Panduan Menyambut Kelahiran
AZAN DAN IQAMAH
TAHNIK
Telah berkata Abu Musa r.a maksudnya:
"Aku mendapat seorang anak lelaki lalu membawanya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu Baginda mentahnikkannya dengan kurma dan mendoakan keberkatan untuknya. Kemudian Baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku" ( H.R. Bukhari & Muslim ).
Tahnik adalah amalan memindahkan benda yang manis seperti kurma kepada lidah anak yang baru dilahirkan. Kalau tidak ada kurma, bolehlah digantikan dengan makanan lain yang manis seperti madu dan sebagainya. Ia dilakukan dengan meletakkan kurma yang lembut di hujung jari. Kemudian gerakkan jari tersebut ke dalam mulut bayi ke kiri dan ke kanan sehingga ia meliputi mulut bayi tersebut dengan kurma tadi.
MEMBERIKAN NAMA
Aku rasa masyarakat kita terkenal dengan adat potong jambul.. lepas tu, takde pun bercukur. Yang patut dijadikan amalan, macam maksud hadis di atas. Cukur, kemudian timbang berapa berat rambut tu, samakan dengan berat dengan nilai duit (nilai perak).
AQIQAH
Hukum aqiqah ialah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan bagi yang berkemampuan. Melaksanakannya adalah satu tanggungjawab ibu bapa atau penjaga anak tersebut. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sejak anak dilahirkan tanpa sebarang tempoh masa. Ia lebih baik dilakukan pada hari ke-7, ke-14 atau ke-21.
Aqiqah untuk anak lelaki ialah dua ekor kambung atau dua bahagian lembu. Untuk anak perempuan pula, kadarnya ialah seekor kambing atau satu bahagian lembu. [Seekor lembu boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian].
"Sesiapa yang memperolehi cahayamata, maka hendaklah diazankan di telingan kanan dan diiqamahkan di telinga kiri, nescaya terlepaslah dari angin tiupan syaitan" (H.R. al-Baihaqi)
Bayi hendaklah dipegang dengan menghadap ke arah kiblat. Azankan pada kanannya dahulu dan kemudian barulah diqamatkan di telinga kirinya. Hikmahnya ialah supaya perkataan pertama yang didengar oleh bayi ialah kalimah seruan azan dan iqamah yang mulia, yang mengandungi kebesaran Allah dan dua kalimah syahadah. Dengan itu seruah dakwah kepada Allah dan agama Allah lebih dahulu sampai kepada bayi tersebut daripada mendengar seruan dan hasutan syaitan.TAHNIK
Telah berkata Abu Musa r.a maksudnya:
"Aku mendapat seorang anak lelaki lalu membawanya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu Baginda mentahnikkannya dengan kurma dan mendoakan keberkatan untuknya. Kemudian Baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku" ( H.R. Bukhari & Muslim ).
MEMBERIKAN NAMA
Dari Amr bin Syuib, mafhumnya:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. memerintahkan agar memberi nama kepada anak-anak yang baru lahir pada hari ke-7 dari hari kelahirannya, menghilangkan kotoran daripadanya dan mengorbankan aqiqah untuknya" ( H.R Tirmizi )
Anak-anak hendaklah diberikan nama yang baik-baik maknanya. Abu Darda' berkata; Rasulullah s.a.w. bersabda : "Pada hari kiamat, kamu akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Maka hendaklah kamu memperelokkan nama-nama kamu" ( H.R. Abu Daud )

BERCUKUR DAN SEDEKAH
Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. mengaqiqahkan satu ekor kambing untuk cucunya dan berseru (diriwayatkan oleh Tirmidzi):
"Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan rambutnya. Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham"
Nabi melarang melakukan qazak iaitu mencukur sebahagian tertentu sahaja.Aku rasa masyarakat kita terkenal dengan adat potong jambul.. lepas tu, takde pun bercukur. Yang patut dijadikan amalan, macam maksud hadis di atas. Cukur, kemudian timbang berapa berat rambut tu, samakan dengan berat dengan nilai duit (nilai perak).
AQIQAH
Hukum aqiqah ialah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan bagi yang berkemampuan. Melaksanakannya adalah satu tanggungjawab ibu bapa atau penjaga anak tersebut. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sejak anak dilahirkan tanpa sebarang tempoh masa. Ia lebih baik dilakukan pada hari ke-7, ke-14 atau ke-21.
Aqiqah untuk anak lelaki ialah dua ekor kambung atau dua bahagian lembu. Untuk anak perempuan pula, kadarnya ialah seekor kambing atau satu bahagian lembu. [Seekor lembu boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian].
0 comments:
Catat Ulasan