tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Isnin, 18 Mei 2009

Bunga Sabun



Bunga Sabun  Bahan  -bahan :

Sabun mandi
Air panas mendidih
Tepung jagung
Glu Polystyrene
Minyak Bayi
Lidi
Gunting
Pemarut

Cara - cara membuat doh :

1. Potong sabun kepada beberapa bahagian . Parut sabun dengan pemarut .
2. Campurkan tepung jagung 2-3 sudu kecil. Masukkan air mendidh kemudian gaul hingga sebati sehingga mendapat doh yang lembut .
3. Sekiranya anda menggunakan sabun putih, bahagikan beberapa bahagian untuk mewarnakannya dengan pewarna. Untuk membuat bunga, sediakan doh sehari sebelumnya. Tutup rapat - rapat agar doh tidak menjadi keras .
Cara membuat bunga Lili :

1. Unutk membuat bunga lili, ambil sedikit doh sabun dan bentukkan seperti air mata.
2. Celupkan hujung gunting dengan minyak bayi dan potong lima doh tersebut lima bahagian .
3. Dengan menggunakan lidi, leperkan setiap bahagian yang dipotong sehingga membentuk bunga lili. Untuk mencantikkannya anda boleh meletakkan inti bunga dengan mencucukan dawai halus pada tengahnya .

0 comments:

 

Template by Maya