ISTERI Kulawan kata hati supaya jangan menangis;"Hey perempuan; lihatlah dengan mata sendiri. Dengarlah dengan telinga sendiri... Suami kamu telah mendustai kamu. Dia menipu kamu. Dia menjadikan kamu bagaikan mak andeh..."Oh, mungkin kerana dia pak pandir!"Kalau dia boleh berdusta pada kamu, apakah kamu mahu tengok sahaja?Jangan butakan mata kamu. Jangan tulikan telinga kamu. Bertindaklah mulai hari ini..."Kata-kata itu menusuk hati, seperti mengejek."Kau perempuan baik, tapi disebabkan terlalu baik kau menjadi mangsa..."Terdengar satu suara menyogoh ketololanku."Buka mata, jangan sempitkan fikiran kamu!"Aku mencari-cari suara itu. Iya aku juga membuka mata, mencari-cari di manakah suara itu."Di sini, aku ada di dalam hatimu. Keluarlah, keluarlah dari belenggu rendah diri. Bukankah kau wanita hebat?"Aku hebat? Jika aku hebat aku tak akan tertewas malu hingga begini jadinya. Jika aku hebat, aku tak akan ditipu suami sendiri!"Ya kamu hebat tetapi suami kamu lebih hebat. Dia terlebih hebat!"Huh... aku tak sanggup berlawan dengan kata hati. Aku akan tewas. Aku akan diburu rasa bersalah selamanya..."Iya, ikut hati mati. Tetapi ramai juga orang yang mati Tapi aku belum mahu mati. Aku akan hidup untuk melawan segala prilakunya."Betul. Bangkitlah untuk terus berlari. Jangan tunggu, jangan biarkan masa merosakkan kamu."
0 comments:
Catat Ulasan