Membeli keajaiban
Satu kisah buat renungan..
Sally baru berumur sebelas tahun ketika dia mendengar ibu dan ayahnya sedang berbincang mengenai adik lelakinya, Georgi. Ia sedang menderita sakit yang parah dan mereka telah melakukan semua yang terdaya oleh mereka untuk menyelamatkan adiknya. Hanya pembedahan yang sangat mahal satu-satunya harapan untuk menyelamatkan Georgi.
Tapi mereka tidak mempunyai duit yang cukup untuk membiayai pembedahan itu. Sally mendengar ayahnya berbisik, "Hanya keajaiban yang sahaja yang mampu membantu kita sekarang."
Sally kembali ke tempat tidur dan mengambil bekas tabungan dari tempat persembunyiannya. Lalu dikeluarkan semua isi tabung tersebut dan ditaburkan ke lantai lantas dia menghitungnya secara perlahan, tiga kali. Jumlahnya harus benar-benar tepat.
Dengan membawa wang tersebut, Sally menyelinap keluar dan pergi ke kedai ubat di sudut jalan. Ia menunggu dengan sabar hingga tuan kedai itu tidak sibuk. Namun dia terlalu sibuk dengan orang lain dan langsung tidak mempedulikannya.
Sally berusaha menarik perhatiannya dengan menggoyang-goyangkan kakinya, tapi gagal. Akhirnya dia mengambil wang siling dan melemparkannya ke kaca tingkap. Berhasil!
"Apa yang kamu perlukan?" tanya lelaki tersebut dengan suara marah. "Saya sedang bercakap dengan pelanggan saya."
"Tapi, saya ingin berbicara dengan pakcik mengenai adik saya" Sally menjawab dengan nada yang sama. "Dia sakit... dan saya ingin membeli keajaiban."
"Boleh kamu ulang sekali lagi?," tanya lelaki itu lagi.
"Ayah saya mengatakan hanya keajaiban sahaja yang dapat menyelamatkan adik saya sekarang... jadi berapakah harga keajaiban itu ?"
"Kami tidak menjual keajaiban. Saya tidak dapat menolong."
"Begini, saya mempunyai wang untuk membelinya. Katakan saja berapa harganya." kata Sally.
Secara tiba-tiba, masuklah seorang jejaka berpakaian kemas yang terdengar perbualan itu dan terus bertanya, "Keajaiban jenis apa yang diperlukan oleh adikmu?"
"Saya tidak tahu," jawab Sally.
Air mata mulai menetes di pipinya. "Saya hanya tahu dia sakit dan ayah mengatakan bahawa dia perlu dibedah. Tapi kedua orang tua saya tidak mampu membayarnya... tapi saya ada sedikit wang."
"Berapa wang yang kamu ada ?" tanya jejaka itu lagi.
"Satu dollar dan sebelas sen," jawab Sally dengan bangga. "Dan itulah jumlah wang yang saya ada di dunia ini."
"Wah, kebetulan sekali," kata jejaka itu sambil tersenyum.
"Satu dollar dan sebelas sen... harga yang tepat untuk membeli keajaiban yang dapat menolong adikmu".
Dia mengambil wang tersebut dan kemudian memegang tangan Sally sambil berkata: "Bawalah saya kepada adikmu. Saya ingin bertemu dengannya dan juga orang tuamu."
Jejaka itu adalah Dr. Carlton Armstrong, seorang ahli bedah terkenal. Pembedahan dilakukannya tanpa sebarang kos pembiayaan. Pembedahan itu berjaya dan Georgi akan dapat pulang ke rumah dalam masa terdekat. Kedua orang tuanya berasa amat bersyukur kerana mendapatkan keajaiban sebegitu.
"Pembedahan itu," bisik ibunya, "adalah satu keajaiban. Saya tidak dapat membayangkan berapakah harganya".
Sally tersenyum. Dia amat pasti berapakah harga keajaiban tersebut, satu dollar dan sebelas sen... ditambah dengan keyakinan.
Kesimpulan kisah tadi?? Tafsirlah sendiri.. kadangkala kebaikan datang dalam bentuk yang tidak kita sangkakan.. kadang keburukan yang kita sangka memporak perandakan dan cukup membebankan itu, kadangkala merupakan satu kebaikan besar dimasa akan datang..
Things happen for a reason..
Now I'm starting to understand.. Why those things happen.. I'm glad that it happen ;)
0 comments:
Catat Ulasan