tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Khamis, 28 Mei 2009



Kewajipan menutup aurat

Assalamualaikum…

Mengapa masih lagi mempertikaikan persoalan menutup aurat sedangkan ianya telah disyariatkan kepada kita golongan muslimah. Tidak pernah terfikirkan akan kita bahawa dengan membuka aurat bukan sahaja mencampakkan kita kedalam api neraka malah ibu-bapa dan suami tersayang.

Mungkin kita baik, tidak membuat maksiat dan solat lima waktu. Adakah alasan ini untuk menidakan syariat aurat yang ditetapkan Allah kepada kita.

* “Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anakmu yang perempuan, dan perempuan-perempuan kaum Mu’minin supaya menutup tubuhnya dengan baju kelubung mereka, yang demikian itu lebih sukar untuk dikenal, maka kerana itu mereka tidak akan diganggu, dan Tuhan itu adalah Maha Pengampun Maha pengasihani.” (Al-Ahzab: 59)

* “Katakanlah kepada kaum lelaki dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka, dan memelihara penghormatan mereka, yang demikian iti adalah suci bagi mereka, sesunguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap segala yang kamu kerjakan. Dan katakanlah kepada kaum perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka,dan menjaga penghormatan mereka, dan tida mendedahkan kecantikan (perhiasan) mereka, melainkan apa yang telah nyata (yang mesti terlihat), dan hendaklah mereka menyampaikan tudungnya keleher dan dadanya, dan tidaklah mereka mendedahkan kecantikannya kecuali kepada suami-suami atau bapa-bapa mereka…….”(An-Nur: 30-31)

Muslim telah meriwayatkan dalam sahihnya daripada Abu Hurairah ra. Rasulullah SAW bersabda:

“Dua bangsa dari penghuni neraka yang tidak aku lihat kepadanya, satu kaum ditangannya cabuk-cabuk seperti buntut-buntut lembu, mereka memukul dengannya manusia. Dan sekumpulan wanita telanjang, separuh bogel,
tangannya bergaya, berhungik-hunggik, rambutnya menggunung seperti tengkuk unta yang berjalan, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya padahal bau syurga itu dihidu dari jauh perjalanan lima ratus tahun.”
Semoga kita sama-sama ambil perhatian dan iktibar kan…

0 comments:

 

Template by Maya