Telah aku tinggalkan kpd kamu semua, kamu tidak akan sesat selama-lamanya jika kamu berpegang kpd dengannya, kitab ALLAH dan Sunnahku ( H.Muslim)
Norfarhana Azahri
================= Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:
1. Zalituun Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain. <9>9. Lakhuus Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
Dan yang terakhir ini yang paling teruk! Tidak terdapat dlm mana2 hadiths... Cuma setakat peringatan sahaja.(SCROLL DI BAWAH)
10. Isetan. Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. terdapat di sekitar Lembah klang, singapore, Beijing &..... Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupa yg lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan ; shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan
11. Hindusetan Ni mereka yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu sembahyang,maseh menyonggol depan tv.....kapala keluar tanduk, tak sedar....... jadi lah hindusetan!! !
Daripada: Hamba Allah =========================
Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi, terkadang ia juga gerhana tetapi akan kembali juga kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cinta adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, maupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak berarti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cobaan. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiahnya akan diperoleh orang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita peroleh, tetapi kesenangannya telah kita rasakan. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.
Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasakan kekecewaan.
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu karena orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyadari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sadari….
Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta juga boleh membawa suatu kekecewaan yang tidak akan berakhir.
karya:
LILYTA_EDENEN
=====================
Wahai anakku, duduklah dengan para ulama dan rapatkanlah lututmu dengan mereka
kerana Allah akan menghidupkan hati dengan cahaya hikmah
sebagaimana Allah akan menghidupkan tanah yang gersang dengan curahan air hujan dari langit."(Luqmanul Haqim)
Aku cinta kepada orang-orang soleh padahal aku bukan termasuk dari golongan mereka. Barangkali aku boleh dapat syafaat dari mereka.
Aku benci kepada orang-orang yang perdagangannya adalah maksiat-maksiat kepada Allah SWT. Walaupun barang-barang dagangan kita sama. (Imam Syafie)
kiriman:
izdihar afiqah =====================
"Aku mengamati semua sahabat dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah.
Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa.
Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik.
Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar" ..Khalifah Umar
kiriman:
ariesya arissa =================
Saudaraku se-Akidahku, Renungilah…
Siapa orang yang kita cintai? Siapa orang-orang yang paling dekat dengan kita dalam menyusuri kehidupan ini?
Siapa orang yang paling menghiasi ingatan kita? Siapa yang menemani langkah-langkah hidup kita? Orang solehkah dia?
Mengajak pada kebaikan dan keredhaan Allah kah dia? Bayangkanlah persahabatan orang beriman di dunia yang kisahnya berlanjut hingga di akhirat,
sebagaimana digambarkan oleh Ali bin Abi Talib RA. “Ada dua orang mukmin yang bersahabat dan berteman akrab. Salah seorang dari keduanya meninggal dunia terlebih dahulu dan ia mendapat berita gembira dari syurga.
Ketika itu ia teringat akan teman akrabnya yang masih hidup di dunia lalu ia berdo’a :
“Ya Allah, sesungguhnya fulan adalah teman akrabku, dia yang menasihatiku berlaku taat kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu. Dia yang mengajakku melakukan kebaikan dan mencegahku dari melakukan kemungkaran.
Alliah Hanim =======================
( 1 )
Sebaik-baik wanita itu, wanita Ansor kerana sifat malu tidak menghalang mereka memahami agama ( utk bertanya hal2 wanita kpd Rasulullah).
H.Ibnmajah
(2)
Islam adalah way of life(cara hidup)peraturannya lengkap dalam semua segi dalam mengatur kehidupan manusia berasaskan akhlak yg mulia(KarimZaidan)
kiriman:
Norfarhana Azahri
====================
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.
2) Tolong jaga adik : RM4.
3) Tolong buang sampah : RM1.
4) Tolong kemas bilik : RM2.
5) Tolong siram bunga : RM3.
6) Tolong sapu sampah : RM3.
jumlah : RM17.
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya.
Si ibumencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
kiriman:
ariesya arissa =====================
Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadangkala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Boleh jadi pada bibir yang tidak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis atau yang sekali-kali memberikan kucupan mesra di dahi ibu, ayah, suami dan anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan, sejuta perkataan belum cukup untuk mendefinasikan tentang keindahan wanita.
Kitalah wanita itu, panjatkanlah kesyukuran terhadap Tuhan kerana menjadikan kita wanita dan memberikan keindahan itu.
Namun betapapun dijaga, dipelihara, di belai dan di tatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua.
Wajah akan suram … mata akan kelam….
Satu saja tidak akan di makan usia, sifat kewanitaan yang dipupuk dengan iman…
Manusia yang selalu berubah ialah kaum wanita sebab jiwanya lemah, fikirannya cetek sebab itulah sikapnya selalu mengecewakan. Kecuali wanita beriman.
DYA ==================== Ketahuilah bahawasanya di dalam jasad itu ada segumpal daging,
apabila ia baik maka baik pulalah seluruh tubuh. Dan apabila ia rusak maka rusak pulalah seluruh tubuh.
Ketahuilah (segumpal daging) itu adalah al-qolbu (hati)."
HR. Bukhari dan Muslim).
hasze ===================
Doa - untuk kawan2 yang membaca nya
Terjemahan:- Segala puji bagi Allah subhanahu wata 'ala Tuhan sekelian Alam.
Sebanyak bilangan ciptaan NYA dan keredhoan NYA, seberat timbangan Arasy NYA dan sebanyak dakwat kalimah-kalimah NYA.
Ya Allah, aku tidak mampu mengira pujian untuk MU sebagaimana Engkau sendiri memuji diri MU.
Ya Allah sampaikanlah selawat dan salam serta berkatilah Penghulu Kami Nabi Muhammad SAW yang Ummi, daripada bani Hasyim, dan keatas keluarga dan sahabat2 Baginda SAW yang baik lagi mulia dan keatas seluruh Nabi dan Rasul2 serta para Malaikat Muqarrabin.
Wahai Tuhan kami,
ampunilah kami dan saudara2 kami yang telah mendahului kami dengan iman dan jangan Engkau menjadikan dalam hati kami perasaan dengki terhadap orang yang beriman.
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengasihani dan Maha Penyayang. Ya Allah, Ampunilah kami, dan kedua Ibu Bapa kami dan seluruh orang yang beriman dan orang Islam Lelaki dan Perempuan.
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Menerima doa.
Tengku Rahman
=====================
ORG-ORG YG MELAKUKAN DOSA DAN DOSA ITU TELAH MELIPUTI (SEBATI) DENGANNYA, MEREKA ITU
ADALAH PENGHUNI NERAKA DAN MEREKA KEKAL DI DALAMNYA (S.Baqarah:81)
Kiriman:
Norfarhana Azahri
=====================
JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH SWT: 1.Tahajud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajudnya.
2. Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari.
3.Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.
4.Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
5.Jaga sedekah setiap hari.
6.Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
7.Amalkan istighfar setiap saat.
kiriman:
ariesya arissa ======================
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik, adalah:-
1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita..?? Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah, adalah:-
1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
3)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Contohnya, macam Sayidah Khadijah R.A.
(safira-KL) ==================
syurgamu
Saat dunia berhenti berputar
Saat manusia tak sanggup lagi berharap
Ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
Menyinari dunia yang tak kau singgahi
Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Dihadapannya, dihadapanmu ya Allah
Sesungguhnya manusia
Takkan bisa menikmati syurga
Tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia
Takkan bisa menyentuh nikmatnya
Tanpa tulus di hatinya
Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Dihadapannya, dihadapanmu ya Allah
Karya:
Sakura
===================
lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya 1.wajah yang cantik.
2. duit yang banyak.
3.kesihatan yang baik.
4.anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita.
5.tidur yang nenyak tanpa ganguan..
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.
kata nabi saw: “siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,
dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.”
‘sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat.’
kiriman:
amiaz ===================
(1)
"Syukurlah terhadap nikmat Allah
jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada Nya."
(Surah an-Nahl, ayat 144)
(2)
aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu..
jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu~
kiriman:
Norfarhana Azahri =============== Para Pendengar yang ada
MUTIARA KATA atau hadis2 pilihan sila kirimkan melalui email kami:
radiokita.malaysia
@yahoo.com.my untuk dimuatkan dalam scroll teks
0 comments:
Catat Ulasan