tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Isnin, 25 Mei 2009

KHASIAT SAYUR-SAYURAN
Dalam dunia moden, semua orang sibuk mengejar masa
hingga kerapkali kesihatan diri kurang dititikberatkan.
Tapi cukupkah dengan mengambil puluhan biji pil
vitamin dalam pelbagai bentuk dan warna setiap hari?
Kononnya sebagai pelengkap sajian yang dapat menampung
kekurangan vitamin dan zat-zat dalam badan.
Sedarkah kita sumber vitamin dan zat semulajadi yang
terkandung di dalam sayur-sayuran tidak kurang banyaknya
berbanding pil-pil tersebut? Telah terbukti sayuran berdaun
hijau seperti cekur manis, kangkung dan kailan mengandungi
kandungan Vitamin A yang tinggi. Vitamin C pula banyak
didapati di dalam lobak merah dan pucuk ubi.
Sayur-sayuran boleh disediakan dalam pelbagai cara. Namun
begitu, cara yang terbaik adalah dengan memasaknya dalam
jangkamasa yang pendek agar dapat mengekalkan sumber
vitamin dan zat-zat yang terkandung didalamnya.
Lebih menarik lagi, kini sayur-sayuran boleh juga didapati
dalam bentuk jus. Ini bermakna kita akan dapat menikmati
khasiat sayur-sayuran bila meminum jusnya.
KHASIAT ULAM-ULAMAN
Selain buah-buahan dan sayur-sayuran, ulam juga merupakan
sumber utama Vitamin A, Vitamin C, Asid folik, serat dan zat
galian. Kajian saintifik membuktikan serat dapat membantu
melancarkan sistem penghazaman, mengurangkan lemak dan
seterusnya merendahkan kadar kolestrol dalam badan.
Ulam-ulaman kini juga didapati dalam bentuk jus seperti
jus peria, jus pegaga, jus tomato dan Iain-lain jus ulam.
Peluang untuk menikmati khasiat ulam-ulaman terbuka luas
dengan meminum jus-jus ulam ini. Dengan ini mudah kita
menambahkan Vitamin A, C dan zat-zat galian dalam tabiat
pemakanan serta mengimbangkan diet kita dengan baik.
Orang tua-tua juga mendakwa berjenis-jenis penyakit dapat
disembuhkan termasuk kencing manis, darah tinggi dan
Iain-lain penyakit merbahaya. Bukti-bukti menunjukkan
bahawa ulam juga adalah sumber awet muda. Ulam senang
didapati kerana biasanya tumbuh liar atau boleh di tanam
tanpa memerlukan penjagaan rapi dan tanah yang luas...

0 comments:

 

Template by Maya