tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Khamis, 28 Mei 2009


Jika Tuhan itu Maha Pengasih,Maha Penyayang,Maha Adil dan segala lagi Maha,kenapa mesti wujud kejahatan dan kesengsaraan di dunia ini?

Bismillahirrahmanirrahim.



"Tuhan telah kurniakan manusia akal dan nafsu, dan tuhan juga telah ciptakan peraturanNya supaya manusia ikut, terpulang kepada manusia itu sama ada nak ikut atau tidak.Tuhan juga telah ciptakan syurga dan neraka, syurga yang Tuhan ciptakan tak tergambar nikmatnya. Untuk mendapatkan syurga bukanlah sesuatu yang mudah,dengan itu Tuhan cipta ujian dan kesusahan, dan nak masuk neraka pula jalannya mudah. Terpulang pada kita nak pilih yang mana satu."
Saya melepaskan nafas lega. Alhamdulillah, semuanya dari Allah jua. Saya melihat Dr.Siva berfikir sesaat sebelum dia menyambung perbahasan tersebut.

Benarkah apa yang saya katakan itu?. Beberapa hari selepas itu saya mendapat jawapan tentang hal tersebut dan tentang sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang Tuhan sewaktu menyelesaikan majlis taklim.

Dalam sebuah hadis ada disebutkan :

Apabila Allah taala menjadikan Syurga,ia memerintah malaikat Jibrail a.s. dengan berkata kepadanya, 'hendaklah engkau pergi dan melihat syurga itu', setelah kembali dari melihat syurga ia berkata, " ya Allah, demi kemuliaanMu, barangsiapa mengetahuinya pasti akan berusaha untuk mendapatkannya.Yakni kelazatan,kesenangan,kegembiraan,kemewahan dan beranika rupa nikmat yang disediakan di dalamnya,jika diketahuinya maka tidaklah sesiapa pun yang tiada berusaha sedaya upayanya untuk mendapatkannya"

Kemudian Tuhan menyelubungi syurga itu dengan berbagai kesukaran yakni meletakkan berbagai syarat seperti sembahyang,puasa,jihad,haji dan lain-lainnya.Barang siapa memenuhi syarat-syarat tersebut maka dia sahaja yang berhak memasuki syurga itu.Lantas Tuhan memerintahkan malaikat Jibrail " kini pergilah dan saksikanlah lagi" setelah menyaksikannya ia kembali seraya berkata " Kini aku khuatir tidak ada sesiapa pun yang dapat memasukinya."

Demikian juga ketika Tuhan menjadikan neraka jahannam,Tuhan menyuruh malaikat Jibrail pergi melihatnya.Ia melihat azab,siksa,berbagai-bagai penderitaan dan lain-lainnya yang disediakan di dalamnya.Lantas ia berkata " Ya Allah,demi kekuasaanMu barangsiapa yang mendengar keadaannya yang amat dahsyat ini maka sudah pasti ia tidak berani menghampirinya"

Kemudian Allah taala menyelubungi neraka jahanam itu dengan berbagai rupa kejahatan yakni dengan perzinaan,minuman yang memabukkan,kezaliman,keangkuhan dan kesombongan terhadap perintah-perintah dan lain-lainnya.Lantas Tuhan menyuruh malaikat Jibrail
"kini pergilah melihatnya lagi" setelah melihatnya ia kembali lalu berkata "Ya Allah,kini aku khuatir bahawa tiada seorang pun yang akan selamat daripadanya".


Begitupun tentang sifat Maha pengasih,Maha penyayang dan Maha pengampun Tuhan itu adalah..

Keadaan padang Mahsyar dan perhitungan amalan manusia telah diterangkan dengan berbagai cara. Di dalam kitab 'Bahjatul nufuss' ada diterangkan bahawa perhitungan amalan manusia akan dijalankan dengan beberapa cara, iaitu; dengan cara sembunyi yakni amalan sebahagian hamba akan diperhitungkan secara sembunyi disebalik tirai rahmat, dosa-dosanya akan dikira dihadapannya sendiri bahawa perbuatan-perbuatan maksiat ini dan itu kamu melakukan pada masa-masa yang tertentu yang semua diakuinya sehingga ia menyangka bahawa nescaya dia akan binasa kerana dosanya yang banyak ini.Dengan tak semena-mena Allah taala berfirman kepadanya


" Sesungguhnya Aku telah sembunyikan kesalahan-kesalahanmu di dunia dan di hari ini juga Aku menyembunyikan kesalahan-kesalahanmu yang banyak ini dan Aku memaafkan."

Apabila orang itu keluar dari mahkamah Ilahi maka orang ramai yang berada di situ akan berkata ," alangkah bahagianya hamba ini yang ia suci dari segala-gala dosa kerana hal dosanya yang telah di maafkan oleh Tuhan itu tidak dapat diketahui oleh mereka.

Yang kedua pula adalah dengan cara terang-terangan yakni semua dosa-dosa sama ada yang kecil mahupun yang besar akan dihadapkan kepada yang melakukannya. Kemudian Allah taala berfirman bahawa dosa-dosanya yang kecil itu hendaklah diganti dengan kebajikan.Lantas orang itu dengan segera berkata bahawa dosa-dosaku masih banyak lagi yang tidak disebutkan di sini. Demikianlah bagaimana manusia dihadapkan kepada Tuhan dan bagaimana pula amalan-amalan diperhitungkan ini semuanya diterangkan dengan satu persatu dalam kitab tersebut.

Wallahua'lam.Terima kasih Tuhan kerana Engkau telah lahirkan aku di dalam kemuliaan agama suci ini, sedang di luar sana masih ramai mereka yang tidak seberuntungku, dan masih ramai saudara baru diluar sana yang berusaha mempertahankan iman dan islam mereka. Semoga Engkau memberi mereka nur dan hidayahMu dan memberikan aku kefahaman dalam Islam dan kekuatan untuk aku beramal dengannya, semoga Engkau jadikan kami orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Ameen..

0 comments:

 

Template by Maya