# BuaTmu SeRikaNdi CinTa ALLah #
Assalamualaikum.....
"KEPADA SI MAWAR IDAMAN,KU DOAKAN KAU MEKAR DITAMAN,DIAKARI RASA BERTUHAN,DIHIASI HARUMAN AKHLAK DAN IMAN,KERANA ITULAH UKURAN JELITANYA SEORANG WANITA,WAHAI TEMAN...."
Siapalah aku untuk menasihatkan dirimu "wanita akhir zaman" kerana aku jua sepertimu memiliki rasa yang sama dan fitrah semula jadi yang sama.Lemah lembutnya kita bukanlah diskriminasi PENCIPTA namun inilah tanda kasih sayangNya terhadap kita yang lemah...
Namun dalam kelemahan ada kekuatan yang tidak mampu ditandingi kaum gagah Adam.Allah titipkan hati yang rapuh kepada kita lalu dikuatkannya dengan peringatanNya dari karya agung yang tiada tandingan iaitu Al-Qur'an.Lemahnya kita kerana tidak mampu ke medan jihad namun digantikan tempat yang tinggi buat kita kerana dari rahim-rahim wanita solehahlah lahirnya mujahid-mujahid dakwah perjuang agama yang Haq..
Benarlah kata pepatah "Tangan yang menghayun buaian mampu menggegarkan seluruh isi dunia"Diperkemaskan lagi dengan hadith Nabi SAW yang bermaksud:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya:"siapakah yang paling berhak untuk aku berbakti?"jawab baginda:"Ibumu!"tanya lelaki itu lagi :"kemudian siapa?"jawab baginda:"Ibumu!"tanya lelaki itu:"kemudian siapa?"jawab baginda :"Ibumu!"tanya lelaki itu lagi:"kemudian siapa?"jawab baginda:"kemudian itu,bapamu!"(HR.Bukhari)
Namun ,tanpa kita sedari golongan kitalah yang paling ramai didalam neraka milik Allah...Inilah yang membuatkan terpanggilnya aku untuk berkongsi apa yang telah ku baca...kerana aku sendiri resah seandainya akulah salah seorang calon penghuni Neraka....kerana bukan mudah buat kita untuk menjadi Serikandi Cinta Allah tika kemodenan dan kepalsuan dunia membuatkan kita lemas didalamnya....
"Mampukah kita menjadi Serikandi Cinta Allah hari ini?"persoalan demi persoalan semua jawapannya ada pada kita berdasarkan panduan yang di tinggalkan oleh junjungan Besar kita Rasulullah SAW iaitu Al-Qur'an dan As-sunnah.
Siapalah kita untuk mengharap syurga Allah,namun sanggupkah kita menerima azab NerakaNya???
Setiap mukminin pastinya menyimpan hasrat yang besar ini memiliki manisnya nikmat Syurga Allah kerana inilah fitrah insani.Rasulullah SAW telah menjelaskan tentang perkara ini dengan sabdanya:
"Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah Fuqara (orang miskin) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita"(HR.Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain dari keduanya)
Tetapi mengapa ??jika di cartakan pastinya jaguh penjara ataupun pusat serenti adalah lelaki,pembunuh,perogol dan lain-lain begitu sinonim dengan mereka.Adakah hukum Allah tidak adil?diskriminasikah undang-undang dunia?tepat sekali sepertimana yang di tegaskan oleh ulama yang bermaksud:
"Manusia menghukumi secara zahir tetapi Allah menghakimi perkara yang tersembunyi".
Ditegaskan lagi dengan hadith nabi yang berbunyi:Daripada Abu Hurairah RA Berkata:Bersabda Rasulullah SAW,yang bermaksud:"Apabila seorang perempuan solat sehari semalam lima waktu dan berpuasa pada setiap Ramadhan dan memelihara farajnya dari fitnah dan mentaati suaminya nescaya dikata baginya di akhirat kelak :Masuklah kamu ke dalam Syurga dari mana-mana pintu Syurga yang kamu kehendaki".
Lihatlah,betapa mudahnya seorang wanita untuk memasuki syurga Allah berbanding lelaki,sedangkan wanitalah golongan minoriti di Syurga kelak.Janji Allah itu pasti dan benar.
Dari Imran bin Husain dia berkata Nabi SAW bersabda:"Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita".(HR.Muslim dan Ahmad)
Maka menjadi kewajipan bagi kita untuk mengenal siapakah yang bakal menghuni neraka dan apakah ciri-ciri mereka supaya virus pemusnah ini tidak tercalit dalam diri kita.Berusahalah untuk menyuntik vaksin Al-Qur'an dan As-Sunnah agar dapat menyedut nyamannya Kasih Allah,masih belum terlewat bagi kita memperbaiki diri selagi nyawa belum sampai ke kerongkong,kerapkanlah mentadabbur ayat-ayat Allah mengenai neraka dan azab yang tersedia didalamnya.
Firman Allah dalam Al-Qur'an:
"Hai orang-orang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,penjaganya malaikat -malaikat yang kasar ,yang keras,yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan"(At-Tahrim ayat :6)
Dalam hadith lainnya,Rasulullah SAW menegaskan tentang tanda-tanda wanita penghuni neraka,Baginda bersabda:".....Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka ini telanjang,melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya,kepala mereka seakan-akan bonggol Unta.Mereka ini tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian".
*** "Wanita diibaratkan sebagai perhiasan dunia". Oleh itu, jaga peribadi dan hiasi akhlakmu dengan akhlak yang mulia..
0 comments:
Catat Ulasan