tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Memaparkan catatan dengan label renungkanlah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label renungkanlah. Papar semua catatan

Isnin, 22 Februari 2010

JANJI ALLAH

Dari abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:
”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka apabila ia menyaksikan suatu peristiwa, hendaklah dia menanggapinya dengan baik atau diam.
Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk.
Dan bahagian yang paling bengkok ialah yang sebelah atas.
Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah.
Tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok.
Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik.”

AIRMATA CINTA

bunga-bunga cinta

Jika ia ibarat air di lautan, ia akan menjadi ombak yang akan membuatkan hidup anda terumbang-ambing.

Jika ia ibarat air di kutub, maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita.

Jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkannya ke muara.

Sekiranya ia ibarat air terjun, lalu terhempaslah anda berulang-ulang ke bawah.
Kalau ia ibarat air tasik yang tenang membiru, anda dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya.

Lalu jenis air mana yang anda inginkan?

Carilah mata airyang suci lagi murni walaupun keluar sedikit demi sedikit, tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk saja.

Biarlah anda menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya, tetapi anda tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.

MERENDAH DIRI

1. Siapa yang pagi-pagi susah memikirkan dunia, maka ia pagi-pagi telah murka kepada Allah
2. Siapa yang mengeluh kerana ditimpa musibah, maka ia mengeluhkan Tuhannya.
3. Siapa yang tidak hirau dari mana datangnya rrezkinya, maka Allah tidak hirau dari pintu mana ia akan masuk neraka.
4. Sesiapa yang berbuat dosa sambil ketawa dia akan masuk neraka sambil menangis
5. Sesiapa yang sibuk memuaskan nafsu syahwat semata-mata, maka Allah akan mencabut daripada hatinya takut akan akhirat.
6. Sesiapa yang merendah kepada orang kaya kerana kayanya, maka selalu terbayang di ruang matanya kemiskinannya.

HADIS

Hadis Anas r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah bertemu dengan seorang lelaki yang sedang membawa seekor unta kemudian baginda bersabda: Tunggangilah ia. Lelaki tadi menjawab: Ia adalah unta yang akan dikorbankan.
Baginda bersabda: Tunggangilah ia! Baginda mengulangi sampai dua atau tiga kali.

SABAR DALAM SOLAT

Allah berfirman :
Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan mengerjakan solat.
Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu'.

MUKMIN YANG BERDOSA

“Sesungguhnya orang Mukmin itu apabila berbuat dosa,
akan ada di dalam hatinya bintik hitam,
seandainya ia bertaubat,
maka akan hilang bintik hitamnya;
dan apabila ia menambah nescaya,
akan bertambah (bintik hitam tersebut),
sehingga akan menutup hatinya”

(QS Al-Muthafiffin [83]: 14)

ORANG BERIMAN

Sesungguhnya orang-orang yang beriman (sempurna) itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka karenanya, serta hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.

� (Al-Anfal: 2)

�Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah,
niscaya Allah akan mencukupkan (kepe
rluan) nya�

(At-Thalaq: 3)

RENUNGAN

Renungan dalam diri sejenak...

Assalaamu'alaikum...

RISALAH FIKIR (143) : DENGAN SIAPA PATUT KITA BERDAMPING ?

Mari kita teruskan mengutip mutiara drp Zun-Nuun Al-Misriyy rah.a.Yuusuf bin Al-Husain rah.a. telah berkata....(maksudnya)..: Aku telah bertanya kepada Zun-Nuun rah.a. ketika aku akan berpisah drpnya :

"Siapakah yang sewajarnya aku buat sahabat dan selalu duduk bersamanya ?"
Jawab Zun-Nuun rah.a.....(maksudnya)..:

Mestilah engk
au bersahabat dengan orang yang apabila engkau melihatnya engkau teringat akan Allaah 'Azza wa Jalla, dan kehebatannya meresap ke dalam sanubarimu/batinmu,dan apabila engkau mendengar ucapannya/mantiqnya/kalaamnya maka 'amal engkau akan menjadi bertambah, dan bila engkau memandang 'amalnya maka engkau menjadi seorang yang zahid/zuhud terhadap dunia ini, dan selagi engkau berada di sampingnya selagi itulah engkau tidak menderhakai Allaah swt, dia memberikan mau'idzoh/nasihat kepadamu menerusi lidah fi'ilnya/perbuatannya dan tidak hanya dia menasihatimu menerusi lidahnya sahaja.

(Sifah As-Sofwah,
jilid 4, halaman 316).


CANTIK DIHATI

Mutiara kata:Ibnu-Qayyum

Didalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah S.W.T.
Didalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah S.W.T.
Didalam hati manusia juga ada kesedihan,kegelisahan dan tidak akan tenang kecuali berlindung,bertemu dan berjumpa dengan Allah S.W.T.
Didalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redhadengan suruhan dan larangan Allah S.W.T. qada' dan qadar-Nya serta senantiasa sabar menemui-Nya.
Didalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepada Allah dan bermohon kepada-Nya.

BERBAHASA

Seorang yang berhalus dalam berbahasa dan beradat budaya,

adalah seorang yang menghargai dirinya sendiri.

Jika pucuk lupakan akar, tiadalah buah, tunggullah sudah.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

[Al-Hujuraat: 13]

WAHAI SUAMI...

Jagalah istri, jangan kau sakiti.
Sayangi istri, amanah Ilahi.
Bila diri kian bersih, satu istri terasa lebih.
Bila bisa jaga diri, tidak perlu menikah lagi.
Bila suami berpoligami, dakwah akan terbebani.
Demarketing menjadi-jadi, dakwah bisa dibenci...

PELIHARALAH KILAUAN PERMATAMU....


Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga

Di manakah budinya di manakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli

Oh wanita kembali menginsafi
Kepada asal fitrah kejadianmu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepadanya juga pada Rasulnya
Pasti dihadirkan taufik dan hidayahnya
Wanita...

Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi peribadi Ummul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerna keluhuran pekerti
Bukan kerana harta bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah...

Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata di antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza di antaranya

TAUBAT

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

“Dan (ada pula) orang-orang lain yang mengakui dosa-dosa mereka, mereka mencampurbaurkan pekerjaan yang baik dengan pekerjaan lain yang buruk. Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi maha Penyayang”.. At Taubah ayat 102..

Mencampur aduk amalan baik dan buruk dalam kehidupan merepakan perkara yang diharamkan.. Ramai manusia sering melakukan kemaksiatan walaupun melaksanakan ketaatan.. Sedangkan tidak mungkin bersatu antara haq dan batil.. Tidak mungkin bersatu antara kejernihan dan kekeruhan.. Sering manusia yang menyembahkan dari ke tanah ketika mana sujudnya dia menyembah Allah s.w.t.. Namun, selepas melunaskan perintah Allah s.w.t, seringkali dia mencari kemaksiatan menghiburkan matanya dengan aurat wanita.. Ramai manusia ketika Ramadhan menjelma kontang perutnya dengan makanan.. Namun, giginya mengisar daging mayat saudaranya sendiri lantaran ghibah..

Kerana itulah, Saidina Rasulullah s.a.w yang maksum, jernih dari setitis noda.. Tetap menunjukkan qudwah, melaksanakan taubat munajat kepada Allah s.w.t.. Hilang rasa kesakitan lantaran bengkak lututnya kerna keasyikan menikmati hidangan rohani ketika terpaksi jiwanya menghadap Allah s.w.t.. Rasulullah s.a.w mengajar untuk sentiasa bertaubat, beristigfar sekurang-kurangnya seratus kali.. Kerana Rasulullah s.a.w mengerti, tidak mungkin ummahnya terlepas daripada noda.. Akan terpalit dosa di jiwanya walau permai lakarannya..

Maka, ketahuilah hanyalah Taubat nasuha akan diterima Allah s.w.t.. Hanyalah rahmatnya bisa mengapuskan semua dosa.. Kuasa mengampun dosa hamba yang berdosa milik Allah s.w.t.. Allah s.w.t mengasihi orang yang menyesali perbuatan dosa dan segera bertaubat.. Bertaubatlah, selagi mana masih bernafas lagi jasad yang dipinjamkan.. Kerana mati itu tidak pernah member salam atau member petunjuk untuk hadir..

Pengertian taubat..

Taubat diterjemahkan sebagai kembali.. Manakala melakukan taubat bermaksud menyesal lakukan maksiat, berhenti serta berazam tidak akan cuba mengulanginya lagi.. Menyesal dan memohon ampun kepada Allah di atas segala dosa dilakukan.. Kembali ke pangkal jalan setelah melakukan dosa.. Melakukan kesilapan dan bertaubat daripada kesalahan kewajiban semua individu.. Setiap muslim wajib menjauhkan diri daripada perbuatan mencampur adukkan antara urusan agama dan kebajikan dengan kemungkaran.. Mengapa perlunya bertaubat?.. Mengapa individu perlu segera bartaubat?.. Jawapannya ringkas.. kerana tidak tahu bila ajalnya tiba.. Supaya tidak terus jasad itu terusdibelenggu dosa.. Ingatlah Taubat ketika nazak tidak akan diterima..

Surah al Tahrim ayat 8 “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah s.w.t dengan “taubat nasuha”..”

Syarat serta adap bertaubat..

Orang yang ikhlas bertaubat lahir dari hati yang ingin mencari kebersihan dan memohon keredhaan Allah s.w.t.. Taubat ada adap tertentu, antaranya.. Taubat penuh ikhlas, Menunaikan solat sunat taubat, Membaca zikir istighfar, Melakukan muhasabah diri, Mengharap rahmat Allah s.w.t, Benci segala bentuk maksiat, Tidak ulangi dosa yang sama.. Taubat yang diterima ialah apabila memenuhi rukun dan syaratnya, sama ada dosa berkaitan Allah s.w.t dan manusia..

Sekian, terima kasih

DOA BUAT SAHABAT

sahabat,
semoga HIJAB menjadi PAKAIANMU
semoga KESUCIAN menjadi AMALANMU
semoga KESOPANAN menjadi PERHIASANMU
semoga AURAT menjadi DINDINGMU
semoga SUNNAH menjadi IKUTANMU
semoga SOLAT menjadi KETENANGANMU
semoga DOA menjadi SENJATAMU
semoga ZIKIR menjadi SIULANMU
semoga AL-QURAN menjadi PENEMANMU
semoga PERSAHABATAN menjadi sebahagian HIDUPMU
semoga RAKAN menjadi PEMBIMBINGMU
semoga KEIKHLASAN menjadi NADIMU
semoga KEBENARAN menjadi KACA MATAMU
semoga AKAL menjadi KELEBIHANMU
semoga ISLAM menjadi KEBANGGAANMU
semoga MASJID menjadi RUMAHMU
dan
semoga SYURGA menjadi TEMPATMU
Insya-Allah..

-sahabat dunia akhirat

ADAB

Adab PerMata Hati (anak peRempuaN)....

Di dalam rumah:

1. Menghormati penjaganya dan menerima nasihat yang diberi.
2. Memperbaiki diri untuk menjadi wanita solehah.
3. Menjaga nama baik penjaganya.
4. Melatih diri dengan urusan rumah tangga seperti menjahit, memasak dan membereskan rumah.
5. Banyakkan sholat dan puasa sunat.
6. Jadikan Al Quran sebagai hiburan dan menghafaznya.
7. Banyak mengkaji sejarah wanita-wanita utama salafussoleh untuk dicontohi

Di luar rumah:

1. Keluar bersama-sama penjaga atau muhramnya.
2. Senantiasa menundukkan pandangan dan hindarkan dari memandang ke sana ke mari.
3. Hiasilah diri dengan sifat malu.
4. Berkata yang benar apabila bertemu kawan
5. Jangan pergi ke tempat-tempat umum seperti pasar.
6. Hindari dan bersahabat atau berbincang dengan laki-laki.
7. Jangan bergaul dengan wanita-wanita fasik.
8. Menuju langsung ke tempat yang dituju tanpa menyimpang ke tempat lain.
9. Menjaga martabat.
10. Menjaga aurat sebagaimana yang dituntut oleh syariat.

DOAKU

Ya ALLAH,
jika aku sujud kePadaMu
KerNa gerun dengan api NerakaMu,
Maka bakarlah aku di dalamnya
dan Jika aku sujud kepadaMu
keRna tamakkan SyurgaMu,
Maka halanglah aku daripadaNya
teTapi jika aku sujud kepadaMu
kerna kecintaanku kepadaMu
maka kurniakanlah aku balasan yang besar.
Izinkanlah aku melihat wajahMu
yang Maha Agungdan Mulia itu...
Rabiah al-Adawiyah~

BINTANG MALAM

Bintang malam
Yang bersepah-sepah di dada langit
Bila terpandangkan bintang
Hatiku lupa
Pada semua masalah di dunia
Segalanya seakan terbang pergi
Hanya aku dan bintang-bintang
Jangan dipetik bintang-bintang itu
Semuanya aku yang punya
Malam…
Jangan berlalu pergi
Kerana esok
Kutahu bintang-bintang ini
Tiada lagi di tempat asalnya
Kerana esok
mungkin langit gelap menyelubunginya
kerana esok
takut aku tiada lagi di sini…

NAFSU

mari kita lihat apa kata Al-Imam Burhanul Islam Al-Zarnuji rahimahullahu taala yang terkenal dengan kitab beliau yang diberi nama "Taalim Al-Mutaallim Tariq Al-Taalum" kitab agung yang membicarakan adab2 seorang pelajar secara menyeluruh.. kata beliau:

"adapun yang menyebabkan seseorang mewarisi PENYAKIT KELUPAAN itu antaranya: banyak melakukan maksiat.. banyak membuat dosa.. dan BANYAK BERSEDIH TERHADAP PERKARA2 DUNIAWI.. dan banyak menyibukkan diri dengan menghubungkan diri dengan dunia.. telahpun kami sebutkan bahawa tidak sepatutnya bagi seorang yang mempunyai akal yang waras untuk bersedih terhadap perkara2 duniawi.. kerana ianya langsung TIDAK MEMBAWA MUDARAT DAN TIDAK JUGA MEMBERI MANFAAT.. bahkan bersedih terhadap perkara dunia tak akan menghilangkan kegelapan dalam hati.. bersedih terhadap akhirat juga tak menghilangkan cahaya yang ada dalam hati.. dan kesannya akan jelas kelihatan melalui solat.. jadi kesedihan dunia itu akan menghalang seseorang daripada banyak jenis daripada kebaikan.. kesedihan untuk akhirat pula lebih akan membawa kita kepada kebaikan.. dan menyibukkan diri dengan melakukan solat supaya ianya menjadi solat yang khusyuk serta menyibukkan diri pada urusan2 ilmu.. itulah yang akan dapat menafikan kesedihan daripada dalam diri kita.."

Imam Al-Hallaj rahimahullahu taala pula pernah berkata:

نفسك إن لم تشغلها شغلتك

Nafsumu itu jika kau tidak sibukkan dia (dengan urusan akhirat) maka dia akan sibukkan kau (dengan urusan dunia yang remeh temeh)

berkata lagi Imam Al-Zarnuji:

"maka sayugialah kepada setiap seorang daripada kita untuk menyibukkan diri dengan amalan2 kebaikan hingga dia tak sempat nak menyibukkan dirinya dengan hawa nafsunya.. dan seharusnyalah seseorang yang berakal waras tidak bersedih dengan perkara duniawi kerana kesedihan dan kepiluan hati itu tidak akan menolak musibah.. sedikit pun manfaat tak akan dapat bahkan memudaratkan pula hati, tubuh badan dan akal.. maka isikanlah ia dengan amalan kebaikan dan bersedihlah untuk akhirat kerana ianya sememangnya memberi manfaat.."

KEKUATAN

SUMBER KEKUATAN DISAAT UJIAN DATANG MENIMPA...


"Kita minta pada Tuhan setangkai bunga segar, dia beri kaktus berduri... Kita minta rama2, diberi ulat berbulu.. Kita sedih dan kecewa..

Namun kemudiannya kaktus itu berbunga, indah sekali... dan ulat itupun bertukar menjadi rama-rama yang cantik..

itulah jalan Allah, indah pada masaNYA ! Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tetapa Dia memberi apa yang kita perlukan..

kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka tetapi jauh di atas segalanya Dia telah mengaturkan yang terbaik dalam hidup kita.."bersyukurlah(^_^)

LEBIH BAIK

"Nabi Muhammad SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang baik, tetapi 4 lagi dipandang lagi baik :
Sifat malu dari lelaki adalah baik, tetapi dari perempuan adalah lagi baik,


Adil dari setiap orang adalah baik, tetapi dari pemimpin adalah lagi baik,


Bertaubat dari orang tua adalah baik, tetapi dari orang muda adalah lagi baik,


Derma dan sedekah dari orang kaya adalah baik, tetapi dari orang fakir adalah lagi baik.

 

Template by Maya