • Memberi syafaat di akhirat.
  • Syafaat untuk umatnya yang mempunyai kedudukan disisi Allah SWT seperti ulama’-ulama’, syuhada’, ahli ilmu.
  • Syafaat bagi sesiapa yang menziarahi Baginda SAW.
  • Syafaat daripada Allah Jalla Wa’ala.

12. Dan akhirnya, kalimah محمد membawa makna kepada alam ini.

  • Alam manusia.
  • Alam malaikat.
  • Alam jin.
  • Alam tumbuh-tumbuhan.
  • Alam haiwan.

Mari kita hamparkan wangian selawat ke atas junjungan Rasulullah SAW. Moga menguntum syafaat dan maghfirah Allah Ta’ala. Sollu Alan Nabi!

Wallahhil Azim,

Rujukan:
Asar Rasulullahhi Sallahu Alaihi Wassalam, Ahmad Lutfi Ibn Abdul Wahab al-Linggi

KEDIT TUK
FARIDRASHIDI...

Isnin, 22 Februari 2010

TULIS NAMA DALAM BAHASA JEPUN


it's cool Your name in japanese..try it.. what is your japanese name ?Take each letter of your name and substitute it with the japanese sound to the right of the letter. Names might be kinda long....n funny!

A- ka * B- zu * C- mi * D- te * E- ku * F- lu * G- ji H- ri * I- ki * J- zu * K- me * L- ta * M- rin * N- to O-mo * P- no * Q- ke * R- shi * S- ari * T-chi U- do * V- ru * W-mei * X- na * Y- fu * Z- zi


JAPANESE NAMES:
1) Aida --> kakiteka (wow..cool.)
2) Azlan --> kazitakato (hahaha..gila)
3) Jase--> Zukaariku (cam pompuan laks)
4) Niezam phg --> Tokikuzikarin Noriji (pnjngnye)
5) Mas --> rinkaari (cam lelaki plak!)
6)Imanmom-->kirinkatorinmorin(emm cam x best je)

Jumaat, 12 Februari 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA




esok ahad bersamaan 14 feb 2010,
ada lah tahun baru cina,buat kawan2 yg berbangsa cina CONG XI FA CAI,
muga happy bersama keluarga dan kawan2 semua...
pada kawan2 yg bercuti n balik kg,
hati2 bawak kereta muga selamat sampai tempat yang dituju...
saya x kemana2,kat umah aja bersama 3 anak2 saya yg kecil.....
ayah mereka ada kerja kat kl,
lepas tu ke jb n lepas tu ke Banting tengok ayahnda tercinta,
katanya masuk ward,susah nak kencing...
anak2 dara saya yang 3 org semua sekarang kat kl sorang belajar dan dua lagi kerja...
x dapat cuti lama....x pe saya faham....
lagi pun kami baru bertemu masa kami sama berkumpul kat Banting hari tu...
jiran saya sorang balik Pekan kerana adik nya bernikah esok,
yang sorang lagi balik ke perak tengok orang tua....
esok juga hari kekasih.
saya x menyambut nya ........
cuma teringat nenek saya aja kerana tarikh ni dia pergi meninggalkan kami 2 tahun lepas,
muga rohnya ditempat kan bersama2 golongan yang beriman....ALFATIHAH....
muga rohnya tenang disisiNYA.....AMIN.

Khamis, 11 Februari 2010

BERCIUMAN TU BAGUS?KENAPA?????


ENTRY KAT BAWAH NIH ADALAH UNTUK BACAAN GOLONGAN YANG TELAH BERUMAHTANGGA SAHAJA.

Ahli perubatan mendapati bahawa berciuman baik untuk kesihatan kita. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang tetapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi kesihatan?

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. Ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.
[KISS.gif]

Lagi kelebihan berciuman...

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan di setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata² memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar 2 hingga 3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolisme. Ada yang mengatakan bahawa dengan berciuman berghairah tiga kali per hari (setidak²nya 20 saat per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.

4. Berciuman juga dikenalpasti sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif dan memproduksi rasa sihat serta menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang kerana ciuman yang berghairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang akan membantu mengurangi sakit.

 

Template by Maya