tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Isnin, 25 Mei 2009

Jangan Memutuskan HubunganSabda Rasulullah saw bermaksud: "Jangan kamu memutuskan hubungan dengan seseorang Muslim, dan jangan kamu bermasam muka (saling berpaling) dan jangan kamu benci membenci, dan jangan kamu berhasad dengki dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara, dan tidak harus bagi seseorang Muslim itu tidak bertegur sapa dengan saudara Muslim yang lain lebih dari tiga hari". Riwayat al-Bukhari.Dalam Hadis lain, sabda Rasulullah saw bermaksud: "Tidak harus seseorang Muslim itu tidak bertegur sapa dengan Muslim yang lain melebihi tiga hari. Maka jika tiga hari telah berlalu hendaklah ia pergi jumpainya dan ucapkan salam kepadanya. Kalau dia menjawab, sesesungguhnya berkongsi dalam pahala, dan kalau dia enggan menjawab, berdosalah ia dan keluarlah orang yang mengucapkan salam itu dari dosa "hijrah" (tak bertutur sesama Muslim)". -Riwayat Abu DaudMemberi SalamKamu tak mungkin masuk ke syurga sebelum beriman. Dan kamu belum bernama beriman sebelum saling cinta mencintai di antaramu; maukah kutunjukkan sesuatu, bila kamu kerjakan akan menumbuhkan saling cinta mencintai antara kamu? iaitu, bilamana berjumpa berilah salam di antaramu.Hadis riwayat: Muslim, Abu Daun dan At-tarmiziMemberi Nafkah Kepada Ahli KelaurgaSatu dinar yang kamu nafkahkan untuk sabilillah ..... dan satu dinar yang kamu nafkahkan untuk memerdekan seorang hamba .....atau satu dinar yang kamu nafkahkan untuk memberi makan fakir miskin ....atau satu dinar kamu nafkahkan untuk ahli keluargamu ..... yang paling besar pahalanya ialah yang kamu nafkahkan untuk keluargamu.Hadis riwayat: MuslimMenjaga HatiRasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”Hadis riwayat: Bukhari dan MuslimMasa Untuk BerkorbanDari Al Bara’ bin ‘Azib r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menyembelih sebelum sembahyang (Aidil Adha), maka penyembelihan itu untuk dirinya sendiri dan siapa yang menyembelih sesudah sembahyang (Aidil Adha), maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan korbannya dan telah mengikut sunnah kaum muslimin”.(al-Bukhari)Takbir RayaDari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Hiasilah hari-hari raya kamu dengan bertakbir.”Tempoh Makan Daging KorbanDari Abdullah Bin Buraidah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku pernah melarang kamu menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah! Dan aku pernah melarang kamu memakan daging korban sesudah tiga hari, maka sekarang simpanlah apa yang kamu perlu! Aku pernah melarang kamu meminum angur selain bejana tempat air, sekarang minumlah pada segala segala macam tempat minum. Dan janganlah kamu minum yang mamabukkan!"(Sohih Muslim)Manis dan PahitSabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Kemanisan dunia sama dengan kepahitan akhirat. Sebaliknya, kepahitan dunia adalah kemanisan akhirat."Riwayat Ahmad dan Al-TibroniReda AllahSabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Sesungguhnya besar kecil pahala tergantung dari besar kecil cubaan. Jika Allah sayang kepada salah satu kaum, Ia sentiasa mengirim cubaan. Maka sesiapa rela menerima cubaan itu, bererti ia mendapa reda Allah, tetapi sebaliknya sesiapa yang marah, bererti ia mendapat murka Allah."Riwayat At-Tarmizi dan Ibn MajahHakikat SolawatSabda Rasulullah s.a. yang bermaksud:"Telah datang kepadaku dari sisi Tuhanku yang maha mulia lagi maha tinggi, lalu berkata: Sesiapa di antara kamu bersolawat dengan satu solawat kepadamu adalah baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan sepuluh kajahatan, serta mengangkatkan baginya sepuluh darjat dan ditambah lagi seumpamanya."Riwayat Ahmada dan An-NasaeiCiri Orang MukminSabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Bila kebaikanmu itu membuatkan kamu gembira, dan kelakuan burukmu itu membuatkan kamu susah, maka itu suatu tanda bahawa kamu adalah seorang mukmin".Riwayat Ahmad dan Ibn HabbanKebaikan dan KejahatanSabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah menulis kebaikan-kebaikan dan kejahatan-kejahatan, kemudian menjelaskan. Maka sesiapa berniat mengerjakan suatu kebaikan tetapi tidak jadi melaksanakannya, Allah telah mencatatkan untuknya satu kebaikan yang sempurna. Dan bila mana setelah berniat mengerjakan sesuatu kebaikan dan dilaksanakannya, Allah telah mencatat untuknya sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda kebaikan, bahkan lebih banyak lagi. Tetapi sesiapa berniat untuk mengerjakan suatu kejahatan, dan tidak jadi dilaksanakan, Allah sudah mencatatkan baginya satu kebaikan yang sempurna. Dan bila mana jadi dilaksanakan, Allah sudah mencatat satu kejahatan."Riwayat Muslim dari Ibn AbbasBerjabat Tangan Bila BertemuSabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tidak ada dua mislim bertemu kemudian saling berjabat tangan, pasti akan diampuni dosanya sebelum berpisah."Riwayat Abu Daud, Ahmad, At-Tirmizi dan Ibn MajahGambaran Kehidupan Orang Yang BerimanSabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:“Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang , saling bersimpati dan saling cinta mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam”.Riwayat Ahmad dan MuslimKelebihan Menuntut IlmuSabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:"Sesiapa yang berusaha untuk menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkannya jalan menuju ke syurga dan para malaikat mengembangkan sayapnya menaungi orang yang menuntut ilmu kerana suka akan mereka. Sesungguhnya orang yang alim juga akan dipohonkan keampunan oleh makhluk yang berada di langit dan di bumi sehinggakan ikan di air, dan kelebihan seorang yang berilimu dengan seorang 'abid sama seperti bulan purnama berbanding dengan cakrawala-cakrawala yang lain. Sesungguhnya 'ulamak itu pewaris para Nabi dan sesungguhnya para Nabi tidak sedikit pun meninggalkan harta walau satu dinar atau satu dirham, sesungguhnya mereka hanyalah mewariskan ilmu, maka sesiapa yang mendapatkan ilmu bererti ia telah memperolehi bahagiannya yang besar."Riwayat Abu Daud dan At-TirmiziDaripada Abu Hurairah ra berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Apabila anak Adam meninggal dunia terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya". Riwayat At-Tirmizi

0 comments:

 

Template by Maya